19-20 July '08 -family day kat Tiara Beach Resort pd.
Ok jugak klu bawak family kat sini. Ada byk tempat bebudak boleh main. Bilikpun quite spacious.
Semlm after check-in - free n easy je. We'll lepak sat kat bilik, pukul 4 sth keluar ronda2 kat pool. Brahim pun buat family day kat sini. Aku tgk kat stage nama yg rasmikan family day dorang Ibrahim Ahmad Badawi. Dia ni adik-beradik Pak lah ke? Or aku yg ketinggalan tak tau?
Lepas snap2 gambar (almaklumlah kamera baru, D60 lagi! tp kualiti still tak ok sbb blm pandai), kami pi cari mkn.
Mula2 mkn mee goreng mamak kat tepi jln kat Telok Pelandok. Ini gambar kera kat depan gerai tu.. kena ikat dan dijadikan pet.. kesian kat dia.. tapi cute! Then hubby ckp nak pi mkn kat kedai Mee bandung muar.. nampak masa on d way to tiara. Hoa.. eating after eating! Spoil la body aku nih!!!
Order mee bandung muar.. for me ok saja, kuah manis sgt.
Hubby digging into the mee bandung..
...Dgn kerang bakar kat bawah ni. Yg ni best sbb sos dia lain dari biasa. Ada 2.. satu mcm cili kicap yg makan dgn gorang pisang (which commonly found at johor).. but yg nih lagi ok. Satu lagi sos cili, yg aku rasa dorang buat sendiri.. mmg sedap.
Ada karaoke lagi!
Hubby dgn kamera..berangan nak beli lens baru.. yg boleh fokus baik lagi!
Kat telok pelandok. Tengok je le org fishing ye! aku suruh bawak pancing tak nak. Ckp tak de spot nak pancing le, sekali bila dah nampak org pancing, baru nak nyesal! Hubby paksa aku pakai kasut nih.. mmg tak basah klu kena air (infact mmg kena redah air masa nak ke telok pelandok tu!), tp melecet jugak kaki aku. maybe sbb jarang pakai kut. Macam mana nak pakai masa ke bandung next week ni? Then malam ada dinner with performance and lucky draw. Hadiah boleh tahan jugak, walau tak best mcm annual dinner.. tp this time i'm not so lucky, satu hadiah pun tak de! Hubby ber'iya' potong lamb without pisau. Tomato soup mmg best. Tapi yg lain boleh tahan ler..
I just want to comment about performance semlm. Maybe b'coz family day, artis just so-so. Pak Mahadi n jalut.. for me he is great for his age, n bagus jugak jemput dia .. at least ada ruang utk veteran performer kat corporate event.
Lepas tu Dafi.. yg ni betul2 best sbb mmg ramai bebudak yg suka. Penuh kat depan stage ni dgn dorang termasuk yg umur 3-4 tahun.
Lepas tu Anis Anisah.. suara dia ok. Cuma tak fofular ler.. so ramai yg tak kenal. Bila dia nyanyi lagu goyang inul, baru aku ingat yg last week aku ada ternampak dia kat tv. RTM klu tak silap.
Aku rasa we shud invite artist betul2 blh masuk dgn bebudak.. sbb basically budak2 yg ramai n ber'iya duduk depan stage.
Paling buat spoil MC dia.. Richie Rachman. Walaupun dia ni senior editor cum dj.. tp pada aku dia blm cukup bagus for MC job. Especially for majlis korporat, walaupun tak formal tp nama VIP jgn le salah sebut. MD aku dia sebut Pn Noorishah (or aku n kengkawan salah dengar ke).. then sebut jawatan dia GM pulak tu.. . jauhnya turun pangkat MD aku tu. Lagi teruk dia kasi title Datin kat MD! Then panggil GM corporate comm Khalijah or Khatijah..nama dia Khalilah le bro. Lepas tu boleh tanya husband dia yg mana satu.. husband dia dah lama meninggal ler! Kata close friend dgn Kelly. Ada byk lagi yg dia buat silap. Macam tak buat preparation. Aku rasa lepas ni chances company aku nak panggil ko balik very slim ler bro.
Kak SD, if you're reading this, please tell him to improve. Tak kisah le utk event kat mana pun. Klu tak mesti top management tak suka. Hubby pun cakap dia pernah MC for event close friend hubby. Berterabur.. tak well prepared. Ada VIP jugak tu.
But anyway, thanx to Karangkraf for sponsoring 2 magazines.. MIDI n DARA utk goodie bag kitaorang. BEST!
Aku suka Adibah Noor. She's very professional walaupun tak informal. Very spontaneous and have sharp eyes and mind too. Menyanyipun mmg power. Aku rasa lagi ok panggil dia.. berkali2 pun tak jemu. .. n dia pun friendly dgn bebudak. Company kitaorang mmg dah byk kali panggil dia jadi MC + performer.
I'll load more dinner photos, nak load sekarang connection quite bad. 3g signal almost tak de... sekarang ngantuk sesangat. Semlm tidoq lambat. Pagi tadi tak blh sambung tidoq lepas subuh sbb pi breakfast dulu. Food counter close at 8.30. So klu tidoq sure terbabasnye..
Lots of eating happened lately.. need to control food intake lar!
More pics added
Bilik kitaorang ..F-1-9
ZA dgn 2 anak daranya.. sori ye aku masuk gambar ngko..
Bro Richie n Dafi
DAFI on stage..