Tuesday, September 18, 2007

happy birthday!!

semlm birthday aku. syukur atas segala nikmat-Nya. syukur masih bernyawa dan dapat berbakti pada keluarga dan negara. Walau kecil sumbangan tapi mudah2an matlamatnya sampai.

hubby mms his clip pkl 8.15am, followed by emak on 11.32am, then aju pkl 1.13 pm with lagu n clip. Then Yan video call 1.28pm from Teping (pakai Fizan's phone) - haikal n alip nyanyi lagu hapi b'day kat aku, lepas tu tiup lilin atas cupcake. cute sesangat.. alip malu2 nak nyanyi, dengar suara haikal je. Dekat pukul 4 kengkawan kat dept lama aku antar e-card pulak. Tak sunyi le semalam walaupun puasa!!

Ingat nak berbuka kat luar semalam, tapi bila teringat rencah nasi ulam yg emak kirimkan kat aju on Sunday, aku decide balik masak je kat rumah. Aku mmg suke sgt nasi ulam klu emak buat. Sedap sesangat. Semlm aku goreng pekasam and daging goreng dgn kentang. Hubby pulak buat bingka labu.. Berselera betul makan. Aku ada beli serunding daging sikit kat opis.. so itu le meal for berbuka.

Aku ingat mlm ni nak berbuka kat luar. Tapi tak tau kat mana. Aku n hubby sebenarnya malas nak mkn kat luar sebabnya too crowded, jln jam, nak cari parking, nak cari table.. semua tu leceh je. Kitaorang lebih suka berbuka kat rumah, masak sendiri.. jarangnya beli. Klu belipun mesti pegi Shah Alam (mmg jauh sebab rumah kat KL). Dulu masa hubby keje shah alam, kami jumpa satu stall kat bazar ramadhan di giant sek. 17 (or 18?) yg jual mee rebus johor sedap sesangat. Then kat situ jugak ada popiah SS ALI yg aku suka. Kat Stadium pun dulu ada jugak popiah ni. Tapi tahun ni hubby pi kat Sek 17 tu tak de le pulak. Last sunday pi kat stadium pun tak de.

Aku ingat time hubby memula dtg kl in year 2000, masa tu klu tak silap seminggu nak puasa. Bulan puasa tu aku mmg dpt byk sangat invitation berbuka kat hotel. Blh kata semua invitation kami pi.. guess what? berat hubby naik more than 20 kilos all together start dari puasa sampai lepas raya!!! Sebelum tu badan dia dlm 65kg.. lepas tu naik lebih 90kg! Itulah akibatnya bila dah tinggal sekali.. seblm tu hubby kat melaka. Aku yg berulang balik sana. 2-2 still slim masa tu. almaklumlah, tersiksa zahir-batin bila duduk jauh!! Lepas duduk sekali 2-2 pakat bela badan.. itu yg terlebih sihat tu!!

3 comments:

ainizakri said...

dear raphydillo

Happy Belated Birthday my dear. Eh ..eh..dekat nak sama birthday kita...mine 15/9 .
Salam kenal..seronok nyer baca yr blog..tak cukup jam membaca...sebab ada a few blog lak tu...

Selamat memblog..selamat kenal..selamat berpuasa...selamat segalanya..

dhill said...

Dear aini,
thanx for visiting. xtually dah lama jugak x update blog ni. bz memanjang. Ni tengah cuti from class for 2 wk, but still bz nak kemas rumah, nak buat biskut raya etc.
cheers.

ainizakri said...

salam dhill

Cuti cuti buat kuih..tentu seronok.. kuih apa tu? Kalau makan sedap sedap tu, ingat ingat saya yg jauh tak berkuih ni yer...

take care

PENGUMUMAN

Entri saya berkaitan makanan/masakan akan di'post'kan di http://www.foodsmania.blogspot.com/.
-dhill-
29 Jan 2009