Sunday, October 12, 2008

Biskut raya : snow almond, tart nanas & kelapa delima

Dah lama nak upload gambar biskut raya yg aku buat ni..baru hari ni sempat.
Biskut kelapa delima. Resipi from CMG.

*
Ini pulak tart gulung nanas. Collection resipi sendiri. Jam nanas buat sendiri..


*
For those yg nak resipi snow almond, boleh amik kat Mak Lang's fotopages.
ok! ok! aku tampal resipi tu kat bawah nih!
SNOW ALMOND
Sumber : Majalah SAJI
Bahan A
110 gm mentega
1/2 sdb shortening
50 gm gula kastor
1/2 sdk esen kopi (aku omitkan yg ni!)
1/2 bj kuning telur
Bahan B
110 gm tepung gandum
25 gm nestum [kisar]
1 sdb coffeemate (boleh jugak ganti dgn susu tepung)
5 gm tepung ubi
20 gm serbuk badam
Bahan Hiasan
serbuk roti putih [breadcrumb]
coklat masakan (aku letak sikit cocoa butter masa cairkan dia)
Cara-cara:-
1. Pukul mentega, gula kastor dan shortening sehingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A tetapi sedikit demi sedikit dan ratakan.
3. Uli dan canai doh. Kemudian terapkan.
4. Bakar pada suhu 175'C selama 20 minit.
5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan. Selepas itu, golekkan pula ke dalam serbuk roti putih
*
Ini gambar biskut aku..tak cantik! tp sedap..
Ini amik from Mak Lang's fotopages. Cantik! & sure lagi sedap!

2 comments:

MamaFaMi said...

Mama teringin nak wat snow almond ni, tapi tak sempat sempat lagi...

p/s : Suka dengar lagu Julie Remie ni.. Bunyi klasik je.. hehe.. teringat zaman muda muda dulu.. la ni belum tua, cuma tak berapa muda.. muahaha.. tak mo ngaku!

SELAMAT HARI RAYA

rapheydhillo said...

mama,
tahun ni sy buat 1 1/2 adunan je.. nak bagi emak & keluarga mertua lagi.. tatau cukup ke tak.

PENGUMUMAN

Entri saya berkaitan makanan/masakan akan di'post'kan di http://www.foodsmania.blogspot.com/.
-dhill-
29 Jan 2009