Tuesday, September 30, 2008

Ronda @ Taiping

Hubby with Kimi, Arfan & Haikal..
Alif dgn toy..
Our shopping at Tesco Taiping on 29th Sep 2008.
Hubby tengah pack kentang.. masa ni kentang baru sampai & belum disusun lagi. Lama sgt menunggu, itu yg aku suruh hubby amik je dri tray yg blm bukak tu!
Alif, Haikal & Kimi kena duduk dlm trolley..
Penat shopping, Haikal ckp dia lapar.. nak popcorn chicken kat KFC. Unfortunately, tak de sampai October kut.. so order nugget & ayam goreng sets for each of them. Semerbak bau KFC dlm kete, mmg menggoda btul. Tambah pulak masa tu time perut aku biasanya dah bergendang!

Dhill's cooking: ketupat palas & sambal goreng jawa

Ini ketupat palas yg aku buat sempena aidilfitri kali ni..
* cara2 mengisi pulut yang dah ditanak hampir masak ke dlm daun palas.. isi kejap2 @ padat, tp jangan sampai terkeluar pulak.

* dah isi, mula ler proses membalut..

* mesti dptkan ketupat jantan, klu betina kena reject.. Kat bawah ni bentuk ketupat jantan dari arah depan dan belakang.

Dah siap balut ketupat.. boleh le mula merebus. Seeloknya masak dlm kuali.. cepat sikit masak & senang nak kacau. Tapi disebabkan aku terlebih rajin, aku guna periuk kukus je. Air mesti separas ketupat tu, jgn byk sangat. Rebus sampai air kering dan keluar minyak. Klu pakai kuali air tak byk sgt dan ketupat cantik je.. tak terlalu kembang.
*kat bawah ni sambal goreng jawa.. sepatutnya mkn dgn ketupat nasi/ nasi impit. Aku dah rebus nasi impit, tp still tak masak betul masa berbuka tadi. So hubby mkn dgn nasi dan yg lelain meratah gitu je.. Sambal goreng ni famous kat Johor sebagai hidangan utama pagi raya di samping sayur lodeh, serunding kelapa & ayam masak merah. Dulu aku buat semua tu utk hubby klu beraya kat teping. Kali ni hubby ckp cukup sambal goreng je..lagipun dah ada ketupat palas & lemang. Kat rumah aku klu raya yg wajib adalah lemang & rendang. Sampingannya nasi impit & kuah kacang. Sejak aku kahwin dgn hubby je aku mula masak hidangan hari raya yg biasa ada kat Johor tu. Takut nanti hubby terkenang pulak family dia kat sana!
Sambal goreng aku ni ada tempe, takua (tauhu), kentang, kelempung (paru), hati, udang, kacang panjang, suhun, tauhu kering & cili merah. Nampak simple, tp preparation amik masa lama. Lepas tu nak kena goreng kebanyakan bahan2 tu.
Nota kaki: BRAVO utk aku sbb berjaya amik gambar step-by-step buat ketupat tu.. walaupun tak le cantik sgt..

Bahulu Tradisional

Ini kat bengkel bahulu njang aku (emak menakan aku --kakak kepada emak aku). Bahulu tradisional.. although pukul pakai mesin & bakar pakai oven, tp kualiti sama mcm bahulu dedulu. Bengkel ni terletak kat Kg. Ayer Kuning, Taiping, Perak.
*
Mesin pukul telur..
*
telur.. sebelum dan selepas!
*
Proses memasak
Masuk dlm acu bahulu.. ada bentuk cermai, ada bentuk ikan..then bakar dlm oven. Emak menakan aku yg kat tengah pakai kain batik tu. Sebelah kanan menantu dia & kiri tu pekerja dia.
*
Bahulu cermai yg dah siap dibakar
*lagi gambar bahulu

*
Best seller.. bahulu ikan

Dhill's cooking : Almond london

Update pics taken on 27 Sep 2007 (Saturday) kat teping.
* Aiman Hakimi dgn abang Haikal.


*Adik gigih tolong buat biskut raya.
-mula2 isi biskut dlm paper cup.
-lepas tu pass biskut kat along..
- isi biskut dlm paper cup lagi..
- lepas tu tabur badam atas biskut yg along dah letak coklat.
- hati2 tabur badam supaya tak berterabur..

-ini ler biskut almond london yg dah siap.
* upah utk adik.. dpt main bunga api.. abg yg tak tolong pun dpt main jugak!
-

Dhill's cooking: kanji teping (bubur nasi) and kerabu pucuk paku with taugeh & kerang

These were what we had for berbuka last night..
Main menu ..Kanji teping style. Kanji ni bubur nasi.. tp tak sama mcm bubur lambuk. Beras yg dimasak dgn santan, daging, udang kering & serai .
Tak silap aku masa aku duduk dgn Tok aku kekecik dulu mmg hari2 mkn kanji bila bulan puasa. Rumah tok atas tanah wakaf masjid kat Port Weld (Kuala Sepetang).. dan memang tugas arwah Nek (emak kpd Tok aku) memasak kanji utk org kat masjid. So, mmg selalu le mkn kanji ni.. tp rasanya Nek tak pakai daging.. Nek pakai udang. Sbb Port Weld sangat la femes dgn aktiviti menangkap udang.
Dan utk family aku pulak, mmg tak lengkap sebulan berpuasa klu tak de masak kanji ni at least sekali utk berbuka.
Dan biasanya lawan for kanji is kerabu pucuk paku (fern leaf) atau taugeh with kerang. For last night we have both pusuk paku & taugeh with kerang. Both kanji & kerabu emak yang masak. Aku blm master buat kerabu lagi..
Ini ler kerabunya!
Aku cuma masak sambal kicap hati dan kelempung aka paru sebagai tambahan.

For those yg tak biasa.. kat bawah ni cadangan utk hidangan... ini version are-ju.. Taruk kanji, tabur daun sup & bawang, cili kering goreng, ikan bilis goreng, bawang goreng, taruk kicap sikit, kerabu & papadom. Klu rajin boleh le goreng ikan masin or rebus telur masin.
Kat bawah ni pulak emak beli kat bawah Super Larut & Matang tempat Mamat Khalid shoot citer Rock tu.
Very famous popiah Taiping..
Murtabak yg best sesangat (RM3 sekeping)

Ini pulak yg aku masak last week kat kl (khamis)
Kerang goreng
Asam pedas ayam..demi menunaikan hajat hubby mkn asam pedas.
***
BESOK raya.. YAY! misi aku hari ni nak membalut ketupat palas.. aku dah siap tanak pulut dgn kacang lepas sahur tadi. Skrg tengah sejukkan so senang nak bungkus nanti. Masak dlm sekilo lebih sikit je. Rendang emak tengah masak. Then buat kek coklat kukus super moist and biskut sikit lagi. Biskut green lace yg aku amik resepi dr CMG dah almost habis anak2 menakan aku mkn.. ntah2 dah abih dah kot sbb smlm abah aku pulak mengadap biskut tu!

Saturday, September 27, 2008

Salam Lebaran..

Raya akan menjelma dlm 3-4 hari lagi.. aku dah ada kat teping. bertolak dr kl pukul 6.30pm. berbuaka dlm kete.. then berhenti kat rawang sblm sambung d journey. tiba kat tmn kaya pukul 10.30pm.
misi aku esok nak buat kuih raya..

Wednesday, September 24, 2008

Aidilfitri di Midvalley

Tadi after berbuka pi midvalley. Ingatkan nak cari kasut raya. Tapi lepas keluar masuk Jusco & few other kedai.. tak jumpa pulak yang berkenan. Aku suka kasut Roberto Di Camerino, tp kat Jusco tak de.. Isetan ada jual, tp aku tak pi pulak ke sana. Tengok kat Primavera pun yg aku berkenan kasut formal utk ke opis. Atlast tak beli pun... kat bawah work station aku kat opis pun dah bersusun kasut yg tak sempat nak pakai lagi. Takut membazir.
As usual kat centre court ada hiasan aidilfitri.. memang cantik gila. Complete with rumah kampung, pokok nyoq (kelapa la..), jln dari kayu (macam titi).. aku rasa tahun nipun midvalley boleh menang utk pertandingan hiasan aidilfitri for shopping mall sama macam tahun lepas. Aku tengok ramai yg bergambar kat situ.. termasuk le kitaorang nih!
Bila aku tengok pondok jual ipoh kacang putih ni, aku teringat kacang putih yg dijual pak cik india kat sekolah aku kat ipoh dulu. Memang best. My favourites are parpu (dhal) dan keropok rock (yg keras warna oren gelap or almost brown)..
Lepas geram dgn extreme mocha San Francisco Coffee.

More photos on our trip to midvalley available here!

Jln Masjid India & from Teping with lots of love

Malam semalam pi Jln Masjid India.. wrong timing la pulak. Punya la ramai manusia! Patut la, semalam org gomen dpt gaji & bonus! Bersesak gila.

***
update gambar kat teping
Sempena birthday mak on 31st August..
*
*
super soft & lemak 'merdu' pulut putih & kuning.. mak punya mmg paling best kat dunia!
*
Lawan dengan gulai teloq!
Yg ni aku masak.. sebijik macam mak buat! he..he..he..

*
ini pulak cakoi paling best pernah aku mkn.. ada jual kat taman kaya, teping ja! Yg bulat tu dorayaki versi malaysia.. aku tak tau doraemon pernah mkn ke tak..

*

aku & hubby berebut mkn pulut.. 3 kali tambah (or 4 kali kut?)

Ini pulak for lunch..
(Padan tak bantal mak dgn seluar pink aku tu.. org nak tidoq depa sibuk nak mkn!)
*
Pah dgn cucunya..

Semua cucu Pah pakai baju sama.. warna je lain.. very patriotik, ada gambar bunga raya & klcc. Pakai sempena merdeka.



*
Arfan dgn 'mak cik' dia (sepupu aku paling kecik!)

Tuesday, September 23, 2008

Bandar Warisan Taiping

Can't wait to see the development of Taiping and Kuala Sepetang.
See here & http://www.townplan.gov.my/.

Monday, September 22, 2008

I present you ... the 3 stooges!

Tak sabar nak jumpa bebudak nih this weekend..
Alif-kimi-haikal
location: Taman Tasik Taiping
meh lumba lari!
Adik paling last..

With hubby.




Arfan & abang alif..

PENGUMUMAN

Entri saya berkaitan makanan/masakan akan di'post'kan di http://www.foodsmania.blogspot.com/.
-dhill-
29 Jan 2009