Tuesday, September 30, 2008

Dhill's cooking: ketupat palas & sambal goreng jawa

Ini ketupat palas yg aku buat sempena aidilfitri kali ni..
* cara2 mengisi pulut yang dah ditanak hampir masak ke dlm daun palas.. isi kejap2 @ padat, tp jangan sampai terkeluar pulak.

* dah isi, mula ler proses membalut..

* mesti dptkan ketupat jantan, klu betina kena reject.. Kat bawah ni bentuk ketupat jantan dari arah depan dan belakang.

Dah siap balut ketupat.. boleh le mula merebus. Seeloknya masak dlm kuali.. cepat sikit masak & senang nak kacau. Tapi disebabkan aku terlebih rajin, aku guna periuk kukus je. Air mesti separas ketupat tu, jgn byk sangat. Rebus sampai air kering dan keluar minyak. Klu pakai kuali air tak byk sgt dan ketupat cantik je.. tak terlalu kembang.
*kat bawah ni sambal goreng jawa.. sepatutnya mkn dgn ketupat nasi/ nasi impit. Aku dah rebus nasi impit, tp still tak masak betul masa berbuka tadi. So hubby mkn dgn nasi dan yg lelain meratah gitu je.. Sambal goreng ni famous kat Johor sebagai hidangan utama pagi raya di samping sayur lodeh, serunding kelapa & ayam masak merah. Dulu aku buat semua tu utk hubby klu beraya kat teping. Kali ni hubby ckp cukup sambal goreng je..lagipun dah ada ketupat palas & lemang. Kat rumah aku klu raya yg wajib adalah lemang & rendang. Sampingannya nasi impit & kuah kacang. Sejak aku kahwin dgn hubby je aku mula masak hidangan hari raya yg biasa ada kat Johor tu. Takut nanti hubby terkenang pulak family dia kat sana!
Sambal goreng aku ni ada tempe, takua (tauhu), kentang, kelempung (paru), hati, udang, kacang panjang, suhun, tauhu kering & cili merah. Nampak simple, tp preparation amik masa lama. Lepas tu nak kena goreng kebanyakan bahan2 tu.
Nota kaki: BRAVO utk aku sbb berjaya amik gambar step-by-step buat ketupat tu.. walaupun tak le cantik sgt..

No comments:

PENGUMUMAN

Entri saya berkaitan makanan/masakan akan di'post'kan di http://www.foodsmania.blogspot.com/.
-dhill-
29 Jan 2009