Tuesday, January 24, 2006

ani dah tak de..

Petang semlm hubby dpt call dari kakak dia..kakak ipar aku. Bagitahu - ani dah tak de. Dia meninggal pagi n dikebumikan lepas asar. Terkejut betul kami. Bergenang jugak air mata aku.. katanya sakit perut. Aku suruh hubby call emak.. mertua aku. Emak kata dia demam panas.. dah lama.

Alahai..sedihnya. Ani tak ada hubungan darah dgn aku or hubby. Tapi tersentuh hati aku setiap kali tgk dia. Dia down-syndrome. Dia mesra sgt dgn aku n hubby. Suka sgt setiap kali kami pergi kat rumah dia. Actually dia tinggal berdua dgn nenek dia, Mak Bi (tp Ani panggil emak). Nenek dia pulak emak angkat hubby. Hubby pun panggil Mak Bi..emak. Mak Bi tak boleh jln, dia bergerak pakai wheel chair. So, klu nak ke kedai, ani lah yang disuruh. Kat rumahpun Ani yg tolong buat kerja.. tp yg ringan2 le. Menyapu, lap meja, amikkan barang. Aku terfikir, siapa lah lepas ni yg akan menemankan Mak Bi. Or else Mak Bi kenalah tinggal dgn anak2 dia pulak.

Aku masih terbayang riak wajah ani tiap kali kami berjumpa. Dia mmg suka teramat klu jumpa kami.. especially hubby. Dia akan memanggil kami berulang kali. Ada sekali dia peluk hubby n ckp "sayang Lapi" dlm pelatnya berulang kali. Hubbypun tak kisah Ani peluk dia walaupun klu nak diikutkan Ani tu rasanya umur dah 20 tahun.

Kali terakhir kami jumpa masa raya puasa hari tu.. Ani merajuk. Bila aku usik, dia tarik muka. Aku tanya Mak Bi, kenapa dengan Ani. Mak Bi kata dia merajuk dgn sapa ntah..

Mak Bi selalu bising bila Ani suka habiskan duit beli kad gambar (playing card gambar kartun tu). Kadang2 sampai RM5 sekali beli. Duit tu org bagi bila pergi ziarah dorang. Ani tak paham.. ada je duit dia akan beli benda yg dia suka especially playing cards. Aku n hubby ada bagi biz card kami kat dia. Bila jumpa je dia akan buka purse dia dan tunjuk kad kami. Aku juga pernah bagi dia biz card aku yg lama2 utk dia main...

Minggu ni hubby nak balik JB. Tak sanggup rasanya nak jumpa Mak Bi. Aku dpt rasakan kesedihan dia. Silap2 aku yg lebih-lebih menangis. Semlm pun masa tgh prepare dinner, airmata aku dah meleleh.

semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Amin.

1 comment:

johneyhuron55721673 said...

I read over your blog, and i found it inquisitive, you may find My Blog interesting. So please Click Here To Read My Blog

http://pennystockinvestment.blogspot.com

PENGUMUMAN

Entri saya berkaitan makanan/masakan akan di'post'kan di http://www.foodsmania.blogspot.com/.
-dhill-
29 Jan 2009