Pukul 6.10 petang semlm..
Aku dlm bas yg disewa company.. di federal highway (ke kl) berhampiran simpang ke mid valley, kl & cheras/seremban. Aku dlm perjalanan balik ke tmn desa, jln klang lama. Out of 10 drivers yg aku nampak kat jln.. 4 of them sedang bercakap di telefon (handphone) sambil memandu.. & tidak menggunakan handfree.. hebat pemandu di Malaysia ni ye!
Beberapa minit selepas tu bas tiba di persimpangan berhampiran masjid di tmn desa.. bas berhenti sbb lampu merah. Aku toleh sebelah kiri & perasan 5 dr 10 kereta yg melewati bas tu adalah Toyota Vios. Bila bas bergerak, aku nampak lagi 2 Toyota Vios parking kat tepi jln kat luar masjid. Tetiba aku jadi berkobar2 nak pakai Vios.
Copy from here http://www.flickr.com/photos/jasonong/1493546579/
**
Dulu masa kecik2, aku selalu balik kampung kat Ayer Kuning, Taiping sambil 'heret' adik2 naik bas. So setiap kali nak balik semula ke rumah kat Trong (naik 1 bas je), sambil menunggu bas aku akan kira kereta2 yg lalu kat jln. Selalunya kira ikut warna kereta.. "kereta kaler hitam ada berapa?" or "kereta kaler merah berapa pulak kali ni?".. Jabatan Statistik Negara sepatutnya boleh hire aku utk buat kajiselidik jenis2 kenderaan2 yg lalu kat sesuatu jln ataupun warna kereta pilihan rakyat Malaysia!
Surprisingly, sampai skrg aku ada habit kira kereta kat jln, tp bukan kira buta camtu je.. ada kategori lar! Paling selalu aku kira, setiap 10 biji kereta yg selisih dgn kereta kitaorang berapa bijik kereta keluaran Malaysia. Kadang2 lagi specific, berapa Proton, Perodua or Naza. Hmm.. mmg itu satu cara nak avoid aku cepat nyanyuk... dgn buat latihan minda dlm kereta!
No comments:
Post a Comment