Saturday, November 29, 2008

Food hunting update

16.11.2008
Makan kenduri kat rumah kawan kat Bandar Tun Razak, Cheras.
Nasi beriyani with gulai parpu @ dhal, daging masak hitam, ayam goreng rempah & acar.
Petang pegi beli putu bambu kat Chow Kit.. memang best!

26.11.2008
Pelita Nasi Kandar kat Plaza Shah Alam, Seksyen 9. Hubby makan sup campur dgn roti.
close-up sup campur

Mee goreng mamak utk aku..


27.11.2008
Makan Thai food kat Alissara, Puchong.
Ini gambar ayam gajus, ulam & sambal belacan .. and sup kosong.

Kerabu mangga .. & Lala bercili yg sangat mengecewakan. Sebabnya.. yg pertama aku dah bagitau masa order.. semua food taknak manis. Sekali datang punya ler manis melekat. Yg kedua, ini bukan spesis lala yg biasa aku mkn tu.. ntah lala spesis apa tah. Isi kecik sesangat.. hubby bising kata lala tak de isi. Bila aku check, tgk rupa2nya mmg jenis isi kecik gila. Harap shell je yg besar. Betul2 tak puas hati!


29.11.2008
Hari ni aku n hubby pi park royal. Konon2 nak shopping sbb ada warehouse sale FJB .. ada Guess, Gap, Banana Republic, Raoul etc.. tp aku tak puas hati sgt. Tak mcm yg aku pegi sblm ni.. so balik empty handed. Tp sblm balik pegi layan tekak kat Chatz kat bawah park royal tu..

super long q nak masuk ke hall jualan!


mkn tiramisu..
***
lepas tu on the way nak ke tmn kosas, hubby bawak aku ke SPCA. Nak tgk kucing.. tengah dok tengok2 dan bertanya utk adoption, sekali ada 1 girl n her mum bawak 5 ekor kitty kat situ. Dia tanya klu aku nak ke tak? Klu nak aku tak yah bayar apa2. Aku nak sekor-dua je. Org kat SPCA kata klu aku nak amik, aku kena amik semua. Hubby agak berat nak amik. Then emak budak tu suggest aku amik dulu semua, then after few days aku hantar je yg mana aku taknak kat SPCA. Ok gak tu.. So, ini le kucing2 tu..

2 comments:

Sri Diah said...

Dear Dhill;
Tahniah sudah konvo and dapat Master walaupun sibuk-sibuk kerja. Tahniah sesangat daripada akak.

Lagi satu tentang Ben dan lima ahli baru dalam famili awak tu... wah-wah, sekejapan je dah jadi ramai kat rumah awak.

Nak tengok anak-anak angkat akak silalah ke http://duniakucing.blogspot.com dan berkenalan dengan mereka ;-)

Tentang durian makan dengan nasi/pulut+santan+gula+garam tu memang kegemaran en abang akak jugak, lama kelamaan akak pun jadi terikut-ikut suka.

dhill said...

kak sri,
-Thank you.. penat belajar 2 tahun.
-Dah tengok anak2 angkat k.sri tu sblm ni.. itu yg buat bersemangat nak bela kucing tu!
-Mkn durian dgn nasi mmg tradisi family saya.. memang best!

PENGUMUMAN

Entri saya berkaitan makanan/masakan akan di'post'kan di http://www.foodsmania.blogspot.com/.
-dhill-
29 Jan 2009