Thursday, September 11, 2008

Dhill's cooking : ayam kicap lada hitam

tak tau nak masak apa.. betul2 buntu. At last termasak ayam kicap black pepper. Ini resepinya:
bahan2 tumis
*2 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1/2 inci lengkuas
*1 biji buah keras
*1 sudu besar lada hitam (klu suka boleh lebihkan)
1 btg kulit kayu manis
2 bunga lawang
5 bunga cengkih
5 buah pelaga
Note: * semua di tumbuk
Bahan2 lain
6 potong ayam (about 1/2 ekor) - gaul garam-kunyit, goreng half cook.
2 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar sos tiram
4-5 susu besar kicap masin
3/4 cawan air
Cara2
Tumis bahan2 tumis. Bila dah garing, masuk segala sos, kicap dan air. Bila mendidih je, terus masuk ayam dan biar sampai pekat. Tutup api dan hidangkan.

No comments:

PENGUMUMAN

Entri saya berkaitan makanan/masakan akan di'post'kan di http://www.foodsmania.blogspot.com/.
-dhill-
29 Jan 2009