For breakfast.. ada permintaan buat gulai (kari) utk dilawan dgn roti prata & lebanese. Disebabkan stok ayam dah habis.. akupun buat ler gulai telur. Ini specialty emak & tok aku. Tp aku takde stok santan fresh/ kotak, aku gantikan dgn santan serbuk.
BAHAN:
5 biji telur rebus
2-3 biji kentang (aku pakai US russet- 2 biji belah 6 sbb besar-itu je stok kentang yg ada)
*3 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
Kulit kayu manis
2 Bunga lawang
Daun kari
1/2 camca besar cili kisar
2 1/2 camca besar rempah kari daging
1 camca besar kerisik
1 1/2 cawan Santan pekat
garam
(*-semua dihiris)
CARA2:
Tumis bawang merah, bila kuning masuk halia, bawang putih, daun kari, kulit kayu manis & bunga lawang. Bila dah naik bau masuk cili kisar - bila garing masuk rempah kari yg dibancuh dgn air sikit. Kacau sampai pecah minyak, then masuk santan pekat sikit yg dicampur air lebih kurang 1/2 cawan (klu ada santan cair lagi bagus). Masuk kentang. Bila kentang dah nak lembut, masuk kerisik, telur & santan yg selebihnya. Kacau sampai kuah mendidih. Baru masuk garam dan terus tutup api.
Nota kaki - garam jgn dimasuk awal, nanti diserap oleh kentang.. nanti asyik le menambah garam! Tak perlu letak asam jawa or asam keping. Emak aku pesan kalau masak kari telur, ayam or daging mmg tak perlu letak asam.. pelik rasanya nanti.
Aku tak letak MSG..sbb mmg family aku tak pakai MSG in our cooking. Hubbypun tak suka aku taruk MSG.. padahal family dia klu masak kengkadang aku tengok MSG sama banyak dgn garam!
Actually kalau letak MSG we normally tend to put more garam than supposedly required.
*
Ini breakfast aku.. xtually tak terabih pun.. lebanese bread tu aku mkn setengah je.
Kart's Paratha.. kitaorang still prefer roti canai segera yg biasa kitaorng beli tu.. yg ni tak best sgt.
Karipullai (daun kari) yg aku tanam.. tak membesar langsung.
Khamis lepas aku beli cd ni.. tp belum sempat nak dengar.
4 comments:
dhill..kari telur mmg my favourite! terliur nengok..adeh..
alaa..dhill cepatla dengar album CT tu klu sedap kaka nk beli lak!
CD siti dah kuar ye. Ada lagu untuk cerita bunian tu tak? Egg curry is my favorite too. Emmm sedap tu.
k.ina/k.zu,
saya biasanya mkn kari telur dgn pulut kukus. Mmg best!
CD ct blm sempat dengar habis.. sibuk sesangat. Tp rasanya tak best mcm cd tradisional lama dia yg ada lagu sahmura tu.. tak ingat title cd tu.. mana pi cd tu pun saya tak tau. Nak kena cari balik ni..
Post a Comment