Hari Jumaat (14/8/09) kitaorang i.e. aku, hubby n are-ju ytbertolak dah dekat 10 mlm. Dah nak sampai tol GCE last sekali before masuk NSE tetiba aku teringat barang yg abah pesan tertinggal.. masa aku pi penang hari tu lagi abah nak & aku terlupa.. kali ni pun lupa lagi. Kami patah balik. Masa tu perut mmg lapar sbb belum dinner.. hubby dah bengang. Aku ckp kat hubby besok pagi je bertolak sbb event malam. Tp mengenangkan nak pi pancing siangnya hubby decide bertolak malam tu jugak. Tiba kat Teping dah 2 lebih.. tidoq sat, pagi2 lepas subuh dah bertolak pi pancing. Sebelum pi tu aku call adha nak confirm time gathering tu, mana la tau klu gathering tu buat siang.. dia ckp pukul 6. Aku agak sempat le kut klu aku join trip pancing tu.
Aku tak tau rupa2nya air kat sungai cetek & tak mengizinkan sampan kecik kitaorang tu utk masuk. Pukul 4 lebih try jugak masuk.. lepas jugak le lepas mengelak banyak beting pasir. Tp still masalah nak naikkan sampan ke darat.. air takde so tinggi le kena angkat ke tebing. Tu yang dah 5.30 baru settle. Masa on the way back home hujan dah mula turun dan bertambah lebat. Munn pulak call tanya aku kat mana. Masa tu dah 5.50. Dia & adha dah sampai. Aku belum gosok baju lagi.. nak touch-up sikit so that tak nampak sgt kena sunburn.. dalam hujan lebat hubby antar aku ke hotel. 6.30 aku selamat mujur tak jauh dr rumah!
***
Aku ingatkan the event was only for those yang sama batch dengan kitaorang until aku sampai kat Legend Inn Hotel, Taiping hari tu. B4 aku turun kete nampak ramai orang kat pintu masuk.. ramai yg dah veteran. Hubby siap gelak kat aku, takkan le dorang tu classmate aku?
Bila ku jumpa mun n adha baru aku tau ini dinner sempena 120th anniversary!
*
GOH, Tan Sri Dr Asiah Abu Smah (Headgirl 1954) shared her moment in TMGS with us. She revealed how she prayed for rain in order to avoid co-curricular activities. Memang le her wishes always came true sbb Taiping receives the highest rainfall in the country and its rains almost everyday!
*
1Malaysia Receptionists! Dari dulu lagi 1malaysia dipraktikkan kat teping.
Table selling souvenirs..
Dining room.. punya le crowded sbb tak expect ramai camni. Rasanya meja kitaorang paling terceruk sekali!
With Mr Mak.. masa dinner tu adha yg recognised him. Aku tak ingat dia ada ajar aku ke tak.. rasanya tak..
Munn, adha & aku.. tak jumpa pun gang lelain..penat nak mengingatkan classmate kitaorang yg lain besides nona, maizul, haslinda, balkis, e-t, sharifah liza, chai li li, tan su ping, mei-mei dan ntah sapa lagi..
***
beratur untuk dinner
plate aku yg meriah.. lapaq gila sbb tak lunch siangnya..
***
Miss Satwant Kaur.. Headmistress kitaorang yg sgt digeruni. Memang takut nak lalu kat office dia. Nampak bayang dia kami cepat2 lari.
For more info boleh pi sini:
http://linglanglong.blogspot.com/2008/06/helping-and-reminiscing-tmgs-and-plea.html
***
Teringat selalu meniru masa amik test kat kelas kimia Mr Sum, sorok botol air Mr Ong masa physics class (besok tu nampak dia melenggang je bawak botol air tu dtg sekolah!, kitaorang tension sbb lembab sikit pick-up masa dia ajar, tambah pulak dia cam selamba je pi balik keje bawak botol air tu semata..) dan kena operate katak kat kelas biologi Ms Ho!!!
Best jugak masa menari hawaii during concert, berlatih macam nak gila siap suruh kakak nona jahit baju. Lepas tu buat skirt dr tali rafia.. buat show cam tak kesian. Then ada jugak buat show dikir barat.. tukang karut adha & haslinda. Lagi satu masa aku & nona kenakan Azila minum kicap dlm papercup Coke.. siap ada ice lagi!
Then bila dah nak spm gigih buat revision dgn study group sampai kena kejar dengan anjing masa nak panjat pagar sekolah. Siap buat qiamullail kat sekolah dgn sejemput je kengkawan with ustazah.
No comments:
Post a Comment