Friday, January 09, 2009

Dhill's cooking - Bawal Rangup Berlada

Mujur aku teringat nak masak ikan bawal yg aku beli ahad lepas.. klu simpan lama lagi sure tak sedap.. mcm yg dr ina cakap.
So.. ini le hasilnya untuk santapan bertiga kami malam ni - Bawal Rangup Berlada

Ini resipi original .. tak de tiru sesapa. Cuma aku pernah mkn yg hampir nak sama mcm ni kat Restoran Mai Thai kat opis lama aku.
Bahan2nya:
1 ekor Ikan bawal (gaul garam & kunyit - goreng garing)
1 1/2 biji bawang besar ( 1 potong bulat, 1/2 dihiris untuk menumis)
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
*segenggam udang kering
(*semua ditumbuk kasar)
1 batang serai (diketuk)
3 sudu besar cili kisar
air asam jawa
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
garam & gula
cara2:
Tumis bawang hiris, bahan tumbuk & serai. Bila kuning masuk cili kisar.. kacau sampai garing. Then masuk air asam jawa, sos cili, sos tiram, bawang besar yg dipotong bulat, garam & gula. Bila dah masak, tabur atas ikan yg dah diletak atas pinggan.
*
Sayurnya pulak.. main rebus je. Carrot, kentang, kubis, ayam & suhun.

*
After dinner, hubby bukak almond nougat yg beli kat Jusco semalam.
Ni gambar wrapper yg dah kena koyak by hubby..Walter's Homemade Honey Nougat.

3 comments:

inahar ali said...

amboi dhill,ikan bawal berlada tu nmpak pedas membara tul..mesti power rasanya!..tapi nougat tu juga yg mencairkan naluri diet ku ini..ish3x!

Zue Murphy said...

I wish I could easily get bawal fish here. This recipe is really yummy.what is nougat?

dhill said...

k.ina,
tak ler pedas sgt utk org macam i ni.. yg boleh ratah cili api camtu je ;-)

k.zu,
nougat tu similar to nougat yg ada dlm candy bar or chocolate bar. But I like this one more.. sbb nak sama mcm turkish delight. Tp tak blh makan selalu.. too sweet. nanti i post some infor on nougat ye..

PENGUMUMAN

Entri saya berkaitan makanan/masakan akan di'post'kan di http://www.foodsmania.blogspot.com/.
-dhill-
29 Jan 2009