Monday, March 23, 2009

Ben was missing (... and found 12 hours later!!)

Semalam masa tengah sibuk siapkan breakfast for family mertua, tetiba hubby sibuk cari Ben kat porch kete. Mana pulak peginya budak ni.. penat mencari Ben kat celah2 kotak yg scattered kat situ. Tak jumpa jugak aku & hubby cari dlm rumah pulak. Then aku & aju cari keliling kawasan rumah... hubby pun pegi jugak. Hubby siap cari kat playground, kawasan kongsi & sampai ke kawasan loji. Still tak jumpa. Dr pagi sampai ke senja kitaorg cari Ben...tp still tak jumpa. Mmg macam dah tak de harapan nak jumpa dia. Mmg Ben klu takut dia menyorok & tak bersuara. Masa aku dukung Ben masa nak pindah bebaru ni (ye aku dah pindah rumah baru since last Thursday), dia grip belakang aku sampai calar-balar. Takut sesangat masa nampak anak kucing yg baru lahir dlm kotak. Dia mmg terlalu penakut!
Hari Jumaat masa mertua aku sampai dia boleh duduk keras belakang sofa sampai dah almost midnight. Hari tu aku balik lambat sbb pegi rumah lama & tolong hubby settlekan barang utk diangkut ke rumah baru. Bila aku amik dia kluar mmg macam org kebuluran je cari mkn.
Tengahari aku call emak ckp Ben hilang, masa tu aku dah nak nangis. Emak cakap kesian kat dia, macam mana dia nak makan tu! Lagi la aku sedih. Emak suruh cari jugak sampai jumpa. Aku cakap dah cari merata tp tak de, tatau le klu dia masuk rumah2 yg still kosong tu. Hubby siap pesan kat guard & pekerja kat situ klu2 dorang jumpa Ben.
Petang aku naik atas nampak Cik Bella tengah tidur atas longgokan kain yg still belum berkemas. Aku amik Bella, peluk & nangis.
Petang emak call aju tanya dah jumpa Ben ke blm. Emak suruh hubby cari sambil panggil Ben. Memang rasanya mcm dah nak habis suara aku & hubby panggil Ben. Macam org sasau je dibuatnya.
Mlm td lepas dinner aku nampak hubby tengah kemas porch.. manalah tau kut2 dia menyorok kat dlm barang2 tu. Tetiba aku nampak hubby lari masuk rumah suruh cari torch light. "Cepat, i nampak Ben dlm longkang". Kelam kabut aku & aju lari keluar.
Rupa2nya hubby jln2 kat depan rumah & dia nampak 2 ekor kucing kat tepi longkang depan rumah selang beberapa pintu dr rumah kitaorang. Dia dgr bunyi mengiau, bila sampai dekat tengok yg mengiau bukan kucing 2 ekor tu. Terus hubby bukak cover drain tu.. n guess what, yg mengiau tu Ben! Bila hubby nak amik dia lari entah ke mana. Bila suluh dlm drain yg dlm tu tak nampak pulak dia.. dah le byk benar cabang drain tu.. every rumah ada drain dr porch & tepi jln. So, byk lubang dia boleh menyeruk. Tp yg herannya tak jumpa pulak lubang yg muat badan Ben utk masuk ke longkang tu.. lubang yg adapun covernya punya le berat nak dibukak!
Hubby suruh amik Bella jadi umpan.. penatle aku bunyikan loceng kat tengkuk Bella tu sambil panggil Ben. Tp still tak nampak bayang. Aku cuak jugak.. betulke yg hubby nampak tu Ben? Then hubby suruh amik cage utk letakkan Bella & turunkan dlm drain yg dalam tu. Penatle masuk Bella dlm cage & ikat pintu cage takut Bella pulak terlepas nanti. Elok je turunkan Bella, terus Ben muncul sambil gosok2 hidung kat Bella. Aku & aju punya le menjerit..tp still tak dpt bawak dia naik. Bila aku nak pegang je dia lari... aku suruh hubby masuk kat dlm lubang drain selang 2 rumah dr tempat tu.. suluh dr bawah & pujuk ben kluar. Still taknak jugak. Letak makanan dia pun tak kluar jugak. At last hubby suruh angkat Bella kluar. Aku pulak main2 dgn tali yg guna ikat cage tu nak umpan Ben. Baru la dia muncul kat lubang tu. Masa tu mmg aku dah meniarap habis kat lubang tu. Separuh badan aku mmg dah kat dlm lubang tu. Bila dah nampak almost 2/3 badan dia kat lubang tu terus aku grab dia & bawak naik atas. Mmg susah sbb takut dia lari.. aku baring kat tepi longkang tu sambil peluk dia. Mmg nangis le jugak bila dah dpt pegang Ben. Nape la Ben lari rumah? Sedih betul aku dibuatnya.. terbayang2 hari sblm tu dia bergurau dgn Bella sambil kaki terkangkang macam tengah tae-kwan-do & malam sebelum tu macam merajuk je aku tak kasi dia tidur dlm bilik dgn kitaorang.
Masuk je rumah terus kasi mkn kat dia.. aju pulak call emak ckp dah jumpa Ben. Then bagi dia mandi.. lega aku lepas kehilangan dia for about 12 jam. Sampai sekarang macam mana Ben boleh masuk longkang tu still misteri!

7 comments:

Anonymous said...

dhill,
ini petua kalo bawak kucing tempat baru.

1st kena kurungkan dulu dalam 24 - 48 jam, biar kucing serasi ngan bau rumah. dorang lari atau sesat sejauh manapen sure patah balik umah..

lega dah jumpa ben balik yer...

i kan pernah buang kucing jauh sangat...tempuh 2 trafic lite, lalu bridge..jalan kat situ bizi memanjang..seminggu lepas tu balik..badan kurus kering..mil nangis peluk kasi makan mandi

Anonymous said...

nestum,
mmg i dah kurung dia for more than 3 days. Itu yg rasa ok je lepas dia main kat porch, tp semlm mmg rasa mcm tak de harapan je nak jumpa balik. Ben ni jenis penakut sesangat, mmg akan menyorok klu dengar suara org or bunyi apa2 pun. Mmg lega bila dah jumpa dia nih..

inahar ali said...

alahai dhill..sedih nye bergenang airmata akak baca kisah ben nih!apsal ek jd camtu? dhill dh pindah umah ke? mesti seronok kan?

nino mok said...

oh ye ke. kurung 3 days tuh dah kira ok sesangat.

mebe sebab penakut dgn suasana baru menyebabkan ben bercelaru..

Anonymous said...

k.ina,
rasanya sbb dia dok ligan kucing betina kut!

nestum,
ada kucing jantan yg fight utk dominate territory rasanya.. itu yg dia takut tu!

Zue Murphy said...

Mesti dah lega banyak bila jumpa dia balik kan? Hopefully lepas ni dia tak hilang lagi.

Anonymous said...

k.zu,
skrg kalau nak bukak pintu kitaorang letak Ben dlm cage. kesian kat dia, tp apa nak buat.. klu dia lari lagi susah. Camne nak cari mkn..

PENGUMUMAN

Entri saya berkaitan makanan/masakan akan di'post'kan di http://www.foodsmania.blogspot.com/.
-dhill-
29 Jan 2009