Cikciki, saya cuba email resepi ni kat awak . Tapi tak lepas ler pulak. Email saya problem kut..
Ini resepi mee goreng mamak yg tak seberapa.
Bahan2
2 sudu besar cili kisar
* 2-3 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1 biji buah keras
* 1/2 batang serai
(* semua kisar halus- jgn sampai nampak serat serai tu)
1/2 kilo Mee kuning (1 paket)
1 biji Tomato (potong dadu)
1 keping tauhu (di goreng dan potong ikut suka)
Udang (agak2)
Taugeh (1/2 mangkuk - ikut suka)
Sawi
2 biji telur
2-3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
1/2 cawan air (jika perlu)
garam
Minyak untuk menumis
Cara2
Tumis bahan * sampai kuning. Masukkan tomato yg dipotong dadu. Kacau sampai keluar minyak. Masuk cili, kacau sampai garing. Masuk kan air kalau terlalu kering. Bila mendidih, masuk udang dan kacau sampai udang hampir masak. Masuk semua sos, kicap dan garam. Gaul. Masuk tauhu, sawi dan mee. Kacau sebati. Buat lubang di tengah kuali dan pecahkan telur. Tutup dgn mee. Agak2 1 minit, masukkan taugeh dan boleh le di kacau mee tu. Sedia utk dihidang. Klu suka tabur dgn daun bawang/sup dan bawang goreng.
No comments:
Post a Comment