Tuesday, November 15, 2005

Anchik dpt 2nd baby

Pagi tadi bangun sahur 4.30am. Sorang -sorang. Klu bulan puasa adalah peneman bersahur. Elok je habis makan aku sakit perut. Berkali2 aku kena pegi toilet lepas tu.. Sebelum sambung tidoq, aku cuci semua pinggan-mangkuk n periuk-belanga. Pkl 5 masuk tidoq balik. Susah pulak nak tidoq. Elok je nak terlena dengar sms masuk. Hai.. sapa pulak yg sms pagi2 buta ni? [are-ju] "Kak Ros dah beranak.. org kat kulim ni.. baby boy..". [aku] - bila?. [are-ju] - "pkl 3 lebih tadi..". Sambung cubaan utk tidoq.

Tadi anchik hantaq sms "di keheningan pagi kedengaran suara seorang bayi memecah kesunyian. Tk ku sangka itulah hero pujaanku. Milik kami roseazrul. 151105 03.21am. hospital kulim." Boy lagi. Dah 3 org cucu lelaki utk emak-abah aku. Ingatkan pompuan.

Aku pulak dok main dgn anak org ja.. apa nak buat, dah nasib aku. Dah lama aku redha walaupun adakala rasa kecewa terlintas di hati. Hubby pulak, so far ok. Dia mmg dari belum kahwin dah tahu aku tak blh bagi zuriat kat dia. Tq for your understanding. Bkn senang org nak terima kekurangan aku ni.. Apa nak buat.. doktor pun suruh aku consider adoption. Just b4 puasa baru2 ni kami di offer one baby girl yg baru lahir. Kami dah tengok, aku dah pegang baby tu. Memang comel sgt. Tapi apakan daya, ibunya berubah fikiran di saat akhir.

5 comments:

ady said...

alamak takder tempat nak beramah mesra...akak taiping kat mana??? dah kata dekat tuh...siap ada link zoo tepeng lagik hehehe!

dhillo said...

kat tmn kaya, lahir kat kg air kuning.. dekat je.

ady said...

waaaa bersepah kawan ady kat tmn kaya tuh kak... email me at jasdy4eva@yahoo.com ;)

sri said...

Dhill; tuhan maha kaya adik... setiap kekurangan ada kelebihannya. dan Dhill boleh bahagia dengan cara lain. ya cuba dapatkan baby angkat, bela dengan ikhlas dan Allah akan membalasnya dengan kehidupan yang lebih bermakna.

dhillo said...

thanks kak sri.

PENGUMUMAN

Entri saya berkaitan makanan/masakan akan di'post'kan di http://www.foodsmania.blogspot.com/.
-dhill-
29 Jan 2009