Sunday, August 24, 2008

makan2 n jalan2

Kluang station kopitiam kat Tesco Ampang.





Kat putrajaya semalam.. ingatkan ada firework ..rupanya malam ni baru ada.. so posing2 kat atas bridge sebelum kena halau dgn polis!







Puding roti with sauce.. aku buat atas permintaan hubby.




Ini utk aku.. ada chocolate kat atas..



Roti pisang.. mkn kat puchong perdana last wednesday.


Ini gambar last 3 week..
Manggis yg emak bawak dr teping.

Lagi update gambar kat JB

sekolah aish.. SK Tmn Daya 3..







Aish with hot plate chicken chop

Aish n hubby melepak kat katil rumah kak ipar aku..

Kat danga bay..




Pagi ahad kat pasar peladang, skudai --beli barang for mee rebus

Ayu Batrisha, masa ni baru 6 hari. Anak buah hubby. Muka sebijik macam abang dia, Udin.


mkn2 kat jb : kacang pool, rojak petis, mihun soto

Ini pics masa makan kat food court near balai bomba, larkin masa balik jb last week..

Kuih lompang, talam keladi and talam kacang merah


Semua hubby punya.. aku jamah sikit je.. not really my favourite except talam keladi.


Very tasty mihun soto, kacang pool haji yg best tu... n yg nampak sekerat tu MEDIA yg covernya Siti Nurhaliza.



Sebab tunggu aish abih sekolah lama sgt.. ditambah nak menunggu hujan lebat giler tu reda, kitaorang order pula rojak petis...

Friday, August 22, 2008

yg aku tak suka

Tak suka bukan bererti benci..

aku cukup tak suka klu aku minta org buat sth terus ckp tak boleh / tak ada sblm put an effort utk buat/cari benda tu.. itu pantang aku!! Pd aku itu alasan org MALAS!!
So, as a result.. aku akan buat/cari sendiri. Klu paham itu tanda aku bengang.. paham lah! klu tak paham.. aku je le yg sakit hati sendiri!

Wednesday, August 20, 2008

tengah tension

aku tension le ni.. byk nya keje yg outstanding. Sume nak buat.. nampaknya aku kena utilize my afterwork time and weekends to finish sume keje.. arghhh!

skrg dah 7pm.. n boss suruh aku tunggu kat opis. Tunggu gm panggil. tak tau sampai pkl berapa nih.. tp aku dah sound kat boss, pkl 7 aku nak cabut.

Tuesday, August 19, 2008

Food hunting: Beriani mat shah, duku muar, kueh udang alor gajah

I wanted to update this blog yesterday. Tp penat sgt.. so sekarang ni baru sempat.

Last Friday we all balik jb. Tiba dah 10 lebih. Mana taknya, hubby drive slow je.. lepas tu berenti kat Pagoh RSA lama jugak, mkn nasi ambeng kat situ..

On saturday pulak kitaorg pegi amik bebudak. Aish ada kelas, so pukul 12 baru amik dia. B4 that pegi mkn kacang pool haji kat bomba larkin. Lama jugak lepak kat situ sementara nak tunggu Aish abih kelas.

Lepas amik ira & aish, bawak dorang lunch.. ira nak mkn hot plate chicken chop kat bomba tu. So sekali lagi kami ke sana. Aku dah kenyang, so just share sikit nasi with hubby. Lepas tu balik rumah mak. Mlm bawak dorang pegi danga bay. Lepas tu antar aish balik. Ira ikut kitaorang sebabnya dia nak suruh aku ajar buat blog for her.. ini ler blog anak dara ni!

Sunday aku masak mee rebus.. versi kahwin utara-selatan. Boleh? Ha! Ha! Ha! Resepinya aku campur cara mee rebus johor + mee rebus yg biasa aku buat kat teping. Habis jugak mee aku tu!
Monday baru balik KL. Keluar rumah about 10 sth, pegi antar jam aish dulu.. dia tertinggal kat rumah kak ipar aku. Then baru balik kl.. singgah batu pahat, hubby teringin nak makan nasi beriani mat shah. Mujur dapat merasa, klu lewat sikit nasi dah abih. aku tengok ada family dari utara (lebih 10 org) yg dtg 10 minutes after kitaorg kempunan tak dpt makan beriani. Lepas tu ikut jalan lama ke muar. Patutle hubby beriya nak lalu jln tu, rupa2nya nak cari duku. Beli kat 3 tempat.. all together dpt 9 1/2 kg. Jenuh le nak abihkan duku tu.


Tempeyek beli kat batu pahat.. best! RM3.50 sepaket.





Ini duku kat kedai 1st kitaorg beli, RM 2 /kg.. saiz kecik, buah macam dah lama..tp rasa still ok..




Ini kedai last sekali kat Kesang laut.. jln nak ke melaka. 6kg for only RM10. Paling best, sbb paling fresh n paling sedap. Saiz pun besar sikit.



Ini pulak buah from gerai kat atas..


Lepastu sambung ikut jln muar -alor gajah. Sampai sana dah pukul 4.15. Cari pulak kuih udang kat bus station tu. Ini our first time mkn kuih udang tu, walaupun dulu lama jugak kami tinggal kat melaka. Boleh tahan lah.. cuma sos termasin sikit.


Masa ni tak ramai yg beratur lagi..




Price list kat kedai kuih udang..

Signboard kedai


Org dah ramai beratur utk bungkus..


Ini le rupa kuih udang.. ada cucur udang, tauhu, popiah, fish ball, fish cake n timun.



Itu baru betul2 food hunting..dari nasi beriani mat shah kat batu pahat, duku kat muar sampai le kuih udang kat alor gajah..
:

Friday, August 15, 2008

Selepas 6 sigma

Presentation dah abih tengahari tadi. Aku 4th(last) presenter. It took about 30 minutes to present and paling penting aku dapat GREEN!

So, sekarang aku letih sesangat. Pukul 3 tadi ada meeting.. tak sabar nak balik nih. Aku ngantuk giler.. hopefully boleh tidur dlm kereta masa balik jb...

Thursday, August 14, 2008

i'm so tired

letih sesangat hari ni... sekarang ni pun rasa nak tidur je. Tp kena prepare for tomorrow presentation. Besok my 1st tollgate review for 6 sigma project. Tadi dah briefly present to our COO. Sekarang just nak verify data semula and plan on my present tomorrow. I have only about 20 minutes to present and another 10 minutes for Q&A. Hopefully everything will go very smoothly.

After this nak packing sbb lepas kerja tomorrow nak balik JB. Monday aku cuti. Hubby & I plan nak pegi MAHA.

OK.. stop kat sini.

p/s- pagi tadi goreng mee jamu kengkawan kat opis. Habis 3 bungkus mee aku!

Wednesday, August 13, 2008

butter cake

semalam buat butter cake lagi.. again it's requested by hubby. Tp lupa nak amik gambar kek tu..

Sunday, August 10, 2008

xtvt hari ahad

Ini hasil butter cake yg aku buat petang tadi.


Hubby tak suka kek coklat.. so aku buat sebelah plain, sebelah lagi aku lapis dgn coklat. Resepi asal aku dpt dr mak long aku. Tp aku dah alter ikut tekak aku ler.. kurang gula sampai separuh. Mujur still soft and tak terpenyek. Seingat aku dah almost 20 years aku buat kek nih.. alamak, lamanya.. baru perasan dah tua rupanya aku nih!
Sebelah petang kitaornag brisk walking kat keliling tasik titiwangsa. Dpt 2 round dlm masa 30-40 minit.





Gambar kat bawah taken last Friday.
TQ cake from Wawan.




Cupcake ni dr wawan sempena his last day (last Friday). He will begin working at new place tomorow. Dia beli kat the Curve. Simple. Tp manis sgt.
Sebelum tu kitaorang buat farewell party for him. Party ke? Ala.. mkn2 je. Aku tolong masak spaghetti with bolognese and white sauce. Then masak bubur kacang with durian. Ramai jugak dtg mkn. Su pulak order kuih.. seri muka and kole kacang. Kenyang sampai ke petang.

PENGUMUMAN

Entri saya berkaitan makanan/masakan akan di'post'kan di http://www.foodsmania.blogspot.com/.
-dhill-
29 Jan 2009