Saturday, January 02, 2010

Teh o kosong satu!!!

Bila harga gula naik 20 sen sekilo aku fikir seperti biasa mesti ada yg bising.. memang betul jangkaan aku. Bukan setakat rakyat biasa, orang politik pun bising gak... Cuba baca kat bawah ni..
source:
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/1/2/mstar_berita/20100101202114&sec=mstar_berita
Sabtu Januari 2, 2010
Pemuda Umno Bantah Kenaikan Harga Gula
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI
KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno Malaysia hari ini membantah kenaikan harga gula yang diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan semalam.
Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Megat Firdouz Megat Junid dalam satu kenyataan media menegaskan perkara ini tidak patut berlaku walaupun kenaikan sekadar 20 sen ia tetap memberi impak negatif serta kesengsaraan kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana.
"Di saat dunia menjangkakan ekonomi akan beransur pulih, rakyat dikejutkan dengan kenaikan mendadak ini," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurutnya, Pemuda Umno berharap kenaikan harga gula dapat dibatalkan atau ditangguhkan demi menghayati konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan.
"Pemuda UUMNO sedar kerajaan Malaysia sedang mendidik rakyat agar mengurangkan pengunaan gula, tetapi dengan cara menaikkan harga gula..sebenarnya kerajaan (kementerian) membebankan rakyat," katanya.
Beliau berkata, kaedah lain boleh diambil bagi mendidik rakyat. Dalam konteks kenaikan gula mentah dunia, Pemuda Umno berharap kerajaan serta pengilang yang selama ini mengaut keuntungan, menanggung beban harga kenaikan agar rakyat Malaysia dapat menarik nafas lega meneruskan kehidupan seharian.
Katanya, Pemuda UMNO Malaysia juga berharap roti putih tetap disenaraikan sebagai bahan kawalan kerana khuatir pihak pengeluar roti akan sewenangnya menaikkan harga roti.
"Adakah roti selepas ini akan menjadi bahan makanan mewah? Rakyat Malaysia merungut, dan kami Pemuda UMNO akan sentiasa mendengar rungutan serta bersuara untuk rakyat," katanya.
Terdahulu pukul 12 tengah malam tadi, harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram iaitu RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak yang diumumkan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom.
Menurut beliau, kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai esok (1 Januari 2010) dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga.
Katanya, kenaikan harga gula sebanyak 20 sen itu perlu berikutan kenaikan harga gula mentah dunia dan kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion setahun dengan kadar subsidi sebanyak 80 sen sekilogram.


Klu kat atas tu komen dr Pemuda UMNO, kat bawah ni pulak dari Ketua Puteri cum Timbalan Menteri di Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin...yg sgt bertentangan dgn statement dr PEMUDA!

http://www.bharian.com.my/Saturday/Nasional/20100102003428/Article/index_html
Cari jalan kurangkan penggunaan gula

SEORANG pelanggan di sebuah kedai di Wakaf Lanas, Pasir Puteh, kecewa sebaik dimaklumkan gula sudah lama habis dijual sejak seminggu lalu.
PETALING JAYA: Kadar pengambilan gula yang tinggi oleh penduduk negara ini mendorong dua kementerian untuk mengadakan pertemuan dengan lebih 60 wakil industri makanan dan minuman bagi membincangkan kaedah terbaik meminimumkan kandungan gula dalam penghasilan produk. Perbincangan yang dijangka berlangsung pada 12 Januari ini membabitkan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Antara wakil industri yang dijangka hadir ialah pengeluar minuman termasuk minuman berkarbonat, biskut, roti dan kuih. Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata ia bertujuan menggalakkan penyertaan bersama pihak industri dalam menjayakan kempen mengurangkan gula.

Beliau berkata, penduduk negara ini dikategorikan sebagai pengguna tegar dengan pengambilan gula sebanyak 26 sudu teh sehari berbanding kadar yang disyorkan iaitu tujuh sudu teh. Di samping itu, katanya kenaikan harga gula 20 sen sekilogram berkuat kuasa semalam perlu dilihat sebagai langkah positif untuk membantu mengurangkan pengambilan gula secara berperingkat. "Kenaikan harga gula selaras dengan usaha Kementerian Kesihatan menjayakan kempen mengurangkan pengambilan gula kerana pengambilan dalam kuantiti yang banyak akan memudaratkan kesihatan.


"Purata 26 sudu teh gula sehari yang diambil pengguna tegar adalah satu fakta menakutkan," katanya pada pemberita selepas melancarkan program Kembali Ke Sekolah yang dilancarkan serentak di 13 negeri di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Taman Dato Harun, di sini, semalam. Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan peralatan sekolah kepada 46 murid pendidikan khas Sekolah Kebangsaan Taman Medan. Beliau diminta mengulas kenaikan harga runcit di pasaran tempatan sebanyak 20 sen sekilogram berkuat kuasa tengah malam kelmarin. Dengan kenaikan itu, harga runcit baru gula di Semenanjung ialah RM1.65 sen sekilogram, manakala di Sabah dan Sarawak RM1.75 sekilogram. Rosnah yang juga Ketua Puteri Umno, berkata selain mengurangkan beban tanggungan kerajaan menerusi pemberian subsidi kepada pengilang gula setiap tahun, langkah itu juga mampu mengubah tabiat pemakanan, sekali gus menggalakkan cara hidup yang lebih sihat.


KOMEN aku lak -
memang aku setuju harga gula dinaikkan. Lagi bagus klu subsidi gula ditarik balik. Duit 1 billion tu boleh disalurkan utk perkara2 lain such as pembangunan ekonomi, pendidikan atau penyelidikan. Tindakan kementerian untuk buat perbincangan dgnpara pengilang/peniaga/usahawan utk kurangkan kandungan gula dlm produk dorang tu memang bagus. Kurangkan gula.. jgn pulak guna sama je then charge lebih2 kat pengguna/pelanggan.


Jadi dpt le kita kurangkan pengambilan gula.. supaya generasi akan datang lebih sihat. Klu kita perasan Nestle dah lama tukar dia punya business strategy dgn mengeluarkan produk yg lebih healthy... kurang gula & lemak. Pengusaha lainpun kena ikut macam ni.. tak de le ramai yg cepat dpt sakit. Nanti kerajaan jugak kena pump lebih banyak duit ke sektor kesihatan. Duit tu sure le dr tax payer macam aku ni.. aku lebih rela duit tu guna utk pembangunan agar negara lebih produktif. Tak kira le pembangunan insan (pendidikan), ekonomi atau infra. Aku harap lebih ramai orang yg sedar dan tak bising pasal kenaikan ni.

For me & hubby, our favourite drinks klu makan kat luar adalah teh 'o' kosong (teh kosong sebenarnya i.e. teh tak de gula), limau kosong atau milo kosong. Sekali-sekala je aku order teh tarik kurang manis klu dah teringin sangat nak minum teh tarik. Kat rumah lak kami selalu minum mineral water atau teh kosong. Klu ada orang kat rumah baru le buat teh o kurang manis atau milo (just for kids).

Klu buat biskut/kek, surenya aku akan kurang kan gula kengkadang sampai separuh...

No comments:

PENGUMUMAN

Entri saya berkaitan makanan/masakan akan di'post'kan di http://www.foodsmania.blogspot.com/.
-dhill-
29 Jan 2009