Tuesday, September 30, 2008

Dhill's cooking: kanji teping (bubur nasi) and kerabu pucuk paku with taugeh & kerang

These were what we had for berbuka last night..
Main menu ..Kanji teping style. Kanji ni bubur nasi.. tp tak sama mcm bubur lambuk. Beras yg dimasak dgn santan, daging, udang kering & serai .
Tak silap aku masa aku duduk dgn Tok aku kekecik dulu mmg hari2 mkn kanji bila bulan puasa. Rumah tok atas tanah wakaf masjid kat Port Weld (Kuala Sepetang).. dan memang tugas arwah Nek (emak kpd Tok aku) memasak kanji utk org kat masjid. So, mmg selalu le mkn kanji ni.. tp rasanya Nek tak pakai daging.. Nek pakai udang. Sbb Port Weld sangat la femes dgn aktiviti menangkap udang.
Dan utk family aku pulak, mmg tak lengkap sebulan berpuasa klu tak de masak kanji ni at least sekali utk berbuka.
Dan biasanya lawan for kanji is kerabu pucuk paku (fern leaf) atau taugeh with kerang. For last night we have both pusuk paku & taugeh with kerang. Both kanji & kerabu emak yang masak. Aku blm master buat kerabu lagi..
Ini ler kerabunya!
Aku cuma masak sambal kicap hati dan kelempung aka paru sebagai tambahan.

For those yg tak biasa.. kat bawah ni cadangan utk hidangan... ini version are-ju.. Taruk kanji, tabur daun sup & bawang, cili kering goreng, ikan bilis goreng, bawang goreng, taruk kicap sikit, kerabu & papadom. Klu rajin boleh le goreng ikan masin or rebus telur masin.
Kat bawah ni pulak emak beli kat bawah Super Larut & Matang tempat Mamat Khalid shoot citer Rock tu.
Very famous popiah Taiping..
Murtabak yg best sesangat (RM3 sekeping)

Ini pulak yg aku masak last week kat kl (khamis)
Kerang goreng
Asam pedas ayam..demi menunaikan hajat hubby mkn asam pedas.
***
BESOK raya.. YAY! misi aku hari ni nak membalut ketupat palas.. aku dah siap tanak pulut dgn kacang lepas sahur tadi. Skrg tengah sejukkan so senang nak bungkus nanti. Masak dlm sekilo lebih sikit je. Rendang emak tengah masak. Then buat kek coklat kukus super moist and biskut sikit lagi. Biskut green lace yg aku amik resepi dr CMG dah almost habis anak2 menakan aku mkn.. ntah2 dah abih dah kot sbb smlm abah aku pulak mengadap biskut tu!

No comments:

PENGUMUMAN

Entri saya berkaitan makanan/masakan akan di'post'kan di http://www.foodsmania.blogspot.com/.
-dhill-
29 Jan 2009