Bz nye.. next week audit. Mcm tak ready je. Nak putus rasanya wayar kat otak aku ni dah. Dah tak larat nak pikir.
CNY aku balik JB. Dari Sabtu sampai ler Rabu. Tapi tak rehat pun. Bertolak dah 5.30ptg. Sampai JB about 9 sth. Jam sikit lepas RSA seremban sampai PD IC. Besoknya pergi Bandar Tenggara, mengantar sepupu hubby bertunang. Aku ada amik gambar sikit masa majlis tu, tp blum sempat nak upload kat sini. Isnin aku bertapa buat report. Rasa2nya 5 report aku buat. Naik berasap juga kepala aku. Tapi aku cuba fokus n byk baca Bismillah. Bos aku selalu ckp, bila aku hilang fokus or gelabah, dia suruh aku baca Bismillah. Insya'allah, mesti jumpa apa yg di cari. Selasa aku review procedure. Tapi pagi sampai tengahari je.. pinggang aku dah sakit. Risau jugak aku. Ada 7 procedures nak di review nih..
Rabu pagi about 9 kitaorang balik KL. Takut jam. Tp alhamdulillah, jln ok. Singgah Nilai Layby beli nasi lemak yg biasa kitaorang mkn. Sampai rumah dlm 12.45 pm. Punya lah lapar, tapi alamak.. baru je masuk sesuap aku n hubby rasa nasi tu mcm dah tak sesuai utk di makan. Sayangnya!! Dah le beli sampai 4 bungkus.. Terus masuk tong sampah.
Aku cuti Khamis. Cuti ganti utk CNY for Wilayah. Tapi bukannya cutipun. Dari pagi sampai 10 mlm (lebih kut) aku dok pulun mengabihkan procedure aku. Letihnya, Allah saja yang tahu. Besok nya kat opispun aku mcm tak cukup tanah. Semua nak buat.
6hb February aku pegi Sg. Petani dgn Bos. Ada seminar kat sana besoknya. Bos aku 1 of the presenter. Habis dekat pukul 6. Rushing pulak balik KL. Sampai rumah pukul 10. Punya le laju bos aku drive. Dlm hujan lebat pun dia pecut. Kecut perut aku dibuatnya.
8hb February - still bz. Kena prepare slides for tomorrow presentatation. Bos aku je pegi.. aku pulak kena ikut site visit by org kerajaan.
9hb February - pukul 7.45 aku n 1 staff dah bertolak ke Karak Highway dr opis. Punya le pandai, pegi ikut jln Kuching then masuk roundabout MRR2 kat Gombak. Dekat 1/2 jam stagnant kat situ. Panic sekejap. Programme pagi tu start pukul 10 pg. Sempat ke nih? Masa tu dah dekat pukul 9 pagi. At last pkl 9.20 beru lepas dari situ. Ngam2 je pkl 10 kami sampai. Semua org dah ada kat situ.
Hari tu betul2 mcm pegi treasure hunt. Berkonvoi punya le ramai.. belum masuk yang tersesat lagi. Mujurler kitaorang tak sesat. Habis site visit pukul 6 pm. Pkl 6.20 pm baru sampai opis.
Aku apply cuti hari Isnin coz hubby ckp dia cuti ganti Thaipusam. Alih2 on Friday petang (kat rumah!) dia ckp tak cuti pulak. Bos aku dah approve pulak cuti tu. Rugi pulak aku nak bercuti.. kerje banyak kat opis nih..Lagipun aku nak simpan cuti klu2 ada program ke mid of the year. Tak pe lah..
Masuk je cuti hari Selasa, nampak satu e-mail pasal trip to Indonesia. Maybe end February or by March. Tak kisah ler.. Tp ada jugak yg terpilih tak dpt pegi... anyway, tak nak pikir lagi!! sibuk sesangat nih...
No comments:
Post a Comment