Thursday, August 27, 2009

TREACHER METHODIST GIRLS' SCHOOL (TMGS), TAIPING

Bulan July classmate lama aku Munn & Adha bagitau nak buat gathering for former TMGS students on 15th Aug 2009. Aku tanpa pikir panjang terus setuju nak join. Hubby pun ckp ok jugak, boleh pi fishing trip sebelum puasa.
Hari Jumaat (14/8/09) kitaorang i.e. aku, hubby n are-ju ytbertolak dah dekat 10 mlm. Dah nak sampai tol GCE last sekali before masuk NSE tetiba aku teringat barang yg abah pesan tertinggal.. masa aku pi penang hari tu lagi abah nak & aku terlupa.. kali ni pun lupa lagi. Kami patah balik. Masa tu perut mmg lapar sbb belum dinner.. hubby dah bengang. Aku ckp kat hubby besok pagi je bertolak sbb event malam. Tp mengenangkan nak pi pancing siangnya hubby decide bertolak malam tu jugak. Tiba kat Teping dah 2 lebih.. tidoq sat, pagi2 lepas subuh dah bertolak pi pancing. Sebelum pi tu aku call adha nak confirm time gathering tu, mana la tau klu gathering tu buat siang.. dia ckp pukul 6. Aku agak sempat le kut klu aku join trip pancing tu.
Aku tak tau rupa2nya air kat sungai cetek & tak mengizinkan sampan kecik kitaorang tu utk masuk. Pukul 4 lebih try jugak masuk.. lepas jugak le lepas mengelak banyak beting pasir. Tp still masalah nak naikkan sampan ke darat.. air takde so tinggi le kena angkat ke tebing. Tu yang dah 5.30 baru settle. Masa on the way back home hujan dah mula turun dan bertambah lebat. Munn pulak call tanya aku kat mana. Masa tu dah 5.50. Dia & adha dah sampai. Aku belum gosok baju lagi.. nak touch-up sikit so that tak nampak sgt kena sunburn.. dalam hujan lebat hubby antar aku ke hotel. 6.30 aku selamat mujur tak jauh dr rumah!
***
Aku ingatkan the event was only for those yang sama batch dengan kitaorang until aku sampai kat Legend Inn Hotel, Taiping hari tu. B4 aku turun kete nampak ramai orang kat pintu masuk.. ramai yg dah veteran. Hubby siap gelak kat aku, takkan le dorang tu classmate aku?
Bila ku jumpa mun n adha baru aku tau ini dinner sempena 120th anniversary!
*

GOH, Tan Sri Dr Asiah Abu Smah (Headgirl 1954) shared her moment in TMGS with us. She revealed how she prayed for rain in order to avoid co-curricular activities. Memang le her wishes always came true sbb Taiping receives the highest rainfall in the country and its rains almost everyday!
*
1Malaysia Receptionists! Dari dulu lagi 1malaysia dipraktikkan kat teping.

Table selling souvenirs..

Dining room.. punya le crowded sbb tak expect ramai camni. Rasanya meja kitaorang paling terceruk sekali!


VIP table... ada Tan Sri Asiah (former DG of MOE, currently Suhakam Commissioner), Dato' Hasmah Abdullah (DG of LHDN), Miss Satwant .. dan yg lain aku tak kenal.


With Mr Mak.. masa dinner tu adha yg recognised him. Aku tak ingat dia ada ajar aku ke tak.. rasanya tak..


Munn, adha & aku.. tak jumpa pun gang lelain..penat nak mengingatkan classmate kitaorang yg lain besides nona, maizul, haslinda, balkis, e-t, sharifah liza, chai li li, tan su ping, mei-mei dan ntah sapa lagi..

***
beratur untuk dinner

plate aku yg meriah.. lapaq gila sbb tak lunch siangnya..


***

Miss Satwant Kaur.. Headmistress kitaorang yg sgt digeruni. Memang takut nak lalu kat office dia. Nampak bayang dia kami cepat2 lari.
Punya le lama dia jadi Pengetua.. dari 1973-1991. Dapat jugak amik gambar dengan dia.

For more info boleh pi sini:


***

Teringat selalu meniru masa amik test kat kelas kimia Mr Sum, sorok botol air Mr Ong masa physics class (besok tu nampak dia melenggang je bawak botol air tu dtg sekolah!, kitaorang tension sbb lembab sikit pick-up masa dia ajar, tambah pulak dia cam selamba je pi balik keje bawak botol air tu semata..) dan kena operate katak kat kelas biologi Ms Ho!!!

Best jugak masa menari hawaii during concert, berlatih macam nak gila siap suruh kakak nona jahit baju. Lepas tu buat skirt dr tali rafia.. buat show cam tak kesian. Then ada jugak buat show dikir barat.. tukang karut adha & haslinda. Lagi satu masa aku & nona kenakan Azila minum kicap dlm papercup Coke.. siap ada ice lagi!

Then bila dah nak spm gigih buat revision dgn study group sampai kena kejar dengan anjing masa nak panjat pagar sekolah. Siap buat qiamullail kat sekolah dgn sejemput je kengkawan with ustazah.

Recruitment Tips

HOW TO RECRUIT THE RIGHT PERSON FOR THE JOB?
Put about 100 bricks in a room with an open window.Then send 2 or 3 candidates in the room, and close the door. Leave them alone and come back after 6 hours, and then analyze the situation.
If they are counting the bricks.
Put them in the accounts department.

If they are recounting them.
Auditing.

If they have messed up the whole place with the bricks.
Engineering.

If they arrange the bricks in some strange order.
Planning.

If they throw the bricks at each other,
Operations.

If they are sleeping.
Reception.

If they break the bricks into pieces.
Informationtechnology.

If they are sitting idle.
Human resources.

If they say they have tried different combinations, not a brick has been moved.
Sales.

If they have already left for the day.
Marketing.

If they are staring out of the window.
Strategic Planning.

Last but notleast.

If they talk to each other, and not a single brick has been moved. Congratulate them, and put them in top management!!

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan buat semua

Salam ramadhan buat semua teman2 yg mengunjungi blog ini.. semoga segala ibadah kita diberkati dan dirahmati-Nya!!






Friday, August 21, 2009

Malaysians Unite for Road Safety (MUFORS) campaign


Dear friends,
I would like to invite all of u to take part in Malaysians Unite for Road Safety (MUFORS) campaign which target 250k Malaysian to make their pledge by 090909. Please click here and make your pledge
http://www.090909.org.my/, and don’t forget to spread this to your family and friends!!

Thursday, August 13, 2009

Chef Wan dapat undangan jadi tetamu Oprah Winfrey

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/8/13/mstar_hiburan/20090812153548&sec=mstar_hiburan
Khamis Ogos 13, 2009
Oleh SHAHRIL ADZRIN
Chef Wan bakal menjadi rakyat Malaysia pertama muncul dalam rancangan 'Oprah Winfrey Show'.



SELEBRITI Chef yang paling terkenal di rantau Asia, Chef Wan telah mendapat undangan untuk menjadi tetamu istimewa pengacara 'talk show' terkenal Oprah Winfrey.
Jemputan itu telah disampaikan kepada Chef Wan baru-baru ini melalui orang tengah iaitu Ketua Pegawai Asian Food Channel, Maria Brown.
Chef Wan bakal menjadi rakyat Malaysia pertama yang muncul dalam rancangan 'Oprah Winfrey Show'.
Chef Wan yang jelas teruja, menganggap dirinya cukup bertuah dan tidak pernah menjangka yang Oprah akan mengundangnya.
"Pagi tadi saya menerima sepucuk surat yang dihantar melalui pihak Oprah Winfrey Show. Mereka mengundang Wan untuk menjadi tetamu dalam rancangan itu.
"Wan rasa macam tak percaya je, betul ke ni jemputan untuk aku? Kawan Wan yang beritahu Wan pasal berita ni, Wan banyak kali cakap dekat dia, jangan main-main dengan benda macam ni. Dia pun kata dia tak main-main, baru Wan percaya," kata Chef Wan ketika dihubungi mStar online.
Chef Wan juga tidak menyangka di sebalik kejayaan selebriti lain yang terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza, dia masih berpeluang untuk di undang ke sebuah rancangan terkemuka dunia berbanding Siti dan selebriti yang lain.
"Wan rasa bertuah sangat-sangat, tak tahu nak cakap macam mana, bukan senang untuk kita di undang sebagai tetamu istimewa dalam rancangan yang berprestij seperti Oprah ini.
"Bukan Wan nak bangga dirilah, tapi kalau nak dibandingkan populariti, popular lagi Datuk Siti, tapi tidak ada lagi selebriti kita yang di undang walaupun popular.
"Bila Wan diundang Oprah, Wan rasa gembira, bangga dan 'excited' sangat sebab satu dunia menyaksikan rancangan Oprah ini. Jadi Wan berbangga kerana Wan dari negara Malaysia," katanya.
Menurut Chef Wan, undangan yang diterimanya ini mungkin dari kejayaannya merangkul "The Best Celebrity Chef In The World" di 'World Gourmand Cookbook and Media Awards 2009' yang menewaskan selebriti chef lain dari seluruh dunia.
"Lepas Wan menang, artikel pasal kemenangan Wan tu ada keluar di New York Times, lepas tu Wan juga ditemuramah oleh sebuah majalah yang terkemuka, Le Prestige.
"Mungkin dari situ juga mereka nampak kredibiliti Wan sebagai selebriti chef terbaik dunia," jelasnya.
Namun selebriti chef ini masih tidak mengetahui lanjutan mengenai undangan ini biarpun dia sudah memberikan jawapan dan menyerahkan kepada Maria untuk berurusan dengan pihak Oprah.
"Wan tak tahu bila mereka akan panggil Wan, tetapi yang pasti dalam surat tu dinyatakan 'urgent', jadi maknanya mungkin akan dipanggil dalam masa terdekat inilah.
Chef Wan yang tidak kedekut dalam berkongsi pengalamannya turut mengatakan ini bukan kali pertama dia ditemuramah di peringkat antarabangsa.
"Ini bukan kali pertama Wan ditemuramah di peringkat antarabangsa, 30 tahun dulu Wan pernah muncul dalam sebuah rancangan 'Talk Asia' yang dihoskan oleh Lorreian Hann di CNN.
"Wan merupakan orang ketiga dari Malaysia muncul dalam rancangan tersebt selepas Pak Lah dan Mahathir.
"Selepas Wan muncul dalam rancangan tu, barulah selebriti-selebriti antarabangsa lain seperti Shah Rukh Khan dan ramai lagi muncul," kata Chef Wan yang baru melancarkan buku resepi terbarunya, ‘Sajian Tradisi bersama Chef Wan’.
Malah Chef wan juga pernah ditemuramah oleh stesen TV antarabangsa seperti Al-Jazeera, BBC London dan juga pernah muncul dalam rancangan 'Driven' di CNBC

Sunday, August 09, 2009

Pasar Malam Seberang Jaya

Ini suasana pasar malam kat Seberang Jaya.. aku pi sana lebih-kurang 3 minggu lepas.
Kami (aku & are-je) ronda2 kat situ & had our dinner there. Berhenti kat stall yg jual mee/kuey teow goreng ni.. kat belakang gerai ada sedia meja & kerusi. We had kuey teow goreng yg sangat best.
Ini pulak gerai laksa buyong..
For those yang tak tau.. why nama dia laksa buyong.. is simply bcoz kuah laksa tu dimasak dlm bekas tembikar or we call it buyong. Aku tengok ramai org jual laksa buyong kat pasar2 malam.. but actually not the real laksa buyong. Dorang masak dlm bekas besar (kat dlm gambar ni yg kat bottom -right corner tu.. with gayung kat atasnya!).. then transfer dlm buyong tu! panaskan je dlm buyong.. bila habih.. dorang refill je dr bekas sebelah tu!
I blogged about him last year.. tahun ni pi amik gambar dia lagi.. dan biter lagi kat sini.
Ini kat gerai murtabak LEE yag sure kena q panjang nak order.. klu tak q pun sure dia akan cakap akak round2 dulu nanti datang balik.. ini semua dah ada orang booked!!!
More story ada kat dlm blog aku yg satu lagi

Monday, August 03, 2009

Everytime I Close My Eyes by Babyface

Girl it's been a long, long time comin', yes it has
But I, I know that it's been worth the wait
It feels like springtime in winter
It feels like Christmas in June
It feels like heaven has opened up it's gates for me and you
CHORUS:
Every time I close my eyes
I thank the lord that I've got you
And you've got me too
And every time I think of it
I pinch myself cuz
I don't believe it's true
That someone like you loves me too

Girl I think that you're truly somethin', yes you are
And you're, you're every bit of a dream come true, yes you are
With you baby, it never rains
And it's no wonder
The sun always shines when I'm near you
It's just blessing that I have found somebody like you
Ooh Oh
CHORUS
To think of all the nights
I've cried myself to sleep
You really oughta know how much you mean to me
It's only right, it's only right
(In my life) that you be in my life right here with me
Oh baby, baby, yeah
(-Kenny G. sax solo-)

I'll tell you girl that...

..love this song zaman belajar dulu2.. initially i bought his album just bcoz of this song.. sebab ada mariah carey & kenny g.. but eventually i love all songs in his album.

PENGUMUMAN

Entri saya berkaitan makanan/masakan akan di'post'kan di http://www.foodsmania.blogspot.com/.
-dhill-
29 Jan 2009