Tuesday, October 27, 2009

Aidilfitri di JB (...dan jugak Pontian)


Di pagi raya.. aku nampak gemuk dlm gamber ni (aku sgt sedar diri betapa aku terus membesar bagai johan!!!)



Nampak sedikit comel masa beraya kat Pontian!
*

Jangan lupa minum air oren 'bodoh'..(aku just quote cakap hubby je yek!).
*

Gambar beramai2 di pagi aidilfitri yang mulia!

Bella & anak2

Bella after 3rd or 4th operation (tak ingat lak berapa kali dia kena operate!). Kesian kat dia kena operate byk kali..ini gambar amik last month. Dah boleh lepaskan dia main kat belakang. Lama jugak kurung dia.. ada le kut 2 minggu lepas operation yg last sekali tu.

*
Bella dgn Cikepon, anak dia yg bongsu.
*
Ini pulak rasanya Cikebon.. klu takpun Cikebell.. dua2 nampak sama lak dlm gambar ni. Dorang anak Bella yg 2/3.
,

Saturday, October 24, 2009

B'Day Emak

BDay emak falls on 31st august.. this year kitaorang sambut malam sebelumnya sbb besoknya puasa & lagipun nak balik kl awal besoknya.
*
Kek beli kat secret recipe

*
Chocolate indulgence

*
bDay gurl tengah potong kek..

*
Pah dengan cucu2 yg sangat penyibuk

*
Dari kiri .. Megat Muhammad Arfan, Megat Muhammad Alif, Pah, Amir Haikal & Aiman Hakimi.


Wednesday, October 21, 2009

Suku Akhir 1 Piala FAM - KL Plus vs Kelantan : Peminat Fanatik atau Pengganas Bolasepak

Last night i had a chance to watch quarter final 1 for Piala FAM between KL Plus & Kelantan at Stadium Bolasepak Cheras. Memang agak cuak nak pegi mula2 tu sbb boleh bayangkan gelombang merah yang terpaksa dihadapi nanti. Tp bila difikirkan kena jugak bg sokongan kat our own team, aku 'paksa' jugak hubby pegi walaupun dia balik lambat semalam. Sampai kat luar stadium about 8.20pm.. parking memang susah.. kitaorang parking kat bawah jejantas depan maktab perguruan. Jauh gak nak menapak, tp ok sebab bila fikirkan nak kluar senang sikit. Disebabkan ini 1st time tengok kat stadium ni meraba2 gak nak cari kaunter tiket. Punya le ramai orang2 berbaju merah. Baju biru boleh kira berapa org! Kami semua (KL Plus supporters) kena duduk kat grandstand.. seats selebihnya kat dlm stadium tu semua org K'tan (about 3/4 stadium!).

Game baru mula aku dah rasa macam suasana 'mini' kat Palestin - mercun dah meletup2 walaupun tak byk kat belah supporter K'tan.. 'mini' sebab tak de le teruk cam bunyi bom/senapang kat Palestin kut (just my andaian). Masuk 2nd half lagi byk mercun.. bila game lagi 15 minit nak abih lagi le galak kluar. Especially bila fru dah beratur kat tepi padang. By that time hubby dah ajak aku balik.

Masa jln nak ke kete orang still blm ramai yg keluar. Aku nampak satu mamat cuba kluarkan kete dia masa lalu kat traffic light kat simpang tepi stadium. Kete dia kena sandwiched.. dah le tu depan-belakang ada kete. Biasale kalau tengok bola memang camtu.. sbb tu le aku parking jauh2!. Tp rasanya klu dia nak kluarkan kete dia still bolh sbb au nampak ada ruang kat sebelah kiri-belakang. Masa aku btul2 tepi kete dia, tetiba aku dengar bunyi bergeser.. sah dia pi langgaq kete kat sebelah kanan dia. Then bila aku jln lagi selang 2/3 kete kat depan aku dengar bunyi smashing. Hubby ckp dia kluar kayu golf dan pi bantai kete sebelah/belakang dia. Fuyoo!! ganasnya!! Org kat belakang aku pun ckp dia bantai kete yg block kete dia dgn kayu golf. Then ada sorang lagi pun ckp camtu.. Aku tak nampak sbb dengar je smashing.. tak sanggup nak tengok pengganas macam tu!! Org tu ckp that guy K'tan supporter.. & kete yg dia belasah tu pun kete org K'tan!!!

Agaknya terlalu 'kaciwa' with the result kut?

Sunday, October 18, 2009

Kebunku Sekangkang Kera

Gambar ni amik masa awal ramadhan baru2 ni, baru sekarang sempat upload. Sgt le susah nak cari masa (dan mood!) utk uplod gambar dlm blog..
*
Daun kesum dlm baldi yg aku isi air.. tiap2 minggu aku tukar air at least sekali. Klu tak nanti jadi pusat pembiakan nyamuk lak.. sekarang pokok ni almost semua aku dah tanam kat depan rumah. Tinggal sikit je lagi yg belum dialihkan.

*
Pokok pandan .. aku kena alihkan kat tempat lain. Sekarang aku tengah buat minor renovation kat dapur.. by tuesday ni siap le kut. Tinggal nak pasang pagar besi & touch-up dinding sikit. Then boleh susun balik semua pokok2 kat belakang tu.. semalam tengok byk jugak pokok yg dah kering..

*
Serai yg susah sgt nak hidup.

*
Cili padi yg sekarang ni tengah galak berbuah!

*
Pokok kunyit.. ada dua pokok

*
Pokok salad (lettuce) yg dah tak wujud lagi.
*
Ben si haiwan perosak tanaman kat kebun kitaorang.. habis pokok dia redah. Ada sekali tu bagus je duduk atas pokok serai yg tak berapa nak hidup tu..
Ni tengah dok bersedia nak serang hendap pokok2 kitaorang.. Ben siap boleh berilusi main kejar2 kat celah2 pokok lagi!!!

Tuesday, October 13, 2009

Ngantuk

Aku sekarang tengah buat special assignment. Sibuk sesangat sampai tak sempat nak update blog..tidur pun tak cukup. Dah berapa malam tidur lepas pukul 1. Mujur still boleh bertahan sbb dah terbiasa tidur kurang masa bulan puasa dulu.
Hari jumaat lepas masa masuk kete nak balik aku tengok jam dah 10.58 pm. Semalam pulak masuk kete 12.21 pagi(dah hari ni sebenarnya). Hari ni aku nak balik awal.. so that boleh rehat sikit. Besok nak sambung lagi..

Aku tak kisah being assigned utk buat special task.. Macam kali ni ada rep from dr semua division and we were required to complete our relevant task. Klu semua work as a team memang le ok.. tp yg tak ok bila ada yg tak bg commitment & harap orang lain yg bagi direction apa nak buat. Klu tak suruh tak buat. Susah le macam ni.

Aku memang angin klu keje camni.. walaupun other team-mates ckp aku sgt cool (which aku belajar dr my boss). Btul2 buang masa bila orang lain nak kena buat balik.. which sepatutnya kita just review what they had prepared and betul je flow.

BTW.. aku nak masuk gambar raya kat sini, tp still dok cari masa yg sesuai.

PENGUMUMAN

Entri saya berkaitan makanan/masakan akan di'post'kan di http://www.foodsmania.blogspot.com/.
-dhill-
29 Jan 2009