Friday, January 30, 2009

cabaran minggu depan

tadi bos aku bagitau.. aku kena mc 1 event minggu depan. x pernah seumur hidup aku jadi mc.. mahu keras aku kat depan tu. dia ckp klu u keras kat depan, i dgn en.zxx keras kat bawah...klu aku tak nak, pi la ckp dgn COO.. sbb COO yg taruk nama aku. apa raa.. dah la suara aku ni x de commercial value langsung, ckppun kelam-kelibut.. camner le nak jadi mc. Buat presentation or bagi training boleh ler..
xpe la, i'll take the challenge.. jgn keras or gagap kat depan tu sudah la!!

After Six Sigma

Aku baru je habis my Analyze Phase last week.. so walaupun kepala still bengong, ditambah dgn kerja yg menimbun kat opis - aku betul2 amik kesempatan utk bercuti masa CNY baru2 ni dan lupakan segala beban kat opis .. n skrg ni aku still dlm mood bercuti. Itu yg monday ni aku amik cuti lagi (kl cuti sempena hari wilayah.. aku yg kerja kat selangor ni sibuk jugak amik cuti).
Sebenarnya aku plan nak siapkan langsir utk rumah baru.. klu ikutkan anytime aku akan dpt kunci. Lepas tu buat inspection, then terus ukur grill.. then boleh pindah kut. Hopefully before end Feb le kan!

Monday, January 26, 2009

Dhill's cooking: Super moist choc cake

I made this cake last friday (24th Jan 2009) utk dibawa balik ke kampung. Ye, aku ada kat Teping sekarang ni..
This cake is very simple & hasilnya jarang mengecewakan (unless klu salah sukat je).
-gambar kat bawah x nampak moist sgt coz baru kluar fridge.
Bahan2:
1 1/4 cawan tepung gandum, 1 cawan serbuk koko (biar loose, jgn dipadatkan nanti pahit pulak kek tu), 1 st baking powder, 1 st soda bikarbonat ( semua diayak).
Dlm periuk - masuk 1 cawan gula, 1 cawan susu cair & 1/2 cawan susu pekat. Masak sampai gula cair, tutup api. Masuk 1 cawan butter/minyak masak ( combinepun boleh.. which is lagi sedap).
Dlm mangkuk- pukul telur 3 biji dgn 1 st vanilla essence (pukul macam nak buat telur dadar je).
Masuk semua dlm mangkuk & gaul sebati.
Masukkan batter dlm loyang yg dilengserkan minyak (aku guna je cling wrap). Fully covered with foil.
Kukus dlm pengukus yg dah dipanaskan earlier for about 1 hour.

Aku belah kek dua & sandwich with choc ganache.

Makan2- Nescafe cicah cream cracker

Sunday nigth.. dah lewat tp aku lapar.
So bancuh neslo (nescafe + milo) - cicah dgn cream cracker... kongsi with adik aku are-ju.


Jacob low salt Hi-fibre kegemaranku.. suka tin biskut ni.

Sunday cooking: Gulai Ayam

Sunday, 18th Jan 2009.
Permintaan for gulai ayam dr org tu tertunai jugak akhirnya. In order to have a very good gulai ayam I always ensure to put kerisik in it. And off-course i made the kerisik on my own.. tak suka yg beli punya..
Utk sayur, just rebus bayam dgn hirisan bawang putih & merah.

Cicah dgn sambal belacan..

*
Petang pulak aku buat cucur udang..cicah dgn kuah kacang lebihan the week b4 that (which aku freeze for later use).

Saturday cooking: Nasi goreng & bilis 'n udang kering rangup berlada

Sabtu, 17 Jan 2009
I'm too busy with my 6 sigma project.. (xtually bukan bz, tapi takut sbb nak kena present on Thursday.. apapun x siap lagi!).. so for breakfast, aku masak nasi goreng xpress ni.
For lunch aku buat bilis + udang kering rangup berlada.

Bahan2 yg aku guna:
Ikan bilis dlm satu mangkuk, udang kering about segenggam (dua2 goreng dulu), , bawang putih & bawang merah - ditumbuk. Cili kering kisar dlm 3 sudu besar. Garam, Sos tiram & soso cili.
Cara2:
Tumis bawang tumbuk, bila kuning masuk cili kisar. Bila dah garing masuk garam, sos tiram & sos cili. Last sekali masuk ikan bilis & udang kering goreng. Gaul & angkat.

Friday, January 23, 2009

Award from Dr. Ina

Terima award lagi from dr. ina. Thanx ye..
1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda - I received this award from dr.ina .
Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
10 fakta/hobi diri sendiri ...ini yg tak pandai nak citer ni.
1. anak sulong
2. From teping with love, tp dah tinggal kat klang valley about 18 years (baru perasan lama dah aku kat sini!!)
3. suka masak- tp saya menganggap memasak bukan satu tanggungjawab, tp sekadar hobi
4. suka entertain people with my cooking (but lately jarang dpt peluang nak memasak utk kengkawan)
5. tak pernah sedar dgn talent yg ada..
6. selalu rasa rendah diri ( tu yg buat tak confident memanjang..)
7. susah nak fokus pada sesuatu benda - fikir byk benda dlm satu masa (itu cubaan untuk meng'confuse'kan diri sendiri)
8. cacat tp org tak nampak...(sedeh..)
9. kegilaan baru.. hari2 jenguk ronasofia (infact berkali2 dlm sehari-semalam)
10. susah hati klu tak dpt pegi warehouse sale tertentu..(sampai tak boleh buat kerja!)

4. Anda perlu memilih 5 orang penerima Award seterusnya dan menyertakan nama mereka di blog anda..
Ini lagi susah.. almaklumlah base kengkawan blog saya still kecik lagi.
Saya namakan mereka2 dibawah ni (klu belum terima award kat ni & sudi terima award ni from saya), silalah amik award yg tak seberapa dari saya & silalah jugak susahkan diri anda jawab soklan2 kat atas ye.. mereka adalah:

ada 3 je dlm list - Jun the yummylicious pun dah terima award ni. Silap2 yg 3 dlm list ni pun dah terima award ni jugak. Klu boleh aku jugak nak kasi award ni kat hanis, yasmin ahmad & sasha. Tp manalah dorang baca blog ni, & blm tentu dorang sudi nak terima award ni dr aku!

Sunday, January 18, 2009

Dhill's cooking - mee goreng & seafood chowder

Hari Khamis.. permintaan from hubby for dinner masak mee goreng.
Mee goreng kusgt simple:
bawang merah, bawang putih, buah keras - semua ditumbuk. Cili kering kisar, sos tiram, sos cili, kicap, garam.
Mee kuning, udang, tauhu, taugeh. Gorang macam biasa je..

Aku guna udang yg amik kat Jeti Port Weld masa balik Teping dulu.. stock still ada lagi. Udang ni mmg best klu nak compare dgn udang bela. Tender & sweet. Klu udang bela, bila masak dia keras sikit..
*
Hari Jumaat pulak masak seafood chowder (aku taruk udang je..)..
aku buat pekat sikit, so boleh mkn dgn makaroni.


Bahan2:
Bawang besar, bawang putih, tepung gandum, susu full cream, butter, minyak zaitun, garam, chicken concentrate, cheese, instant mushroom cream, udang.

Kita kat atas .. atleast sampai 10 Feb 2009.

My 1st ever posting on our footbal team. This is our 1st year in Super League.. our target is to finish at top 4.. and after 4 games.. we are on top!!



Go!Go! Road warriors!!!

There are people who disagree with our investment in the football team. I've different view. The money we spent is worth what we get. The exposure we received is much2 better compared to spending on tv commerial or newspaper ads.. and even at cheaper cost. More than that, we actually help those ambitious youngsters to pursue their football carrier. Ada le peluang kerja.. klu tak terkial2 nak join state team.. yg bila kalah je selalu tak mampu bayar gaji dorang. Tu blm kira conflict dalaman dorang lagi. Sambil tu kita jugak memastikan bola Malaysia terus rancak and will inspire more youngsters to involve with footbal.. and make people to appreciate local football more. Hopefully..

Rojak Mak Bee

All time favourite kuah rojak Mak Bee.. this one given by my m.ndak.

Hubby suka sgt sampai tak sabar cari buah nak mkn dgn kuah rojak ni. Beli kat Sri Kota - nanas & jambu batu. Kat rumah ada green apple. Cukup le tu nak menyicah!

Training -Makan

Bila pi training je mesti aku susah nak control mkn.. cam lupa diri sat, walaupun makanan tak selalunya sedap.

*

1st day training.. for morning teabreak ada kuih lompak, pulut serunding (mcam pulut panggang) & nasi goreng yg very bland (tak best.. tp abih jugak mkn sbb lapar!)




* For lunch mmg ok.. asam pedas tenggiri, ayam goreng madu & sup sayur with chicken ball.



*Afternoon teabreak pulak ada bubur jagng & karipap.


* 2nd day - lunh- nasi putih, sambal tumis udang, rendang ayam & kubis goreng.

* Ini our dinner semalam- mkn kat our favourite gerai yg jual Johor specialty at Kg, Baru. Mee rebus & nasi beriani ayam


Bubur Asyura

Last Sunday ada acara buat bubur asyura kat sini.. sukanya aku sbb dpt jugak mkn bubur asyura versi utara. Cumanya ingredients tak banyak.. yg aku nampak kacang hijau & jagung je.
Klu kat teping - mcm2 ada. Kacang kuda, kacang tanah, keledek etc.. mmg best.
Masa kecik2 dulu bila awal muharram je.. kitaorang balik kg. Ada gotong-royong buat asyura kat rumah sedara-mara kat kg tu. Jadi kitaorang pagi2 lagi pegi rumah org tu & sibuk tengok diorang siap barang utk memasak (masa tu kecik lagi, so tengok je org buat keje). Proses kacau bubur asyura ni mmg lama.. berjam2 baru siap.
Dorang biasanya buat 2 jenis.. 1 manis, 1 tawar. Dah masak bubur tu masukkan dlm talam yg lapik daun pisang. Kat atas pulak tabur tepung goreng. Mmg best.. tak payah tunggu sejuk, panas2 tu pun balun je. Yg tawar tu sedap klu cicah dgn sos cli. Yummy!

Ben & Bell

Bell kena buli dgn hubby. Diletaknya Bell dlm envelope & biar dia main aci nyorok.


Lepas tu dimasukkan pulak dlm plastik bag.. then bagi pakai topi abang Ben pulak. Kesian Bell kena buli..


Tak cukup tu.. kena pulak buli by Ben. Pantang jumpa asyik nak bergomoi je.. habis dagu Bell berlubang kena gigit..



Bell cuba nak bermanja dgn abang BEN..


Saturday, January 17, 2009

Thanx Dr Ina

My firts ever award di alam blogging.. received from dr Ina. Thanx so much.


I'm not sure what I should do next with the award. Tak pernah dpt nih.. eventhough i've started blogging since 2003 ;). Ye la, I ni jarang ada peluang nak jengah byk rumah kat alam cyber ni.. so, tak byk kengkawan sgt. Takpun jadi silent reader je.. malu nak bertegur-sapa.
BTW, to all my readers, I nak pass award ni pd uol. Harap2 jalinan persahabatan di alam blog ni berkekalan!

Palestine-Israel Conflict

I hate watching news on tv or looking at horrified photos of dead body over the newspaper, emails, internet, blogs,etc. Terlalu sedih bila tengok ibubapa kehilangan anak, anak2 yg kehilangan tempat bergantung.. yg hilang anggota badan.. terlalu sayu..
Kebanyakan mereka adalah mangsa keadaan..
How to stop this? My view a bit kontroversi rasanya.. especially to Muslim.
Utk mengubah keadaan, ia perlukan perubahan minda.. the palestenian need to change the way they sees thing. They need to focus on other thing if they want to be stronger. Tak payah asyik ingat nak perang je.
For me, klu tak kuat tak payah le nak menguji org yang berganda2 lagi berkuasa dr kita. Klu kail panjang sejengkal, lautan dlm dgn diduga. Sarang tebuan jgn la dijolok.
Cuba belajar dr org Yahudi.. dorang dulu kecik saja & jadi bangsa belasahan. Tp diaorang ada strategi utk takluk dunia.
Itu yg bukan saja palestenin kena buat.. infact org Islam seluruh dunia. Fokus pada pendidikan, ekonomi & pembangunan teknologi. Takluk dunia dgn cara ni.. bukan berperang. Sbb perang amat merugikan.
Anak2 yg kehilangan bapa pastinya menyimpan dendam..mulanya hanya membaling batu kepada org Israel, bila dewasa mereka turut menjadi sebahagian tentera yg berjuang menentang Israel.. atau ada yg terlibat dlm self-bombing. .yg pada aku itu bukannya mati syahid, tp membunuh diri. Ini memang dinanti Israel sbg alasan utk menyerang Palestin.
Alangkah lemahnya org Islam.. sudah lah tidak mampu bersatu (Hamas & Fatah yg berpecah).. tidak pandai pulak menyusun strategi.
*
Klu malaysia nak tolong, maybe kita boleh buat macamana kita tolong Bosnia. Bawa the young people to here, bagi education & cuba tukar fokus dorang. So that bila dorang balik Palestine, they can influence other Palestenian to change.

Dhill's cooking: pisang salai keju


last sunday.. sekali lg buat pisang salai keju. Bahan2- 2 biji pisang berangan dibelah dua. Cheddar cheese, gula icing (klu kat indon pakai raw sugar).
method: bakar pisang sampai agak keperangan. Keluarkan dr oven & tabur keju masa pisang still panas. Then tabur gula icing. Makan.

Dhill's cooking : dhillo nasi goreng udang kering

Terlebih rajin Rabu lepas.. 14 Jan 2009. . lepas solat aku masak nasi goreng utk breakfast. Yg simple2 je.
Bahan2 mcm gambar kat bawah.
Bawang sederhana besar 1 1/2 ulas (dihiris halus). Bawang putih 2 ulas*. Udang kering 1/2 genggam*. Cili api dlm 8-10 biji*. Telur 2 biji (buat telur hancur). Sos tiram 1 1/2 camca besar. Nasi dlm 2 mangkuk.
* semua tumbuk kasar
Cara2 - Tumis bawang sampai kuning. Then masuk bahan tumbuk. Bila dah garing, masuk je nasi, garam, sos tiram. Kacau rata. Then masuk telur hancur. Kacau lagi sampai semua rata. Sedia dihidang.
Ini le hasilnya.

*
Paling best udang kering ni made by my mom. Mmg ada stock yg emak bagi.
Actually boleh jugak tambah daun serai hiris, daun kantan, daun limau purut .. tp kat rumah tak de stock. Utk sayur biasanya aku letak carrot and kubis.. tp pagi tu nak cepat sgt, apa yg sempat je.

Wednesday, January 14, 2009

Welcome back BEN!!

Last Monday hubby bawak Ben jumpa Vet kat Cheras.. sepatutnya pegi utk Vaccin. Tp sbb dia ada ulcer, tak blh le buat jap for his vaccin tu.. Ben kena jap for his ulcer instead.
*
Ini resit Ben.. RM20 for the jap and prescription.


.. ubat Ben.. for ulcer & bengkak.


*
dah sihat.. baru boleh buat his normal activity.. clean his fur in his normal way... dan jugak melompat meroyan satu rumah.. tak lupa jugak mengacau adik Bell!!

Food hunting: Rasa Ayamas, Midvalley

Tuesday 13 Jan 2009
Hubby teringin nak mkn kat Rasa Ayamas ..
Set A for him, Set B for me..

CAUTION: HOT PAN!.. tp yg datang sejuk gedi!

*
Monday 12 Jan 2009..
mkn kat sek 20 shah alam.. order kuey teow kungfu & nasi goreng thai.


*
Sunday 11 Jan 2009.. for breakfastaku mkn nasi impit dgn kari telur
Petang pegi Tesco Puchong.. hubby ngidam nak mkn ayam kfc. Selalu mkn atas paper plate (box).. sekarang dah serve dlm plate mcm dulu balik!


*
Saturday 10 Jan 2009
Beli kuih kat kg baru.. still ada org jual 4 biji for RM1.

Food hunting: Makan2 di Secret Recipe, Midvalley

8 January 2009..
celebrate b'day og tu kat Secret Recipe.

Black paper chicken with herb rice and ice lemon tea for the birthday girl..
Flat noodle tomyam gung for me..
Free keropok dhal for every main course..
*
Cheese cake for the bday girl.
*
Carrot cake for me & hubby.

*
Me & dear hubby

*
Deco for Chinese New Year kat Centre Court, Midvalley.. merah semuanya!

PENGUMUMAN

Entri saya berkaitan makanan/masakan akan di'post'kan di http://www.foodsmania.blogspot.com/.
-dhill-
29 Jan 2009