Sunday, June 28, 2009

Ben tidoq

Dah lama tak citer pasal Ben.. ini gambar Ben yg terkangkang tidoq! Tiap malam Ben tidoq dlm bilik kitaorang.. siang pun sama. Kami pi kerja dia sambung tidoq atas katil.
Klu kami ada dlm bilik, Ben tidoq kat atas kusyen kat lantai.

Tuesday, June 23, 2009

Less than 2 weeks

Less than 2 weeks we'll be celebrating our 11th anniversary.. cepat sungguh masa berlalu!
Kami plan nak pegi vacation. Cadangnya nak pegi pulau.. antara dlm list- pulau redang, perhentian, kapas kat terengganu. Tp klu nak ke sana kena cuti panjang sikit. Keje kat opis pulak memang tak mengizinkan klu aku nak cuti panjang.
Then hubby ckp kali ni pegi dekat2 je.. after raya baru pegi jauh sikit. Tp lepas raya biasanya monsoon season, sure lagi tak boleh pegi pulau. Klu tak pulau pun dpt tepi laut or pantai pun ok. Tadi cuba call Dorani Resort.. full pulak, sama macam last year (which at last kami tersadai kat Linggi je).
Dah tengah malam.. besok je le pikir nak pi mana. Hubby lagi senang..punya le malas nak pikir dia suruh aku je pilih tempat. Dia ikut je..
****
Tadi aku balik lambat coz kena tunggu hubby yg coach bola. Perut aku lak lapar gila.. mana taknya, tak breakfast & lunch. Mkn keropok lebih dinner semalam & roti sikit... lunch hour boss suruh aku masuk meeting ganti dia. Ingatkan nak pi lunch. Lepas meeting aku cari kerepek kat tealady.. beli sepaket kecik utk alas perut. After office aku dok check rumah org yg tunjuk macam2 recipe... yg buat aku tambah lapar! Hubby sampai dah almost 8pm. Kena pi amik are-ju kat bus station di shah alam lak. Dia balik from teping.. kami dinner kat gerai tepi bus-station je.
***
Masa kat dlm kereta, hubby tetiba gosok kepala aku. Aku tanya hubby 'nape?'. Dia cakap 'i sayang u'. Then dia gosok lagi .. kali ni laju je gosok 2-3 kali. "yg tu i miss u". Dia cakap setiap kali klu dia buat camtu, itu le maknanya. Almost 11 tahun kahwin baru hari ni aku tahu!! memang selalu dia gosok kepala aku, aku ingat dia saja je nak bergurau atau tak de benda nak buat.
Biasanya bahasa isyarat yg kami pakai - pegang tangan dan picit 3 x utk i love u dan 4x utk i love u too. Hari ni rupa2nya ada lagi bahasa isyarat yg aku belajar!

Sunday, June 21, 2009

Dinner at Villamay

I was requested to replace my boss for a dinner organise by our Company.. tempatnya kat Villamay, Seksyen 7 Shah Alam. Aku dok bayangkan tempat ni kat area shoplot/commercial centre kat Seksyen 7 tu.. rupa2nya kat area rumah rasmi MB. Mmg situ lot -lot banglo je..
Villamay ni owned by Puan Sri Akmal Abdul Salam, wife to Tan Sri Salleh Sulong..it's combination of spa & cafe... cantik sgt tempat ni! Landcaping guna mediterranean style.. nampak sgt mewah & menenangkan.
I'll upload photo later.. amik gambar pakai N73 je, tak clear sgt gambar..rugi tak bawak my D60.

Thursday, June 18, 2009

AWARDS FROM DR. INA

Mula2 sekali nak ucapkan terima kasih pada k.ina (http://myinahar67.blogspot.com/) sebab sudi jawab tag in my previous entry. Terpapar jugak gambar buah hati k.ina. Tapi gambar tuan punya badan tak jugak keluar2.. atau saya yang tak sedar gambar k.ina dah pernah keluar.

***
These 2 awards were given by k.ina.. thanx ye! Dah le jawab tag.. lepas tu siap kasi award lagi!!


Now, i want to give these awards to other fellow bloggers yg baca my blog such as k.zu & nestum.

Friday, June 12, 2009

TAG about your loves one..

Being tagged by nestum today (http://nestumrasberi.blogspot.com/)
Hopefully hubby won't read this post.. malu ma.. or nanti dia perasan lak..
1. nama kekasih anda
he is my soul-mate for the past 11 years.. and many years to come, insyaAllah... i just put his glamour name (kononnya).. raphey selamat.

2. umur kekasih hati....
39.. dah tua yek!!
3. insiden pertemuan
Tak de yg menarik.. jumpa masa keje kat melaka. Tak de spark apa2 pun masa jumpa. Macam client dgn customer je.
4. kelebihan dia di mata anda
This is my humble opinion of my hubby.. maybe keterlaluan, but for me ini la hakikatnya. Jiwa dia sgt sentimental dan pemaaf.. hardly found pada lelaki lain yang aku kenal.
AND it is kinda sexy when seing man crying over touching movie. Tak nak elaborate lebih2 nanti ada yang marah lak (aku tau dia marah2 sayang je..)
Most of the time boleh bawak berbincang & tak guna kuasa veto (or most Muslim men claimed as kuasa suami!!).
5. harapan
Semoga kasih kekal sepanjang hayat..amiiiinnn!!!

6. gambar kekasih hati
Dah ada kat langsir kat atas tu.. tp saja nak tepek lagi kat sini


7. Nak kena tag orang lain pulak..
I nak tag 2 orang je..
Rajin2 le jawab tag ni ye klu belum pernah buat lagi..
TQ

Still letih

I wanted to blog about yesterday's event last night.. tp dah ter over-exhausted. Actually semalam we were hosting a talk in conjunction with a visit by President of an association in UK to Malaysia. Sebenarnya last month lagi aku dah sibuk co-ordinating this event. It's started with writing paper for approval.. bila dah approved sibuk pulak dgn kerja lain. In the mean time buat itinerary checklist and meetings with relevant department. Mujur on getting the participants it was handled by the co-organizer. Only this week like all out for the event (except on Monday terpaksa buat assignment mengejut dari pagi sampai almost midnight!!).

Habis je event aku rasa sgt letih. Mana taknya, semalam pukul 7 pagi dah sampai opis and running around dengan2 1/2" heels.. memang menyeksakan. Pukul 5 aku dah balik rumah. Urat semua rasa sakit.. aku panaskan lauk then tidur. Malam walaupun penat sempat lagi aku masak sup telur requested by hubby. Dah 9.30pm baru dinner.. hubby balik lambat lak. Then aku melepak je la sambil mintak hubby picit kaki. Sebelum tidur pun aku mintak dia tolong sapu krim panas & urut kaki aku.. sgt tak selesa! Bangun pagi ni baru lega sikit.. walaupun sangat malas nak ke opis.

Tuesday, June 09, 2009

Letih dan lapar

Aku letih sgt sekarang ni.. dan lapar jugak. Hari ni aku bawak bekal.. 3 ketul karipap, 1 keping wholemeal bread with peanut butter, 1 roti hotdog & 2 biji epal. Epal ada 1 biji blm mkn..lunch tadi mkn lebihan roti hotdog (yg cukup sekali ngap je..)... then sibuk buat keje.. Lapaaaar sangat! Tengah tunggu hubby dtg amik.. then nak ajak dinner.

Semlmpun aku bawak bekal roti with peanut butter 3 keping + roti kosong 3 keping & epal. Itu le aku mkn utk bfast & lunch. Ingatkan boleh balik cepat utk dinner awal sikit.. rupa2nya pukul 10.30pm baru abih keje..lapar gila. Almost 11.30pm baru boleh dpt dinner..

Lately keje mmg tak menentu.. assignment bertimpa-timpa datang. Lepas satu.. satu yg kena buat. And mostly on ad-hoc basis.. yg aku buat semalampun baru je aku dpt pagi tu..mujur le aku takde tanggungan kat rumah (except nak melayan cik abe je), klu tak sure ada yg mengamuk.

Saturday, June 06, 2009

Cuti-cuti Malaysia: Tiara Beach Resort, Port Dickson P3

Are-ju with bebudak..

Haikal lapaq lepas penat berkayuh dlm kolam..
Haikal & Alif having fun!
Hubby berenang with Haikal..

Adik with hubby..
Hubby dengan bebudak

Cuti-cuti Malaysia : Tiara Beach Resort, Port Dickson P2

Update on our recent cuti2..





















Wednesday, June 03, 2009

Cuti-cuti Malaysia: Tiara Beach Resort, Port Dickson

Aku terlalu bz dgn keje lately. Lepas present 6 sigma last week, banyak btl keje yg menanti. Before thatpun aku bz teramat jugak.. mujur my presentation ok. Stress aku masa nak menyiapkan presentation tu. Last weekendpun aku terpaksa buat keje.. isnin pun sama, aku terpaksa stayback sampai 10 mlm. Semalam still aku pecah kepala nak menyiapkan presentation for the COO. Hari ni pulak pagi ada meeting.. last minute buat preparation!

Hari ni half day je keje.. pukul 1 aku balik. Pagi tadi spontaneously aku decided nak bawak emak, adik & anak buah aku pegi PD. Klu ikut plan asal nak balik jb, tp abah tanak ikut lak, so lepas dok pening nak pi mana, aku terpikir pulak why not pi pd je. Aku call tiara beach resort.. terus bua reservation. Bertolak tadi dah pukul 3 pm. Sampai about 4.45pm. Masa nak check-in dorang ckp tak de reservation, tp mujur still ada bilik. Studio room for RM220 per night. Ok le sbb bilik quite spacious, so 1 bilik cukup utk kitaorang. Kat sini mmg sesuai bawak bebudak sbb ada mini water theme park.. kecik je tp kira ok le utk bebudak.
Aku dah ngantuk gila.. letih melayan bebudak main air tadi.Nak tidoq!!!

PENGUMUMAN

Entri saya berkaitan makanan/masakan akan di'post'kan di http://www.foodsmania.blogspot.com/.
-dhill-
29 Jan 2009