Thursday, March 31, 2005

RAPHEY Teen


Gambar hubby masa kecik, agaknya masa sekolah rendah kut!Posted by Hello

Little Dhillo


Rasanya masa ni aku belum sekolah lagi. Masa ni ambik gambar ramai2 dgn cousin aku with arwah Wan dan Pah during Kak Ja's b'day.Posted by Hello
Hari ni bangun 6.20am though hubby cakap dia kena pegi KL. Biasanya kalau hubby pegi KL, kita keluar lewat sikt. Tapi aku dah terlebih tidur agaknya, awal lagi mata dah terbeliak..segar bugar. Lagipun aku tengok baju belum iron lagi. Semalam aku cakap kat hubby tolong iron baju, 'coz badan rasa letih sangat. Tapi pagi tadi tengok baju2 tu sama je condition nya macam aku letak semalam. Masa aku terjaga pukul 12 mlm semalam, hubby still sibuk main gamy dynomite tu. Nak lawan aku ler tu.. Nama aku dah terukir kat hall of fame gitu! hehe.. ada dua lagi out of 5. Lagi tiga tu nama adik aku, are-ju. Aku tanya dia pagi tadi pukul berapa tidur, as usual pukul 1 lebih. Mesti kes tak puas hati ni.. Memang hubby selalu buat rekod kalau main game, baru-baru ni pkl 5 pagi dia kejut aku masuk tidur dlm bilik. Pernah dulu dia kejut aku dekat 7 pagi. Aku biasanya memang tidur kat bilik yang sama dgn tempat pc kalau hubby main game.

Hari ni tak masak apa2 pun 4 breakfast. Minta orang masakkan.. tukang masak kat kedai kan ramai!!! Ingatkan nak masak nasi lemak, tapi sebab letih sangat semalam ingredients semua aku tak siapkan. So, nasi lemak kat kedai je le..


Tiap2 kali masuk kereta mesti tune in to RMKL. RMKL memang best, pukul habis semua radio station yang lain. Very the very interactive one. Tadi dj Manan Selamat, tapi tadi dia ada tersasul sikit (in fact dia memang selalu tersasul). Tapi pada aku dia dj paling best, banyak ilmu pengetahuan. Dia boleh ingat bila RMKL mula sebagai stesyen interaktif masa session Info ICT with En. Azli Paat. Tarikhnya 29 Mei 2001. Besok semua stesyen radio RTM akan melalui proses penjenamaan semual (re-branding). Bagus tu, tapi kalau boleh nama stesyen jgn le asyik diubah. Penat ler.. sekejap RMIK, lepas tu entah apa2 lagi sampai le sekarang ni RMKL. Kalau anugerah seri angkasa baru ni dj Pool (Saiful) menang anugerah dj versatile, pada aku dia ni as a dj memang ler agak famous kat rmkl tapi kalau nak diikutkan bagus dan famous lagi tn hj manan ataupun nooraini ibnu (wife herman tino tu). Cuma mungkin sebab dj manan dah tua sikit, so kalau menang pun belum tentu ramai orang muda nak dengar rmkl. Kalau Pool tu sure ada commercial value sikit. Marketing strategy ler tu.. apa2 je le.

Cerita pasal dj
nooraini ibnu, aku dgn hubby selalu antar sms to rmkl minta lagu herman tino time dia on air. Tapi memang takkan dapatnya. Kadang2 tu antar sms merayu lagi. Dia memang akan ketawa je bila baca those sms yang mintak lagu herman tino. Dia siap cakap "saya takkan mainkan lagu herman tino" lebih kurang gitu ler maksudnya..

Oh ye.. pagi tadi timbang berat turun 1 kg! Harap2 bulan april ni aku boleh turun 5 kg lagi..amin!

Wednesday, March 30, 2005

Bosan!!!

Kerja banyak tapi tak ada mood! Malam ni tak tau nak masak apa for dinner. Klu malas, makan je kat luar. Aku teringin pulak rasanya nak makan fish n chip. Asyik nak menggemukkan badan je.. Alahai, kuatkan ler semangat. Dulu senang je nak turun. Sekarang ni lemak dah tepu. Tadipun, masa lunch aku cuba control, walaupun memang sedap ikan pekasam tu. Aku beli gulai (kari) daging kat kedai bawah. Sedap pulak tu..Lepas lunch pegi tengok Carrom tournament, lepas abis diorang main aku pulak join main suka2. Skill dah lari, walau menang tapi dlm kepayahan.


Cerita Ikan Pekasam

Sekarang jam 8:33 am, aku tengah makan nasi goreng sambil mengadap pc. Tiba tadi dah 8:10 am. Jalan jam kat highway sg. besi ke KL. Lari masuk BESRAYA then masuk semula ke jln Kuchai Lama, sangkut jugak. Isi minyak dulu before hubby drop me kat office.

Pagi tadi bangun 6:30 although hubby set jam 6:20. Biasa ler.. sayang nak tinggal selimut tambahan pulak cuaca sejuk je.. Terus masak nasi goreng. Mujur aku dah tumis bawang dengan daging semalam, so tak le lama sangat bila sambung tumis barang lain. Ada nasi lebih aku tapau for lunch. Goreng ikan pekasam sekali. Kalau ikutkan dulu aku memang tak suka ikan pekasam. Rasa macam teruk sangat 'n busuk pulak tu. Tapi entah macam mana early this year aku cuba beli kat pekan minggu Simpang Tiga (Changkat Jering). Oh ye.. baru aku ingat kenapa, actually ZA, secretary boss aku yang kirimkan masa aku balik Taiping. Aku pun beliler extra, konon nak cuba.. sedap pulak.. baru2 ni (about a month ago) ZA ada beli kat KL 'n bawak kat office, tapi rasanya agak strong walaupun sedap jugak. Aku lebih suka yang aku beli kat makcik di pekan minggu tu sebab lebih mild. So, tak silap aku dah 4 kali aku beli ikan pekasam kat dia. Sepeket dalam 2-3 ekor tu harganya RM3 (kecikje, saiz 2-3 jari seekor; beratnya tak sampai 1/2 kg). Mahal gak.. Tapi setiap kali beli berpeket-peket ler. Ada budak dept lain cakap they can get sekilo dalam RM4-5, tapi dari Perlis. Tapi tak tau ler sedap ke tak. Yang aku beli ni rasa dia tak masin sangat dan baupun tak terlalu tengik. Memang bagus utk org yang tak adventourous macam aku ni.. hehe.. Tapi sekarang ni asal ingat ikan pekasam je, aku sure terliur. So tengah hari ni kami berkenduri ikan pekasam ler.

Actually kat office aku ni ada 4 org ladies, tapi yang ngam 3 org je, yang sorang lagi tu memang kena pulau .. mana taknya, pelik sikit. Semua orang tak betul dan dia je yang always the betul one. Konon Islamic tapi menjaja cerita kat belakang kita. Itupun bukan cerita yang kita bagi tau dia, semua main curi dengar. Kita bercerita dia pasang telinga. Alih-alih ada orang sampaikan kat kita. Macam ler dunia ni besar sangat. Tapi aku buat bodoh je.. kata ler apapun, janji aku tahu apa yang aku buat dan tahu sumbangan aku pada agama, syarikat, bangsa dan negara. Chewah!!! !

Tuesday, March 29, 2005

Another Earthquake!

Hari ni semua headlines cerita pasal quake kat Sumatra. The strength was at 8.5 of Richter Scale. Close to the quake on 26th Dec 2004. Gegaran dapat di rasa around 12.15 am kat Malaysia. Aku masa tu tengah sibuk rebus ubi kayu yang dibeli kat pasar malam.. nak makan for breakfast this morning. Memang tak sedarpun.. Aku and hubby belum tidur masa tu sebab menunggu sambungan tele-movie Pengurus Produksi kat TV1. Best gak cite tu.. light entertainment. Memang merapu.. tapi ok!!! Aku cuma sedar pasal quake tu bila bukak berita TV3 this morning. Biasanya pagi2 memang on tv, tapi pagi tadi macam malas je.. 'coz mengantuk sangat. Tapi disebabkan nak menunggu ubi goreng masak (goreng sikit je 'coz dah rebus dulu semalam), akupun terus capai remote control and on tv. First sekali cerita gempa kat Sumatra dan kesannya kat Malaysia. Wah..havoc jugak ye malam tadi.

Last Sunday aku tanya hubby, mana dia dapat pantun yang dia antar on Friday. Dia cakap "I buat sendiri le, bukannya susah sangat!". Ye ke? Terror jugak dia ye.. tak tahu pulak dia pandai cipta pantun. Dulu masa bercinta memang dia ada juga berpantun, tapi rasanya dia ambil dari cerita dulu2. Yang zaman P.ramlee tu..

Friday, March 25, 2005

Mari Berpantun

11:55 am
Hari ni aku merajuk, bermacam pantun dia sms kat aku...tapi aku terus membisu!


Anak raja pergi bersua,
Bersua putri di tengah kota,
Mengapa adinda tiada bersuara,
Membiarkan kanda merasa derita.

4-14
25 Mar 2005
11:34 am
1&only

Cincin emas cincin suasa
Cantik di pakai di jari manis
Apakah salah apakah dosa
Dinda biarkan kanda menangis

3-14
25 Mar 2005
11:37 am
1&only

Putri ledang cantik tak terkata
Bila tersenyum indahnya rupa
mengapa tiada sepatah kata
tiada bersuara bila disapa

2-14
25 Mar 2005
11:40 am
1&only

Panglima jawa ke tengah kota
sambil melangkah membaca mentra
kalau ada tersalah kata
ampun dan maaf kanda meminta

1-14
25 Mar 2005
11:43 am
1&only


Another sms memujuk from him:

Sungguh harum baunya cendana
Pohonnya ditapa oleh pendita
Kalau dinda maafkan kanda
Tolonglah balas sms kanda

1-12 (after deleting earlier e-mail!)
25 Mar 2005
11:43 am
1&only

Malas nak melayan. If he read this blog, my message to him... jgn harap i will talk to u (at least today!!! he..he..he).

LAIN-LAIN SMS

This sms i received from him during out-station kat PD (training):
U just call up my name and u know where ever i am.
21 Feb 2005
18:47
1&only

sms from emak masa tahun baru
Selamat tahun baru
sentiasa di lindungi Allah untuk xxx & yyy ( aku dan dia!!!)
1 Jan 2005
11:38 am
Emak

sms from dia masa aku outstation kat penang
I mis u, feel lonely, can't sleep, think of u, 2 far 2 hug u, teardrop........(exactly 8 dots!!)
3 Dec 2004
02:43
1&only

sms from dia masa anniversary
apy anesery(???)
we are six
5 July 2004
00:33 am
1&only

sms from dia masa aku outstation kat jb, lima hari aku kat sana.

I love U, my teardrop falling on my hand when i think of u...,
25 May 2004
00:09 am
1&only

I nak ucapkan ................. selamat malam dan mimpi yang indah kita bersama
25 May 2004
00:05 am
1&only

Hallo sayang tengah buat apa? I miss and feeeel lonly
23 May 2004
22:12pm
1&only

2:25pm
Teringat lagu ni (lirik kat bawah). Lagu Sudirman memang selalu menyentuh hati.. tak kiralah lagu cinta, nasihat atau patriotik. Lagu ni orang kata kisah dia dengan his ex-wife, Kay. Menurut cerita lagu ni dicipta right after his divorce.

SENJA BERULANG SENJA..

senja berulang rindu
dan kusebut namamu
dalam suara yang bisu
engkaukah itu

dan kuulang kembali
sewaktu dalam sunyi
nyanyian kata hati
rindukah itu

biarkan kemesraan berlalu
bersama kesunyian yang padu
akan kusebut namamu selalu
namun ada rindu yang lebih dari itu

kasih di mana janji
dan kau teruskah lari
dariku yang menanti
engkaukah itu


Lagu ni betul2 meruntun perasaan. Lagi satu lagu yang aku suka kalau tak silap tajuknya Sayang Adik Abang ( or yang sewaktu dengannya ..he..he..he). Aku suka sangat lagu tu, tapi sampai sekarang cari CD tak jumpa. Tajuknyapun aku tak pasti. Cuma yang aku paling ingat ada lirik "Adikku muda remaja...", Pada aku lagu2 dia terlalu dekat di hati.

Thursday, March 24, 2005

Dah lama tak update blog ni.

PENGUMUMAN

Entri saya berkaitan makanan/masakan akan di'post'kan di http://www.foodsmania.blogspot.com/.
-dhill-
29 Jan 2009