Tuesday, December 27, 2005

bosan

tinggal 4 hari b4 new year. keje still byk yg outstanding. bosan... apa yg boleh drive aku siapkan keje nih? badan sakit.. silap tidur kut.. rasa mcm urat kat belakang lari..

hopefully hari ni aku blh siapkan 2-3 task yg patut.. klu tak lagi byk keje aku..

this month aku dah tgk 2 movies kat wayang.. Rock and Baik Punya Cilok.

In comparison, pada aku Rock paling menghiburkan. Lawak gila. Byk yg nostalgic dlm Rock. Sebenarnya aku n hubby tengok Rock tanpa dirancang. Asalnya nak tengok cite Narnia, tapi tiket Sold out. Lps tu hubby ajak aku tgk Rock, tp aku tak nak.. aku ingatkan cite yg the Rock berlakon. Lps tu pegi shopping kat Jusco.. n mkn kat pizza hut. B4 mkn hubby ckp dia nak pegi tgk tiket sekali lagi.. Narnia pkl 3 punya show pun habis.. dia tanya lagi nak tgk Rock tak.. aku kata tak nak.. masa mkn aku tanya hubby cite apa yg the Rock berlakon tu.. "bukan the Rock, cite Rock le.. yg mamat khalid arahkan tu.." . ok lah.. Lepas mkn kami pegi lagi kaunter tiket.. at last tgk jugak cite tu.. Tak sia2 .. rasa mcm nak tgk lagi je.. tambah2 cite tu shoot kat Trong n Taiping. Mmg nostalgic giler.. mmg terlalu kelakar.. antaranya masa dorang curi seat cover bas.. paling kelakar watak Que Haidar. Rasanya ini 1st movie aku tgk dia berlakon.. opps.. dia ada tak berlakon dlm KL menjerit 1.. ataupun cite yg Rosyam berlakon byk watak tu.. lupa le pulak cite apa.. yg dia jadi samseng, jadi peniaga gerai yg pinjam duit along.

Baik Punya Cilok pada aku bukan le yg terbaik dr afdlin.. setakat blh tahan.. aku lebih suka cite Buli..byk juga yg membosankan dlm Baik Punya Cilok. Aku asyik tengok jam je..bila le cite ni nak habis.

Wednesday, December 21, 2005

Demam lagi

Hari isnin emak, fizan and are-ju dtg. Semlm are-ju register kat Uitm. Hubby yg bawak.. aku ada 2 meeting pagi. Ptg pulak aku kena prepare 4 today's meeting. Letihnya.. Tengah aku sibuk photostat hands-out, toner pulak habis. Call admin, dorang tak simpan stok. Apa hal lah dorang ni.. Terus aku balik. Badan dah rasa semacam. Mlm aku amik body temperature.. ada naik sikit.. badan a bit shivering. Amik soluble panadol. Tidur. Hubby dah demam 4 hari.. tp semlm dah ok sikit. Cuma still flu. Aku rasa dia kena viral fever.

Pagi tadi still tak ok. Badan panas. Tapi gagahkan diri jugak.. sampai kat opis terus sambung buat photostating. Pkl 9 meeting start sampai 1pm. After lunch ingat nak balik.. tp tak blh. Emak n fizan dah balik pagi tadi..Esok aku start cuti, Selasa baru naik kerja.. saja nak ngabihkan cuti.. klu tak cuti burnt.. hangus!!!

Kat utara n sempadan siam banjir teruk.. emak risau. Alip n emak dia (adik ipar aku)
balik kg dia kat Yala. According to fizan kawasan rumah dia pun kena, cuma belum sampai kat rumah dia. Akupun risau jugak.. berserah je pada Allah swt.

alip masa sambut 1st birthday...









alip cayang adik haikal- rasanya gambar end november 2005.

Monday, December 19, 2005

Year end.. new year countdown

Lagi 13 hari nak habis tahun 2005. Resolution for this year dah tercapai ke belum? Byk kerja yg still pending..

Friday, December 02, 2005

Cetak Rompak

aku sebenarnya rasa bersalah klu dgr cd or tgk vcd/dvd cetak rompak.. especially locally produced. Kesian for those artist yg nak cari mkn.. tak kisah ler penyanyi ke.. pencipta lagu ke..pencipta lirik ke..arranger ke.. musician ke.. film producer ke..klu yg hollywood punya kurang sikit rasa bersalah aku.. klu made in malaysia mmg aku teramat rasa bersalah.. mcm perompak je rasanya..

kwn hubby download lagu MAWI kat kedahonline.net..nape ler dorang buat mcm ni.. jadi pengkhianat bangsa sendiri.. yg pegi buat website utk download illegal lagu ni buat apa ler.. dorang ni tak ada semangat kewarganegaraan yg baik.. aku dah report kat MAESTRO tp tak tau ler dorang terima ke tak.. klu terimapun aku tak tau ler dorang amik action ke tak.. klu ikutkan byk lagi website org kite yg buat keje ni.. pd aku dorang ni semua pengkhianat.. cuba ler bangunkan website yg lebih berfaedah..contohnya cuba ler tolong promotekan industri pelancongan ke.. promoting local attraction kat tempat memasing ke.. lagi byk faedahnya. Blh jugak tolong improve level of living penduduk detempat.

Monday, November 28, 2005

bosan 'n bengang...

aku tengah bosan giler.. n bengang sangat.. dgn .. ade ler sorang makhluk tu... susah nak describe.

Tuesday, November 22, 2005

kat Bangi

Semlm n hari ni aku kat Bangi attend Seminar Alam Sekitar. Sekarang tengah tunggu boss aku. Hari ni half day je. Semlm boss present paper.

Pagi tadi liat betul aku nak bangun. Smlm tak blh tidur. Ntah kenapa tak tau le.. opps! aku mimpi lagi. Kena redah jln yg sempit dgn kereta with hubby. Tepi sungai... Nape le selalu mimpi macam tu. Letih le.. Minta2 hidup aku dgn hubby tak sempit.. tak susah.. biaq ler semuanya dipermudahkan.

Friday, November 18, 2005

Pot Luck Raya

Hari ni opis aku buat jamuan raya. Informal. Pot luck. Selalunya order catering, tp kali ni masak sendiri. Aku masak nasi beriani, ayam beriani n ketupat palas. Hubby pun bawak jugak. Tp dia bawak ketupat palas, rendang ayam n nasi beriani. So, semlm mmg kelam kabut memasak. Tak ler susah sgt, cuma nak balut ketupat palas je yg leceh sikit. 3 jam membungkus, dpt tak sampai 100 bijik. Almaklumlah, amatur! Masak ayam beriani n rendang tak lama 'coz bahan byk yg dah aku prepare. Tinggal nak masak je..

Mula rebus ketupat pkl 12 midnight. Hubby yg tunggu. Pagi tadi aku tanya, pkl berapa dia tidur. Pkl 3am. Itupun tak betul2 perfect . Sepatutnya kena biar sampai air kering dan minyak keluar, tp aku tengok air ada lagi dekat sejengkal dlm periuk. Belasah je lah, janji pulut lembut.

Nasi beriani n ayam beriani aku masak pagi tadi. Pkl 5.30 aku dah bangun. Pkl 6.40 nasi dah masak. Keluar rumah about 7.40am. Tadi sebelum tengahari aku dah mengantuk giler. La ni pun still lalok. Mana taknya, semalampun aku bangun awal 'coz pegi beli brg kat Chow Kit. Letih beb!!! Hari ni rasanya aku tidoq pengsan.

Besok aku ingat nak pegi rumah Mak Ndak aku kat Kem Bt. Kentomen. Nak buat ketupat palas sikit, nasi impit, rendang ayam n kuah kacang. Mak Ndak aku kena parkinson n gastrik. Seminggu sebelum raya aku ada pegi rumah dia. Masa tu dah dekat nak berbuka. Dia tidur 'coz sakit. Kesian kat dia.

Wednesday, November 16, 2005

Banyak kerja

Lagi sebulan setengah dah nak tukar tahun baru. Kerja byk yg menanti. Aku involve dgn 3 goverment/ its agencies conference bermula next week. Kerja kat opispun byk. Meja bersepah dgn files and documents. Sempat ke aku selesaikan semuanya b4 hujung tahun. Klu tak hancuslah PMS aku.. semoga dipermudahkan segala urusanku. Amin!!!

Selingan

Gambaq hubby nak masuk kete pagi tadi. Dah 3 minggu kete nih kami pakai. Next week cukup sebulan. Kete biasa je. Hubby ada hati nak beli Chevrolet Aveo, tp kena tunggu pindah rumah dulu. Sekarang tak blh. Risky.



Ini gambar masa pegi Pesta Penang last year- in December to be exact. Masa tu hubby ikut aku outstation. Klu ada kelapangan, hubby selalu jugak ikut aku outstation. Mmg ramai org kat company aku kerja yg kenal hubby aku. Especially klu aku ada games, dia selalu ikut..

Tuesday, November 15, 2005

Anchik dpt 2nd baby

Pagi tadi bangun sahur 4.30am. Sorang -sorang. Klu bulan puasa adalah peneman bersahur. Elok je habis makan aku sakit perut. Berkali2 aku kena pegi toilet lepas tu.. Sebelum sambung tidoq, aku cuci semua pinggan-mangkuk n periuk-belanga. Pkl 5 masuk tidoq balik. Susah pulak nak tidoq. Elok je nak terlena dengar sms masuk. Hai.. sapa pulak yg sms pagi2 buta ni? [are-ju] "Kak Ros dah beranak.. org kat kulim ni.. baby boy..". [aku] - bila?. [are-ju] - "pkl 3 lebih tadi..". Sambung cubaan utk tidoq.

Tadi anchik hantaq sms "di keheningan pagi kedengaran suara seorang bayi memecah kesunyian. Tk ku sangka itulah hero pujaanku. Milik kami roseazrul. 151105 03.21am. hospital kulim." Boy lagi. Dah 3 org cucu lelaki utk emak-abah aku. Ingatkan pompuan.

Aku pulak dok main dgn anak org ja.. apa nak buat, dah nasib aku. Dah lama aku redha walaupun adakala rasa kecewa terlintas di hati. Hubby pulak, so far ok. Dia mmg dari belum kahwin dah tahu aku tak blh bagi zuriat kat dia. Tq for your understanding. Bkn senang org nak terima kekurangan aku ni.. Apa nak buat.. doktor pun suruh aku consider adoption. Just b4 puasa baru2 ni kami di offer one baby girl yg baru lahir. Kami dah tengok, aku dah pegang baby tu. Memang comel sgt. Tapi apakan daya, ibunya berubah fikiran di saat akhir.

Monday, November 14, 2005

Alip tengah main bunga api kat bawah pokok mangga..

Syamil tengah menyembur dengan penuh perasaan...










Hubby pulak test menyembur!!!

Thursday, November 10, 2005

Raya -pesta makan

List makanan yg dah diproses dlm sistem perkumuhan kat perut aku:
First day raya (Khamis)
Breakfast: nasi beriani, ayam masak merah, rendang daging, dalca. Lunch: biskut, kerepek, air bergelas-gelas. Dinner : nasi beriani (2 jenis)+ nasi jagung, ayam masak merah, rendang daging, ketupat nasi, sambal goreng. Malam dah gerak balik KL (transit 1 mlm)
Second day raya (Jumaat)
Breakfast (kat KL) : minum ayaq ja, lepas tu terus gerak ke Teping. Lunch (2x): pkl 11am -Lemang, ketupat nasi, ayam masak merah, rendang daging. Pkl 2.30 pm - mkn nasi. Petang/malam [jln raya- rumah P-zan, Chik, Chugee, Pak Teh]: Mkn bihun sup, mee tomyam, nasi impit + kuah kacang + rendang kerang, ketupat palas + rendang daging, lemang + kari ayam. Best sgt!!!
Third day raya (Sabtu)
Pagi : Chakoi kegemaran aku. Lunch: Aku ingat nak masak nasi beriani, tapi emak kata masak besok saja. Besok Anchik (adik aku kat Kulim) balik. So, hari ni emak masak gulai ikan (senangin agaknya- aku ni buta ikan, memang byk ikan yg aku tak kenal. Yg aku kenal - ikan pari, sembilang, kerapu, siakap. Yg lain mmg aku konpius). Sedap. Lauk lain aku tak ingat. Mlm : aku, hubby, are-jue n alip pegi KE Corner. Makanan tak best. Ntah apa2.
Fourth day raya (Ahad)
Pagi : Chakoi lagi. Lepas tu aku keluar beli nyoq (kelapa), beras basmathi- kat area rumah ja. Daging, ikan pekasam n ikan kering aku beli kat Pekan Minggu di Ckt Jering. So for Lunch : Nasi beriani, ayam masak merah, kurma daging, ayam panggang, jelatah n kerabu mangga. Yg datang mkn - semua family aku, pak tam n anak dia. Petang aku keluar beraya kat rumah pak tam, along n njang aku. Mlm : tak ingat mkn apa. rasanya tak mkn kut, kenyang sgt.

Fifth day raya (Isnin)
Pagi : goreng bihun, beli chakoi lagi. Tengahari : emak masak kari kepala ikan. Aku buat ayam masak merah, goreng ikan pekasam. Mlm: hubby suruh masak sup telur + kentang n goreng ikan kering. Lepas tu keluar amik duit kat town. On the way back singgah pasar mlm kat bt 2 1/2. Beli udang n murtabak 2 keping. Udang nak masak sambal for tomorrow morning.

Sixth day raya (Selasa)
Hari ni dah nak balik kl. Pagi : aku masak nasi lemak, sambal udang petai, telur rebus, ikan bilis goreng, kacang goreng n timun. Balik kl before 11 am. Tengahari- tak mkn apa. Petang : pegi klinik, telinga aku sakit gila. Lepas tu mkn roti canai kat kedai mamak. Kedai melayu still belum operate.

Wednesday, November 09, 2005

Gambar Puasa, Gambar Raya


Sejak beli new digicam nih, asyik 'posing' berdua je.. testing..testing.. Gambar ni amik masa nak keluar pegi kerja on 19th Oct 2005 . Sempat lagi tu!

GAMBAR RAYAHubby n I di pagi raya kat JB. Hubby serious je, susahnya nak senyum klu org amik gambar.

Susahnya nak amik gambar dgn alip. Masa ni aku dah nak balik kl, dia merengek nak ajak Achu dia ikut aku. [kat Teping]
Alip n Wan. [kat Teping]
Haikal n Abg Alip [kat Teping]

Alip n Pak Long [kat Teping]

Udin n Uda (Raya kat JB)

Friday, October 14, 2005

still bingung!!!




Kepala aku still bingung although dah 2 hari present kat Dato' on our STF project. Mana taknya, hari Selasa tu kerja dari pagi n siap presentation termasuk printing hari Rabu pkl 4 pagi. Stop sekejap masa berbuka n solat. Balik rumah sat, sahur n tidur. Lepas tu bangun solat Subuh. Mata kelat gila. Nak bukak punyalah seksa. Then terus gosok baju.
Pkl 9 buat presentation. Habis about 10.45am. Lepas tu sibuk pulak burn cd utk SIR. Nearly 12 aku balik rumah. Tak rasa ngantuk... tapi mamai. Ntah apa aku ckp masa presentation tu pun aku tak tahu.. main belasah je. Rasanya about 12.30 aku tertidur. Mula2 tgk tv. Masa show Forever Summer with Nigella yg aku suka sesangat tu, mata aku mmg dah mcm di gam. Tak blh bukak. Call hubby yg kejutkan aku. Tgk jam dah dkt pkl 5pm. Hubby : "tak masakke?'. Aku: "yelah, yelah". Zohor terlepas. Mmg tak sedar langsung.

Semalampun still tak ada mood nak buat kerja. Kepala
belum boleh tune in lagi. Still bingung.
Gambar hubby dlm kete buruk kami.



Hubby posing dgn kete. Amik gambar sblm jual... jadi ke??? Sayang sgt dia kat kete nih..

Sunday, October 09, 2005

Sabtu yg memenatkan

Semalam aku n hubby keluar rumah about 11.30 am, cadangnya nak pergi show room kereta kat Selayang. Masa aku tgh bersiap, SIR sms bagitau thumb drive dia misplaced. Suruh aku tgk kat bilik mtg room. So, sblm ke Selayang singgah opis dulu. Nasib baik ada. Klu tak pening giler la.. semua kat dlm tu. Yg SIR pun satu, nape la tak save kan semua dlm laptop dia.

Lps tu sibuk la pulak nak pikiaq mcm mana nak transfer files kat dlm thumb drive tu kat dia. At last aku decide utk letak dlm my shared doc folder. Nak forward pakai e-mail tak bleh. Besaq sangat. About 500MB. Lps tu akupun pegi Selayang.

Sebenarnya kita plan nak tukar Iswara tu. Dah nearly 5 years. Hubby tak nak tukar mulanya. Sayang. Tapi entah mcm mana dia setuju.

Wednesday, October 05, 2005

Selamat berpuasa...dan semoga puasa selamat

First day puasa. Hari ni aku n hubby sahur kat Marriot Putrajaya. Habis buat kerja dah 1.30 am. Naik bilik hubby belum tidur. Terus order sahur. Pkl 3am baru tidur. B4 6 aku dah terjaga, pergi toilet. Lps tu sambung tidur balik. Bangun subuh. Tidur balik. Sekejap je...

Pkl 9sth aku checked out. Balik opis. klu ikutkan discussion with MH2 pkl 11am. Tp dia ada hal plk. Pkl 2 baru dpt jumpa dia. Habis je kami sambung discussion lagi. 3.30 baru habis. Sembahyang. Opis balik 4.30 tp aku tunggu hubby. Ingatkan dia cpt rupa2nya dia duty show room. Nape tak ckp. Tension nya aku. Dlm menunggu aku terlena. Rasanya dkt 1 jam jugak. Dr 4.50 till 5.50. Sedar2 je dah sunyi sepi. Tak pernah aku tertidur dlm opis. Ini mesti kes ngantuk sgt. Tadi dah turun order mkn. Hubby suruh aku order. Dia baru nak masuk Kesas. Ntah pkl berapa nak sampai tak tau le..

Tuesday, September 27, 2005

STF extended

Semlm keluaq e-mail, besok ada meeting STF @am. SIR sms aku : "dhillo, I will not be attending the STF briefing tmrw as I have been unwell 4 the past few days, I'll get the updates from you tmrw n will join u all on wed". aku jawab "ok, get well soon". Pkl 7 sth dia sms lagi "Try to identify mgmt area of focus for our topic frm tmrw briefing. It would be difficult to focus on so many things within a shrt time frame, have to look at the critical areas". Aku jawab " i'll try my best".

Tadi HSM briefed kitaorng w MNA. Our facilitator is (MH)2. Kali ni ada facilitator. Semuanya kena siap b4 BOD meeting on 6th October. Penatnya. Hari ni dah start buat sikit tp still mcm tak berapa bergerak. Hopefully besok byk yg dah siap. Friday ada annual dinner. Lama betui company tak buat dinner. Last rasanya about 4-5 years back.

Sekarang aku tgh tunggu hubby, penatler.

Monday, September 26, 2005

Mari habiskan duit

Sabtu aku n hubby keluar rumah about 10sth. Pegi bcb, ingat nak transfer duit ke asb. Tapi tak bleh 'coz asb off-line. Leceh betui... bila lagi aku nak ke bank. Nanti lama2 habis duit aku... camner nak saving. Lepas tu pegi Bank ISlam kat opis lama aku.. bayar duit kereta. Masa tu dah 11 sth.. terus lunch kat food court kat situ. Tak banyak stall yg bukak..Aku makan nasi with ikan masak lemak cili api n sayur pucuk manis n labu. Hubby pulak makan asam pedas pari, sayur sama mcm aku. Gerai Kak Mah. Boleh tahan ler.. Tp paling best air milo kaw gerai yg selalu aku order dulu.. maintain best!!! Stall western food dah pindah, yg tu pun best.. diaorang ckp pindah ke kg. baru, tp aku tak tau kat mana.

Habis lunch aku suruh hubby antar aku pegi Bake With Yen. Terlanjur kat kl, terus pegi beli barang utk buat kuih raya. Mmg ok, tak seramai klu dtg bulan puasa. Tp badam naik harga. 1/2 kg RM20. Mahalnya! Camner nak buat almond london nih? Biasanya aku buat dekat 500 biji setiap kali raya. Mana taknya, kasi mak aku, kasi mertua, kat rumah aku lagi... Atlast aku beli yg kecik -RM16 /kg. Kali ni biskut almond london version mini. Bukan ice-cream je ada version mini, biskut pun mini tahun ni.. cut cost.

Lepas tu pegi Jln masjid India. Cadangnya nak beli kain utk baju raya n baju for dinner. Tapi atlast aku beli baju raya yg dah siap. Baju dinner kali ni warna hijau lagi. Beli blaus warna coklat, nak match dgn seluar coklat aku. Tambah tudung 2 helai... Habis duit hubby RM250.

Lepas tu pegi Cetibank.. bayaq hutang. Then pegi beli rojak [pasembor], mee rebus n cendol kat keramat. Bawak pegi rumah m.ndak. Chugee ada, besok nurul convo kat upm. Tok ikut chugee balik besok. So, lepas ni rasanya raya baru aku jumpa tok balik.

Balik rumah dah pukul 5 sth. Mlm lepak tengok bola FA Cup. Perak kalah 2-4. Tahun 1990 PErak menang dgn selangor 4-2. Kali ni klh pulak..

Hari Ahad kita pegi midvalley, tengok Mapex kat MVEC. Berkenan rumah kat USJ, projek Sime UEP. Harga RM198,888. Aku suruh hubby pegi tengok location. Rasanya beli rumah ni je lah..

Friday, September 23, 2005

Kopi Tumpah

Aku tertumpahkan kopi atas laptop... panic sat tadi!!! TENSION!!! So far still functioning ok.. hopefully tak dak apa2.

Pagi tadi bawak pulut, rendang ayam, ikan pekasam n telur dadar ke opis. Bayar niat... Pulut still ada lebih, lauk licin! Aku memang suka pulut... ingat balik ni nak panaskan n mkn dgn kari ayam ke...

Wednesday, September 21, 2005

Minggu yg memenatkan

4 hari aku kat PD. Isnin pagi (12 Sept) lebih kurang pukul 11 aku, JH and MA bertolak. Kami sampai di Ancasa dekat 1.00. Checked-in and lunch. Amik ala-carte. Tengok buffet pun tak mengancam, ala-carte pun tak banyak choice. Ini je satu2nya restaurant dlm hotel nih.. Those yg dpt kat Damai Laut, Lumut dgn Cameron Highland sure best. Aku menegeluh juga mula2 tau kena kat pd. Ye la, training pun asyik buat kat pd.. brainstorming pun kena kat pd lagi!! Sapa le tangan yg bertuah sangat cabut undi tu..

Hari Rabu mlm aku dah rasa lain mcm.. dah mcm nak demam. Memangpun, esoknya sah aku demam. Tak boleh nak mkn... Tak breakfastpun, Aku just mkn kuih masa tea-break. Lunchpun aku tak de selera. Lepas check-out kitaorang decide utk balik.. Lagipun aku dah demam, tak boleh nak contribute apa.. Tiba KL 4 lebih.. Hubby bawak aku ke klinik. Temperature naik sampai 39oC. Doktor kasi mc esoknya.. risaunya aku.. besok nya I'm supposed pegi discussion kat subang. Camne nak buat nih? Badan tak larat. Balik mkn nasi lemak yg aku beli kat Nilai Layby. Aku beli 4 bungkus. Hubby mkn 2, tp aku mkn 1 je.. Perut lapar tp tak de selera.

Aku pegi jugak opis on Friday, ingatkan ok. Tp rupa2nya still tak larat. Aku decide not to go to Subang. Nak balik, aku tertinggal kunci rumah. Terpaksa tunggu hubby. Hubby datang dah dkt 1 pm, coz singgah Puchong beli lauk. Dia hantar aku balik. Hubby ckp ada beli ayam tp bila sampai atas rumah, yg ada just sotong, ketam n udang. Aku call hubby.. aiseh.. tertinggal kat kedai le tu. Petang hubby amik parents aku dgn are-jue. Besok are-jue convo kat Uitm. Aku tanya bawak alip tak? dia kata tak de. Lepas diaorg sampai, hubby call aku.. ckp alip ada..Kelentong je are-jue ni. Best le alip ada.. Suka aku mengusik dia. Bagi pula Fizan emak-abah bawak alip.

Besoknya pkl 7 keluar rumah pegi Uitm. Pkl 7.45 sampai parking kat pdg kawad. Are-jue riba alip, bila turun kete habis berkedut baju dia. Mujur nanti pakai jubah, boleh le cover sikit. Beli bunga, naik bas. Abah dukung alip, duduk kat belakan, are-jue kat depan. Alip dah start menangis panggil achu dia. Tak boleh berenggang langsung! Mujur tak jauh. Turun je bas terus pegi kat achu dia. Naik kat DSB, are-jue kena pegi daftar kat HEP. Abah dukung alip. Lepas tu aku suruh hubby dukung cari air utk dia. Aku ikut sekali beli air 2. 1 utk alip, 1 utk emak. Aku jln balik naik atas kat tempat parents beratur nak masuk dewan. Pass air kat emak. Lepas tu jln balik turun kat parking tepi DSB cari hubby n alip. Kami naik bas balik ke parking. Tkt alip nangis. Dia tak nangis tp macam tunjuk perasaan. Masa tu aku dah rasa tak larat gila. Dgn demam n terpaksa jln berulang alik kat DSB tadi, lps tu kena jln ke parking kereta lagi. Kami pegi tasik depan pkns. Hubby beli roti nak kasi mkn ikan. Seronok alip masa tu.. dah tak berenti bercakap. Habis sebuku roti dia suruh along dia beli lagi. Balik ke parking padang kawad UiTM pukul 10 sth, tapi tak ada bas. Hubby terus turunkan aku kat tepi jln entrance DSB. Dia cari parking lps tu...

Aku lepak bawah khemah kat tepi DSB, sejuk sikit le.. Alip tertidur tak lama lepas tu. Abah pun sampai. Abah kata emak pun dah keluar. Diaorang risaukan alip. Takut alip nangis. Pukul 12 baru arejue keluar. Sesak nafas aku bersesak nak amik gambar arejue. Mujur tak pengsan. Lepas tu pegi lunch kat Nyonya Kitchen di Seksyen 10. Konon2 celebrate are-jue and b'day aku. Then pegi Giant kat Stadium, beli kipas... balik ..lepak.. semua tak larat.

Petang pegi tengok Tok. Mlm pulak aku, emak, are-jue and alip pegi midvalley.

Ahad diaorang balik Teping, aku kerja dr 915 am sampai 1015pm!!! Hubbyppun kerja tp balik about 5pm...

Monday buat presentation.. ok.. our group the best for 1st topic... he..he..he.. any rewards???


Monday, September 12, 2005

Special Task Force

Aku involve in special task force for the company. Dlm group aku ada 5 org. Hari ni pegi PD for brain-storming. Topic kitaorang : factors affecting traffic volume. Aku suka topic ni.. boleh apply marketing knowledge aku.
So, 4 hari aku kat PD. Khamis baru balik.. tinggal le hubby sorang2 lagi. Bye-bye love!!! Khamis kita jumpa lagi. Insya'Allah.
Last Thursday aku pegi tengok Tok kat rumah m.ndak. Aku sampai Tok baru lepas sembahyang maghrib. Aku masuk bilik. Tok terbaring atas tilam. Tok kata dia demam. Nampak mcm tak larat sangat. Tak lama Tok mula rancak bercerita. Tok bangkit dari berbaring. Tok duduk pulak. Cerita dia tak lalu [berselera] makan. Ayaq pun tak boleh minum. Doktor kata paru2 Tok berayaq. Lepas tu Tok cerita Tok ingat abah. Tok kata "Kalau boleh Tok nak mati kat Tepin, kat rumah abah hang. Tok sayang abah hang.." Tok mula sebak, ayaq mata dah meleleh. Aku pun sebak dan mula menangis. "Abah hang dulu beranak tak dak bapak..", tok menangis lagi.. Aku cuba tahan tak nak menangis. Tok asyik tanya abah sihat tak. Aku kata abah okay.
Lepas tu aku dgn Tok bangun pegi kat depan. P.ndak beli mihun sup. Sedap jugak. Tapi aku n hubby dah kenyang. Hubby habis sebungkus walaupun awalnya nak share dgn aku. Aku makan setengah ja.. Aku tengok tok habis mkn sebungkus. Okay le tu..

Monday, August 29, 2005

Balik Kampung..

4 hari aku kat Taiping. Dari Khamis sampai Ahad. Ada very good news. Aju bagi surat2 utk aku. Ada banyak jugak. One of it from CIM. Aku tak expect apa, maybe hantar newslater. Rupa2nya result exam... emak aku n are-ju tunggu je aku bukak surat tu.. aku lulus ler!!! Emak aku punya le seronok. Dia asyik kata dia mmg dah agak mesti result exam. 2-3 hari lepas pun dia berdebar2 bila ingat exam aku n dok berdoa minta aku lulus. Alhamdulillah!!! Aku pulak yg still macam tak percaya. Ye lah, aku expect result keluar on Saturday. Itu yg CIM published kat dlm website.
Hari Jumaat pegi Penang dgn Bapak Mertuaku and Are-ju. Nak bawak Aliff tapi dia tak dak pulak kat rumah. Cross ke island naik feri, balik ikut jambatan.
Tak jln manapun, nak naik Bkt Bendera pun tak dapat. Sampai dah tengahari, next train 2.30pm. Pkl berapa pulak nak turun. Lagipun aku nak kena balik cepat 'coz nak buat pulut utk hantar kat surau. Bersyukur 'coz:
  • naik pangkat
  • lulus exam
  • b'day emak (31st August)
  • 7th anniversary aku n hubby (belated lbh sebulan, asyik tertangguh je)
  • bapak mertua aku mai Teping.

Bapak mertua aku balik JB naik bas from Simpang mlm Jumaat tu jugak. Bas 9.40pm. Tiba JB 4.30am the next day. Dia tunggu bas 6am balik rumah. Dia bawak balik banyak jugak barang ke JB. Jeruk, pelam kat rumah, tudung utk ibu mertuaku, baju2 utk cucu2 dia. Klu emak mertua aku ada baru la best sikit jln. Hubby dah suruh bapak bawak emak sekali. Tapi susah 'coz kena bela cucu. Susahnya!!! Cuba la masing2 amik cuti.. ini dari muda sampai ke tua asyik nak kena bela budak je.. bila pulak nak berjalan???

Wednesday, August 24, 2005

Semangat Merdeka

Apa yang terlintas di kepala kita bila disebut Merdeka? Rasanya, for those yg lahir after Merdeka ramai yang tak berapa paham and appreciate erti kemerdekaan. Akupun selalu terlupa akan nikmat merdeka. Maklumlah, tak pernah merasa pahit jerih masa zaman penjajah. Zaman komunispun tak pernah rasa.

Emak aku lahir pada 31hb Ogos 1953, 4 tahun b4 merdeka. Emak memang bangga sbb tarikh lahir dia sama ngan tarikh Merdeka. Setiap tahun bila dekat je nak merdeka, emak mesti suruh adik2 aku pasangkan bendera depan rumah. Oh ye.. kenapa org selalu kaitkan bendera dgn merdeka? Kenapa tak associate kan dgn Tugu Negara ke? [susah pulak klu nak kena buat replika Tugu tu!! he..he..]. Bila merdeka mesti kibar bendera n ramai yg berlumba2 nak cipta rekod buat bendera from serba mak neka bahan. Hari ni dlm newspaper tunjuk ada pulak yg buat bendera dr tempurung kelapa.

Bendera sebenarnya salah satu simbul kemerdekaan. Klu dijajah, kita kena pakai bendera penjajah ler.. Negara yg merdeka je ada bendera sendiri.

Masa aku kecik emak selalu cerita pasal zaman dulu2 and 31st May. Tapi byk yang aku dah lupa.

Monday, August 22, 2005

'berjalan mesti ke depan, bukan ke belakang...'

Itu antara line yg aku suka dlm this year Petronas Merdeka ads. Macam perli je.. Aku rasa ads ni dr Leo Burnett, as usual. And creative director dia rasanya mesti Yasmin Ahmad. Aik, led by Othman Hafsham- the former president of Pengeluar Filem Malaysia (PFM) [yg dijatuhkan by PHM assistant secretary - the 'jin bertanduk' R.Azmi, after 'Sepet' menang best film di FFM]. Apalah bagusnya R.Azmi tu .. buat filem pun dah le orang tak berapa nak tengok. Masuk festival pun tak menang. Bunyi gendang seantero dunia boleh dengar, tapi filem hampeh. Harap kontroversi je..

Aku memang selalu tgk cerita Melayu, walaupun film hampeh. Just nak sokong local film industry. Tapi aku takkan tgk filem R. Azmi. Dia tu boleh le klu nak kategorikan sbg 'melacurkan' film dia. Merendah-rendahkan mertabat hanya utk cipta kontroversi..tp kualiti mmg hampeh giler. Pada aku 'Sepet' film yg relatively sgt bagus klu nak dibandingkan dgn Cinta 100 Ela. Tapi rasanya R. Azmi ni mmg buta filem. Dia dok perasan filem dia bagus.. apa kes!

Berbalik pada Petronas ads. Aku mmg suka tengok creative ads. Klu kat M'sia ni ads yg famous dan org ternanti2 mestilah Petronas ads. The ads sgt dekat dgn masyarakat Malaysia. Too nostalgic! Tapi klu ikut kajian, ads yg ada emotional impact eg. sedih atau kelakar, memang cepat create people awareness, tp tak boleh ditayangkan terlalu kerap/lama diulang. Nanti org bosan.

AKu suka quote dr Leo Burnett kat bawah ni:

"Good advertising does not just circulate information. It penetrates the public mind with desires and belief." Leo Burnett

Memang ads yg bagus bukan just nak bagi information, it must add value to the product/brand in audience mind.

Antara iklan yg aku suka was masa kempen Danone tukar brand name. Dulu it was branded as LU. "Siapa LU?" .. "nantikan kemunculannya' [or sth like that]..

Lagi iklan yg aku suka [or rather tagline] is ...Hilton is Hotel.. tp aku lagi prefer klu diletak ..Hotel is Hilton..sbb pada aku message yg nak disampaikan se'elok'nya is when you think of hotel..it's Hilton, and not the other way around. Hilton is Hotel..seolah2 nak bagitau org yg Hilton tu hotel. Padahal semua org dah tahu Hilton tu hotel... auatupun maybe their actual message is to tell that the real hotel is Hilton. Ok gak!! Apa2 je lah.. pening kepala aku. Sama jugak dgn 'Chocolate is Cadbury' {betul ke..or the other way around!! Lupa lak..].

Bapak Mertuaku nak datang!!!

Hi manusia semua! Ingin ku khabarkan pada kalian semua. Hari ini, kalau tiada aral melintang, akan tibalah bapak mertuaku ke rumah! Muahhhh..

Petang semlm kakak ipar aku call <aik.. kenapa dia call hp aku? Selalunya dia call hp hubby. Pelik..pelik..>. Dikhabarkan bahawa bapak mertuaku mahu mengunjungi kami suami isteri. Almaklumlah.. cuti sekolah! Aik, kenapa tidak dikhabarkan awal2, kat rumah lauk cukup utk kami berdua je.. tadi tak pegi pasar. Ingatkan klu beli nanti tak habis lak.. Nampaknya kena keluar jugak cari lauk. Malam aku keluar ngan hubby. Pegi Giant, Cheras. Beli udang, ikan dan serba mak-neka sayur. Yg aku ingat ada karot, mushroom, timun n kubis. Aku rasa ada lg sayur lain yg aku beli.

Hubby ckp bapak mertua aku mungkin bertolak after lunch dr JB. Naik bas. Dia malas nak drive. My emak mertua aku tak ikut sekali. Tp hubby semlm call suruh emak dtg jugak. Aku n hubby amik cuti Khamis n Jumaat. Cadangnya nak bawak mertua aku balik Taiping. Percaya tak.. parents aku tak pernah jumpa in-laws aku.. Dah nak masuk 8 tahun khawin. Pelikkan! Actually, parents aku dah jumpa semua adik-beradik hubby except abang ipar aku. Masa meminang dulu kakak ipar, hubby dia and adik ipar aku yg pegi. Masa bernikah pulak diwakilkan pada paman hubby. So, memang tak berjumpa. Lepas tu mmg ada plan nak jumpa tapi disebabkan jauh, sampai sekarang tak sempat jumpa.

Friday, August 19, 2005

Penangan MAWI!!!




Gambar ni yg buat aku terbeli HAI pagi nih! Punya la banyak cerita pasal Mawi dlm HAI kali ni.. actually klu bukak mana2 newspaper lately mesti ada cerita Mawi. Dlm BH hari ni je among headlines yg ada cite Mawi as follows:
  • Mawi penyeri Larian Linkedua 2005 [Nasional B9]
  • Pemuda PAS 'terima' Mawi [Nasional B9]
  • Inspirasi Siti [HIP C1]
  • Konvoi motosikal mula jelajah negara [Nasional 5]
  • Dua jejaka idaman berkongsi pentas [HIP C3]
  • Finalis AF3 kembali gegar Malawati [HIP C6]

Sekarang ni memang musim demam Mawi. Tak tahu la bila nak reda. Last Sunday masa pegi rumah P.Ngah aku pun, bukan main rancak dia dok puji Mawi. Tok akupun join sama. Amboi!!!

Tadi masa aku ckp kat ZA aku beli HAI cover Mawi, dia cerita emak dia suruh beli 'Majalah Mawi'. He..he..he.. Bila pula ada 'Majalah Mawi'??? Agaknya klu buat 'Majalah Mawi' sure laku gilerrr!!! Tiap2 pagi emak dia siap nyanyi lagu 'Seroja' lagi.. version Cik Yah lerr...

Anyway, kesian gak aku tgk dia nih! Hectic betui schedule dia. Management dia kena la considerate sikit. Klu ya pun tengah fofular, jgn la perah keringat dia habis-habisan. Nanti terbingung pulak si Mawi tu. Jumpa mak-bapak pun 10 minit ja. Semua nak dilayan. Tapi apa nak buat, inilah yg terpaksa dibayar utk terus fofular..

Thursday, August 18, 2005

I love U

dia : I love U! I love U! I love U! I love U! I love U! I ..love.. U.. I ..love.. U.. I ..love.. U..
aku: tak kata apa2.
dia : hello! hello!hello!
aku: ye, nak apa?
dia : hari ni I balik lambat.

Memang selalunya macam ni. Bila aku merajuk sure dia buat macam badut. Bila time marah tak ingat dunia. Lepas tu baru nak pujuk. Hampeh..


Wednesday, August 17, 2005

Ketam Bercili

Semalam aku masak ketam bercili for dinner. Ingatkan nak mkn dgn roti, tp hubby nak mkn nasi. Sayur pulak kobis masak lemak dgn takua [tauhu].

Tidur awal semalam, letih sgt badan aku. Ini mesti sbb dah lama tak exercise. Ditambah pulak dgn angin yg ter 'trapped' dlm badan aku. Susahnya nak keluar!

Ingatkan pagi tadi nak goreng nasi 4 hubby. Tp tak sempat. Pagi baru nak iron baju. Minta hubby tolong sidaikan kain. Lepas tu aku sakit perut. Hubby dah turun, aku baru keluar toilet. Apapun belum siap.

Hari ni kat opis boleh tahan sibuknya. Keje banyak tapi buat slow and steady. Tak payah nak rush. Badan aku sakit ler.





1997-Gambar masa kat Bkt. Larut [Maxwell Hill] Teping. Masa ni baru lepas accident. Ingatkan hubby yg teruk, rupa2nya aku yg lebih teruk dr dia. Tgn fracture. Sampai sekarang tak boleh lurus.

Tuesday, August 16, 2005

Badanku sakit

Semalam belakang aku sakit. Rasanya sbb angin. Dah lama tak kena mcm ni. Mlm minta hubby tolong urutkan. Pagi ni still rasa sakit.

Dinner semlm masak mihun sup. Hubby tak nak mkn nasi. Lepas mkn aku siapkan lauk utk besok. Mmg aku dah plan nak masak ikan cencaru sumbat dgn sambal ikan bilis petai. Penat jugak! Pagi tadi baru goreng ikan tu. Utk hubby aku goreng ayam. Alamak! Terlebih garing ler pulak. Minta2 hubby tak perasan. Aku tapaukan dia nasi dgn sambal ikan bilis sekali. Tapi dia tak suka petai. Susah jugak nak asingkan petai.

Monday, August 15, 2005

Cerita semalam

Semlm pegi tengok tok. Tok tak berapa sihat. Tekanan darah tinggi sampai 250. Mudah2an tok kembali sihat.

Balik dah dekat 10pm. Tak tengok Mentor pun. Pkl 10 tengok MI. Ejay terkeluar. This season tak best sgt. Boleh tahan je.. Semlm tidur dah pkl 1 lbh. Mula2 kitaorg tukar position tidur.. tidur melintang pulak. Hubby ckp nanti beli tilam/bedroom set baru. Tapi bila memikirkan tak lama tinggal kat sini, terus cancel plan nak beli. Susah nak mengangkut. Dah pindah rumah baru nanti baru beli.. Sekarang kena kumpul duit..

Baru aku nak terlelap, aku rasa mcm hubby turun tidur kat bawah. Bingkas aku bangun. Ok ler.. balik tidur ke position biasa. Baru le boleh tidur... Bangun 6.45. Sembahyang. Iron baju. Mandi n bersiap pegi opis. 7.40 baru keluar. Beli bfast kat Tit-Bit kat bwh opis aku. Mihun + Mee goreng. Hubby tak beli bfast pun. Ini ler akibatnye klu tidur lambat.

Friday, August 12, 2005

Sunyinya pagi nih..

Aku tiba opis tadi about 7.40am. Beli nasi lemak kat kedai biasa tu. Opis masih bergelap masa aku sampai tadi.. Dah 8.30 am pun aku je sorang kat opis. ZA call, tak dtg keje ari ni.. Hari ni yg ada just boss aku, HS and AHJ. Itupun AHJ dtg dah 9.15am. Dia ingat hari ni cuti 'coz darurat. Actually yg darurat just Klang and Kuala Selangor je.. Kat lain gomen belum declare darurat. Itu ler, lain kali dengar betul2!

Hari ni boss sibuk layan guests dia. Mula2 one lady, aku agak dekat 2 jam jugak dia melayan. Lepas tu agaknya kwn lama dia. Rasanya dari pkl 11 sampai 1pm. Bagus le klu selalu mcm tu. Nanti semua keje tak siap. Dah lah the whole next week dia tak de kat opis. Aku kadang2 tension juga dgn dia.. Keje byk... tp nampak relax sgt.

Semlm hubby tunggu aku dr 4.30pm until 5.30pm. Hantaq aku kat rumah.. lepas tu dia pegi opis balik. Suspense le tu.. takut aku tumpang org lain. Aku makan roti dgn sambal sardin + telur. Utk hubby aku masak mee sup sayur dgn udang n telur. Terlebih masin plk. Itupun hubby ckp sedap. Simple je... recipe as follows:

Mee kuning
halia - 1/2 inch
bwg putih - sebiji
bwg merah - sebiji
udang - 4-5 ekor
kubis
carrot
1 biji kentang - potong kecik.
3 pcs oyster mushroom
telur sebiji
garam, oyster sauce, serbuk pati ayam

method
  • tumis halia, bwg merah n bwg putih
  • masuk air n kentang - rebus sampai kentang empuk.
  • masuk serbuk pati ayam n oyster sauce
  • masuk udang, semua sayur n mee.
  • masuk garam n sesuaikan rasa.
  • masuk telur
jgn masak lama sgt, bila dah nampak didih terus tutup api. Sekejap je, klu tak mee kembang. Yg lama menunggu kentang masak.

Thursday, August 11, 2005

Jerubu bertambah teruk

Byk sekolah kat kl yg ditutup. Memang bertambah teruk jerebu nih. Kat Klang Indeks Pencemaran Udara (IPU) dah nearly 500. Gomen ckp klu IPU cecah 500 nak isytihar darurat. Hari ni rasanya dah lebih 500. Klu darurat rasanya tak blh keluar rumah. Semlm mcm nak hujan, dengar guruh tapi tak hujanpun. Masa berita malam, ada laporan hujan kat Subang. Tapi sekejap je.. mb dlm 5 minit.

Tadi pkl 12 lebih aku tengok kat luar dari toilet nampak udara dah tukar dari kelabu to kemerah/an. Bau asap.. teruknye! Semlm kat berita ckp semuanya berpunca dr kebakaran di Sumatra, Kalimantan and Riau. Indonesia just minta maaf tapi tak cukup effort utk padam kebakaran. Tekak aku dah perit nih..

Semlm aku tumpang HS lagi balik. Hubby sampai dah 7.30. Aku panaskan nasi, masak sup sayur dgn mushroom and sardin campur ayam [lebih semlm] bercili. Kira ok ler.. Hubby tak kasi aku menumis pakai minyak'coz tak nak rumah berminyak, tapi aku tumis jugak.. tapi tutup ler.. Tak de le berminyak sgt.

Mlm hubby tanya "Balik tumpang siapa?".. Aku ckp "kawan opis le.. ". "Dia ajak ke, atau u yg tanya?". "Semlm dia ajak, hari ni i yg tanya. Kenapa u tanya?". "Tak ada apa". Aku dengar mcm ada bunyi suspicious je.. Cemburu le tu! Tadi masa aku tanya balik cepat ke lambat.. dia kata balik cepat. he..he..

Wednesday, August 10, 2005

Hari Rabu yg berjerubu

Jerubu tambah teruk!

Semalam aku tumpang ZA balik. Mula2 HS tanya nak tumpang dia tak? aku cakap hubby balik awal. Hari sebelum tu aku tumpang dia 'coz hubby kena duty @ showroom. Dah 5.45 hubby ckp dia lewat sikit. Maybe 6.15 or 6.30. Alahai, aku tanya ZA dia balik lalu mana? Dia kata blh tumpangkan aku.. So, sampai about 6.00. Terus masak for dinner. Nasi, ayam kicap and sawi rebus. Simple je. Lepas tu aku hiris tomato, bwg n cili. Perah limau and taruk garam sikit. Itu special 4 me. Pkl 6.40 hubby dah sampai. Aik.. cepat lak! Rupanya 6.00 dia dah keluar opis. Ok ler.. blh terus mkn. Akupun dah lapar nih..

Malam lepak je.. aku terlupa semlm ada joey n desperate houswives. Hubby sibuk tengok Discovery chanel n animal planet. Aku tidur agak awal semlm. Lepas solat isya' lepak jap depan tv, tapi terlelap. Terus bangun masuk bilik. Tak sedar hubby tidur pkl berapa. Pkl 2.30am aku terjaga. Pagi toilet.. then sambung tidur. Mcm biasalah.. malam aku mesti terjaga dan kena bangun..

Tuesday, August 09, 2005

Gangguan tidur

Semalam tidur awal. 11 dah terlelap. Memang letih gila. Ingatkan nak tengok af uncut, tapi tak boleh tahan. Hubby pun rasanya tidur b4 12. Pkl 3 sth tetiba je hp hubby ringging. Sapa ler yg call masa ni.. takut klu emergency je. Tgk number tak familiar. Aku pass kat hubby, tapi terputus. Lepas tu ringing lagi. Hubby jawab. Wrong number. Lepas tu senyap sekejap. Tak sampai 5 minit bunyi lagi. Menyumpah2 aku dlm hati. Klu dah salah no jgnler call lagi. Bangang betul ler! Dah ler org tengah sedap tidur. Aku pantang betul klu terjaga tengah malam. Sure lepas tu susah nak tidur. Rasanya dkt 15 minit baru aku boleh tidur balik.

Anyway, hari ni dah masuk 2nd week kat rumah [sewa] baru. The chronology of our movement to the new house:
  • 27/7 amik kunci n tengok rumah dgn pak ndak
  • 28/7 pasang lampu n cuci rumah. Lampu cost rm180 termasuk upah. Beli kipas rm119. Nak pasang tak boleh 'coz besi connector panjang sgt. Besoknya hubby beli besi baru rm3.50. Beli barang nak cuci rumah- scoop sampah, hose, plastik sampah [rm20]. Beli engsel dgn kaki railing langsir [rm5]. Beli steering lock utk kereta [rm29.90].
  • 29/7 aku cuti - pagi pack barang, tengahari hubby balik, pegi beli tikar getah [rm65]. beli cat and brush [rm5 kut]. Mlm tidur rumah baru. Hubby yg excited sgt.
  • 30/7 - pagi pegi office hubby. Amik brg nak deliver to tnb jb. Alahai.. beratnya. Lepas tu breakfast. Then terus balik rumah puchong. Pack barang lagi. About 9.45 am lori sampai. Habis loading about 11 sth. Tapi ada few things yg belum amik. Tikar getah, aerial tv, filter air. Ada yg terus buang- sofa, kabinet utk stove, katil. Sampai tmn desa dekat 12 kut [lupa lak]. Habis unload semua barg dah 2.30 pm. Hubby dah flat. Baru perasan beg nak balik jb tertinggal. Alahai.. nampaknya b4 balik jb kena singgah amik kat puchong lak. Hubby tidur dulu. Mmg penat giler. Keluar rumah 5 sth. Amik beg - and pegi mkn. Tadi tengahari mmg tak lunch. Tak larat nak keluar. Terus balik jb. Hubby tak berenti. Terus je sampai skudai. Mlm ni family hubby celebrate b'day emak mentua aku kat rumah baru Ba'yah. Kami terus pegi sana. Teraba2 jugak. Mujur husband dia tunggu kat tepi jln b4 masuk their housing area. Memang isolated. Tak ramai org yg duduk. Tengok projek lain still ongoing. Tapi rumah kira ok ler [buat masa ni]. Nanti klu dah ramai yg duduk n kedai dah byk bukak tak tau ler.
  • 2/8 - return to kl. Singgah melaka, amik duit kat PB. Mkn rojak n mee rebus kat Ujung Pasir. 1st time hubby bawak, best jugak. Singgah rumah kat bt berendam. Tengok lebih kurang. Then balik kl. Singgah pulak rumah kat puchong. Amik tikar getah. Aerial hubby lupa amik. Filter air pulak tak boleh amik lagi. Tak cukup equipment nak bukak. Lepas tu pegi cari tv- pegi sen n jusco kat ioi. Tak berkenan...'coz lambat pasang. After singgah 3 kedai kat jln puchong, baru beli kat the 3rd kedai - panasonic 29" [rm1200]. Campur astro [rm159]. Tv hantar ari ni tapi astro besok baru blh pasang.
  • 3/8 - hubby balik tengahari, pasang grill [rm450] . Petang baru astro di pasang. Lepas je astro dipasang, hubby asyik tekan remote control astro n jerit mawi. Yg ada just 'gambar biru'. Astro only di activatekan on Friday [5/8].

Monday, August 08, 2005

SMS3

[aku: dah amik duit ke belum? dah masuk rm300]
3 Aug 2005
14:59 [aju]
Belum mak nak amik duit saham, nanti mak kata nak g kl cuti sekolah nanti pakai duit tu. dia balik ke bulan ni.

[bila Mawi menang AF3, hubby antar msg kat aju pasai joworld]
6 Aug 2005
23:33 [aju]
Skrg ngaku joworld ye (idea mak).. Dah agak dah mesti sapu abis nyer..

7 Aug 2005
14:51 [aju]
Org dah lama demam.. Dah lambat ler..Tgk imbasan tak tadi.. Dah tunang tak sempat sedih nyerr..

Tuesday, July 26, 2005

Ngantuk

Lunch order kerabu sotong, telur bistik (tak best sgt..) dgn ayam halia. Kongsi makan dgn ZA. Lepas makan je mesti rasa mengantuk. Carb in-take tinggi sgt kut.

Malam ni nak sambung packing lagi. Penatnya!

Lawak le tu...

Telefon berdering. Aku jawab " TQA, hello'. 'Hello. dhillo ke tu?'. "Ye". "Andai kasturi hilang harum, Mawar tak berkuntum, Cinta tak bersambung.." hubby nyanyi kat hujung talian. I can't hold my laugh.. buang tebiat ke.. Ada apa ni... "Sabtu ni pegi Melaka, amik duit". "Duit apa?". "Duit security deposit Public Bank 2 ribu lebih". Patut le he sound different. Suka le tu.. Akupun dah tak ingat pasal duit tu.. Ini full lyric of the song.....

Nyanyian Serambi – Ramli Sarip


Keluar pagi balik petang
Ada kala sampai malam
Cari rezeki bawa pulang
Buat orang yang tersayang

Oh…bersabarlah…

Wajahmu di mana-mana
Senyum kasih mesra kasih
Cinta murni kan bersemi
Bersama ketulusan budi

Oh…bersemilah…

Lama kucari rahsia ka(seh)
Rindu kasih untuk berkasih
Senang-senang dduk di serambi
Senandung lagu puisi

Zikir zaman nyanyian zaman

Andai kasturi hilang harum
Mawar tak berkuntum
Cinta tak bersambung

Biar emas setinggi gunung
Kan kupeluk, rimbul ampun
Rahmat yang Maha Agung

Andai kasturi hilang harum
Mawar tak berkuntum
Cinta tak bersambung

Biar emas setinggi gunung
Kan kupeluk, rimbul ampun
Rahmat yang Maha Agung

Andai kasturi hilang harum
Mawar tak berkuntum
Cinta tak bersambung

Biar emas setinggi gunung
Kan kupeluk, rimbul ampun
Rahmat yang Maha Agung

Actually kami nak moved to rumah M.Ndak this weekend. So, semalam penat le mula mengemas. Pinggan mangkuk semua dah pack. Tapi itu baru 1/3, ada banyak lagi. Ini yg malas bila nak pindah. Packing dan moving all the barang. Anyway, kali ni memang nekad sebab memikirkan dah dekat bulan puasa. Tambah pulak hubby dah tukar working hours. Dan yg paling penting kena susun our financial management. Kurang sikit kos kalau pindah. Jimat minyak and toll. Sekarang ni toll at leat RM9 sehari. Minyak kalau full tank boleh tahan 2 1/2 - 3 days. Memang teruk. Itu belum masuk kalau berjalan di hujung minggu. Macam mana nak savings.

Wednesday, July 20, 2005

Another boring day

Hari ni sambung audit. Besok baru habis. Boss tak ada, pegi meeting kat Ipoh.

Pagi tadi masa keluar rumah hujan lebat. Tiba dah pkl 8am. Hubby pulak pkl 9.30 am baru sampai. Jam gila. Aku bosan hari ni.. keje banyak. Tapi malas. Besok baru nak sambung buat minutes of meeting.

Ptg tadi ada discussion dgn satu dept tu. Dari about 3.10 sampai le pkl 4. Sebelum tu aku penat menjawab dgn auditor.

B4 lunch tadi call hubby, he wass on the way to PostOffice. Nak post kan Ga-Jah utk Aliff. Aku n hubby beli kat Giant. Suka sgt dgn Ga-Jah.

Monday, July 18, 2005

Lewat ke pejabat

Hari ni sampai opis 8:40am. Keluar rumah 7:50am. Hubby ikut jln luar, ingatkan ok. Tiba je kat Ca-fu Sri Petaling, susur ke KL dah sangkut. Slow je sampai lepas simpang nak ke Desa waterpark. Semlm hubby cakap nak keluar awal. Alih2 pagi ni dia yg lewat. Katanya tak sihat. Nak MC le tu.. Sebelum tidur dia dah mkn ubat selsema n ubat batuk. Tidur dah nearly 1am. Mana cukup tidur...

Tadi bfast lemang n rendang. AHJ beli di Tganu. Lepas tu mkn pizza lebih semlm yg aku bawak.

Oh ye, semlm bosan gila. Hubby keje sampai nearly 4pm. Pkl 6 lbh kitaorang keluar pegi Giant, belikan gajah utk aliff. Aku ingat nak post kan. Tak tahu lagi mcm mana nak hantar. Masa balik Teping last week dia suka sgt dgn gajah. Masa tu ada documentary TV3 pasal gajah. Aju pulak bawak balik gambar gajah (Reader's digest). Sukanya dia... Cute je gajah yg aku beli tu.. ada dua ekor, adult dgn anak.

Thursday, July 14, 2005

TENsion

Tadi dlm kereta on the way to office aku rasa semacam je. Bingung! Tension sangat 'coz byk kerja yg belum siap. Report, update document.. dengan nak siap assignment lagi.. Semlm NAJ paggil aku dgn boss pasal national forum on env, MD suruh buat. Mujur semua material dah ada. Tinggal nak touch-up je.. Tapi sure sibuk jugak. Next week ada IEA. Semua nak buat, at last takut tak ada quality.


Pagi ni sarapan nasi lemak paru. Utk hubby nasi lemak sotong. Hubby mintak kuih, aku belikan cekodok pisang dgn talam ubi utk dia. Akupun 'terbeli' kuih utk aku jugak. Karipap 2 dgn talam ubi 1. Karipap pak cik tu mmg sedap. Simply Irresistible!

Ini gambar aku with hubby masa early of our marriage. Tak ingat tahun bila, maybe 1999.

Tuesday, July 12, 2005

BZ balik..

Lamanya tak update. Bz memanjang. Last week after audit kat ELITE dah ok. Tapi sbb letih sgt, aku jadi malas. Friday aku cuti. Lepak je kat rumah, petang balik Teping. Bertolak about 4.40pm, tiba 7.30 pm. Hubby bawak biasa je .. tak laju sangat. Semalam kat opis, pagi ada 2 org je. Aku and CA. Tengahari baru bos masuk. Lagi 3 org tak ada. Sorang cuti, 2 org mc. Pagi ni pun setakat ni baru 2 org kat opis. Yang lain belum ada. Ha.. sorang lagi dah datang.


Thursday, June 02, 2005

Cerita kek durian lagi!

Tadi 12.15 noon pegi amik kek. Aku tersilap bayar. Ada ke pegi bayar dia RM450. Double dari amount sepatutnya. Dah on the way back to office, ZA call. Kak Habsah suruh patah balik, kena pulang duit sebab salah kira. Masa tu dah nak masuk kat area Mid Valley. Pusing balik, amik refund RM225. Banyak tu! Tiba office dah 1.45pm. Cepat2 turun semula cari lunch. Penangan kek durian. Lepas lunch baru mkn kek. Memang sedap giler.

Kek durian

Hari ni nak amik kek durian yg aku n kawan2 order from Kak Habsah (Bangsar) last 2 days. Semuanya 6 biji. Campur 2 biji kek badam + 2 biji choc moist.

Wednesday, June 01, 2005

Apa2 aje

Tadi lunch kat food court di kompleks kerajaan jln duta. Mkn nasi beriani kedai # 42. First time pegi sana. Banyak nya gerai.Aku rasa 50 gerai ada. Nasi beriani tu dulu berniaga kat opis lama di Bank Industri. Sekarang dah jadi bangunan Darul Takaful.

Sebelum tu aku, secretary boss aku (ZA) and AHJ pegi bank. Aku kena masukkan signature aku dlm buku akaun. Dari 2002 until now baru hari ni buat. Dulu masa tukar pass book tu aku tak perasan tak ada sign. Lepas tu keluarkan RM3k dan masukkan dlm ASB. Baru hari ni sempat buat. Kalau tak, duit dah abih baru nak menyesal. Lepas ni kalau ada dpt duit lagi aku nak masuk dlm ASB. Insha'allah, end of this month ada increment. Jgn terpakai sudah! Aku plan kalau ada duit lebih re-finance rumah nantipun aku nak masukkan jugak. Rasanya dlm RM8k ada kut. Kalau boleh dpt dividend + bonus dlm RM1k next year ok gak. Itu belum masuk loan ASB yg aku buat. Rasanya kalau rate sama macam last year (about 9%), dpt le aku dlm RM5-6 k. Kalau aku tak pakai, lagi byk le duit aku beranak. Hopefully!

Monday, May 30, 2005

Shopping aje..

Semalam kitaorang merayap dari pagi sampai petang. Pagi keluar about 9.30 am. Pegi breakfast. Aku mkn roti canai kosong, hubby mkn roti telur. Then kitaorang share mkn mihun goreng bungkus. Minum teh O. Itupun sebab gerai yg biasa kitaornag mkn tutup. Klu tak sah-sah mkn lontong dgn nasi lemak. Lepas tu pegi Warehouse Sale. Beli Skycab 2. Satu utk aku, cabin size -harga RM40. Harga biasa nearly RM200. Satu lagi utk are-ju. Rasanya size at-least 28". Baru RM45. Memang murah gila. Aku tengok kat Jusco tadi, rasanya lebih RM200.

Lepas tu pegi Juso, hubby nak beli tembakau. Terbeli DVD Player, habis RM279. Share with hubby. Lama jugak melepak kat Jusco. Then pegi lunch kat Seksyen 10 Shah Alam. Sebenarnya nak pegi Bank Islam kat PKNS, tapi singgah lunch dulu. Hari dah hujan masa tu. Nak deposit duit kat teller B.Islam, tapi rosak pulak. Terpaksa pegi KL nampaknya. Masa tu hujan boleh tahan lebatnya. Mujur jln tak jam, 'coz cuti sekolah. Cuma slow moving sikit kat Bt. 13 FHR, depan Nan Yanag Siang Pau. Tiba KL dah dekat pkl 3. Balik rumah dah 3.30 pm. Kira ok le tu. Petang lepak je kat rumah. For dinner, aku masak bilis goreng campur petai, ketam pedas dan kubis goreng. Ok le tu. Malam lepak je.. Nak tengok apprentice pun dah tak larat. Terus tertidur.

Friday, May 27, 2005

Nak gi shopping

Hari ni ada sales estee lauder kat menara tan & tan, susah hati aku. Macam mana nak pegi nih..

Nasi Lemak & Cerita Langkawi

Breakfast pagi ni nasi lemak lagi.. Seminggu ni aku makan nasi lemak je, except on Wednesday, nasi goreng. But still nasi! Isnin makan nasi lemak bungkus kat gerai di Kuala Perlis, after turun ferry dari Langkawi.

Pegi Langkawi dari 21-23 May sempena Wesak Day. Tak berapa best sgt this time. First time pegi sana last 2 years with hubby. Kira ok sikit. This time kami pegi bawak emak & are-ju. Kiranya nak melepaskan hajat aku nak bawak emak berjalan. Suppose nak bawak abah sekali, last minute abah tak nak pegi plak. Bertolak pagi Sabtu (21/5) dari Taiping pkl 6.10am. Tiba Kuala Perlis dah dekat 9.15am. Cari parking. RM18 for 3 days. Dapat ferry 10 am. RM12 per person. Tiba sana dah dekat 11am. Cari kereta sewa dulu. Charge RM70 for 24 hours. Masa kat Kuala Perlis baru RM60. Ingatkan kat Langkawi lagi murah, rupanya bertambah mahal. Maklumlah peak season. Mula2 ambik Hyundai kat Shah Kawi Travels & Tours. Dapat je kereta tengok punyalah teruk, cermin & dashboard dah retak, air-cond teruk, radio tak ada. Hubby call the owner, dapat tukar Iswara aeroback. Kecik tapi ok sikit. Charges still sama. Lepas tu cari chalet pulak, actually dah booking kat Green Hill resort. Kawan yg recommend. Before this tinggal kat Tiara Hotel, kat pekan Kuah. Kali ni nak duduk kat area Chenang Beach pulak. Sampai dah 12.30. Bilik tak berapa ok. Petang lepas balik dari pekan Kuah (window shopping dulu), aku tukarkan bilik emak & are-ju to a better one. Kami still chalet lama. TV tak functioning. Bilik emak pun sama. Atlast hubby amik tv bilik kitaorang letak bilik emak (after orang chalet tak buat apa2). Baru ada gambar keluar walaupun tak clear. Hubby dah tension giler masa tu.

Malam aku lepak bilik emak tengok tv, hubby duduk kat bilik kitaorang je. Bila aku balik bilik, hubby tengah kejar lipas. Masa tu dah after 12 midnight. Dia cakap lipas banyak, tak boleh tidur. Ajak tidur sebilik dgn emak. Aku ckp tak payah, emak dah tidur.

Besoknya after breakfast kami pegi Makam Mahsuri, tempat memang dah imrove banyak. Dah jadi macam kompleks pelancongan. Bagus le tu. Tak le malu kat tourist luar yg datang. Lepas tu pegi Pdg Matsirat, tengok beras terbakar. Beras terbakar dah duduk dlm mangkuk. Itu pun aku rasa diorang bakar balik. Cuma sepanjang jln nak masuk ke tempat beras tu banyak gerai. So lama jugak le amik masa nak masuk dan keluar dr sana. Lamanya sebab menyinggah kat byk gerai. Pegi tengok beras tu sekejap je. Lepas tu pegi lunch, then drop emak & are-ju kat Under Waterworld. Aku belikan tiket, hubby terus balik chalet. RM23 per pax. Dah naik harga, last time just RM18 per pax.

Petang keluar pegi pekan Kuah balik. Last shopping, then pegi Dataran Helang. Makan laksa, rojak buah dan minum cendol kat situ. Masa tu dah 5 lebih. Lepas tu keliling pulau je, terus balik bilik. Malam keluar makan.


Wednesday, May 25, 2005

Letihnya!!

Dah lama tak menulis kat sini. Badan aku rasa letih sangat masa ni. Tidur cukup, makan terlebih cukup.. but badan rasa letih. Aku akan cuba reduce quantity of my food intake. Mungkin sebab mkn banyak sgt lately, minum pun semua yg terlebih manis. I'll drink only plain water after this. Nak kena balance kan balik.

Anyway, pagi ni beli 2 biji gardenia Spicy bilis "Fun in a bun". Aku goreng nasi pagi tadi, tapi bagi kat hubby. Mula2 dia tak nak, so aku bekalkan dia 3 biji pisang. Dah nak sampai kat opis aku, dia suruh tapau nasi goreng kat kedai. Aku kata tak payah, amik je nasi yg dah goreng tu. "Kan ke you punya tu.." dia tanya. "Tak apa, u amik ler". Tapi still dia minta aku belikan kuih. So, lepas hubby drop me at the office, aku singgah kedai mamak kat bawah tu and belikan bun ni. Bun ni just ada pada certain day je..

Pagi tadi bangun about 6.35 am. Hubby dah iron baju aku & dia, just tinggal tudung je aku kena iron. Rajinnye hubby, siap jahitkan kancing kain aku yg dah tertanggal tu.. I love u sayang. Goreng nasi tadipun express je. Main campak2 je. 5 minit dah siap. So, cepat le sikit keluar pagi ni.

Alamak, hubby baru call, tanya mana nasi goreng dia. Rupanya aku terlupa nak keluarkan dari dlm beg. Bukan rezeki dia ler.. Sorry ye sayang. Terpaksa le cari breakfast lain.

Wednesday, May 11, 2005

Sakit telinga

Sekarang ni telinga aku tengah sakit gila. In fact dah sebulan sakit. Tapi tadi lps zohor aku rasa teramat sakit. Maybe masa ambik wuduk tadi. Ingat lepas ni nak jumpa doktor. Tadi baru call hubby, dia baru sampai dari Sungkai (I guess). Pagi tadi dia ckp nak pegi sana. Bawak the new Mahindra Scorpio. Ada org nak beli lori, so sambil menyelam minum air ler..

Tuesday, May 10, 2005

SMS 2

10 May 2005 [11:21] aju adik
abah kata nak antar camana dah dia nak duduk sini..

[aku : x tau. kalau tak boleh tak payah antar le.]

10 May 2005 [08:52] aju adik
Mak tanya kenapa nak antar tok g rumah chu g..tak tau nak bagi alasan apa ni..

8 May 2005 [15:47] aju adik
hari jadi alip minggu depan 14 hb..


8 May 2005 [15:41] aju adik
ada surat ni dr jusco. cim. abg raphey dr public bank nak buka x

6 May 2005 [23:06] aju adik
mak x percaya kata org tipu.. org suruh tanya sendiri..

5 May 2005 [12:02] szi
Ada org cite psl ko, aku x pasti betul atau x. Tp itu hak ko n aku xnak masuk campur. Betul ke? Mcm x caya lak aku yg ko ni...

ahli POWER

RANGERS?

4 May 2005 [16:08] 1&only
Hi sayang, buat apa?, i kepenatan kat sini ramai orang datang bertanya aje

1 May 2005 [14:18]
1&only
Tak pe ler u dah pandai berdikari, i tak diperlukan lagi, i pegi bawa diri, kunci ada dalam peti surat. Maaf kan i, apa yang u beri i anggap hutang ada rezeki bayar balik
[version orang merajuk.. he..he..he
]

Monday, May 09, 2005

Oopps! It's Monday Morning

Hari ni aku aku n hubby betul2 lewat. Alarm bunyi 6.20am. Aku heran, kenapa bunyi awal.. bukan ke hari ni Ahad. Biasanya 6.45am. Off alarm dan sambung tidur. Tiba2 dengar hubby jerit "Yang, dah 7.30am". Aku terkejut n spontaneous aku bertanya balik "Hari ni hari apa?". Ooo, it's Monday! Terlepas Subuh. Baju tak iron lagi. Terus mandi 'n iron baju. 7.55 baru keluar. Kat KL.fm dj baca sms kata banyak jln jam'coz tutup for NAM meeting. Alamak! Dah ler lambat, jln lak byk tutup.

Tiba office 8.40am. Breakfast tak beli lagi. Naik office dulu, on pc 'n ajak ZA belibreakfast. Dia pun belum breakfast lagi. Beli nasi lemak with sambal udang petai 'n milo ais. Tak pernah aku beli milo ais for b'fast b4 this. Dalam seminggu ni aku mmg kemaruk minum milo ais. Semalam masa dinner pun order milo ais.

Oh ye.. semlm pegi ioi mall. Ingat kan nak tgk movie 'kemarau cinta' yg pool si dj kl.fm berlakon ngan nasha aziz 'n eman manan tu, tp belum main lagi (atau mmg tak akan dimainkan di situ!). So at last aku 'n hubby decide tgk cite kingdon of heaven. Ok ler, tp typical cite mat saleh. Tak ler gempaq sangat.

Suppose on Friday aku balik teping, tp x jadi 'coz hubby kena keje on Saturday. Ada buat soft launch kete baru, Mahindra Scorpio. Hubby cakap pkl 3pm abih, so ingat lps tu nak chow balik Teping, rupanya boss dia ckp dia kena duty on Sunday masa Golf tournament kat Glenmarie golf resort. Tensionnye aku! B4 balik aku suruh hubby apply cuti on Friday 'n Sunday. Tak kira, minggu ni mesti balik Teping. Masa aku still kat office hubby tu, emak call. Tanya betul ke tak jadi balik (aku dah sms kat are-ju). Alahai, kesian kat emak aku. Entah apa dia dah masakkan utk kitaorang. Hari sebelum tu pun dia mcm tak percaya je bila aku ckp kat are-ju x jadi balik on Friday. Apa nak buat.

Seminggu tak masuk office, bukak ja Outlook ada berpuluh-puluh e-mail. Dlm yahoo mail lagi ler, beratus-ratus. So pagi ni nak screen e-mail dulu!!! Keje kena tunggu, tak ada mood ler....

Thursday, April 28, 2005

Alahai...

Last Monday after lunch hard disk aku crash. Habis e-mail aku hilang. Mujur Most of the files dlm harddisk still selamat. Itupun sebab letak dlm secondary driver. Yg kat desktop semua hilang. Program files pun byk hilang termasukle firefox. Terpaksalah install lain. Almost 2 days kerja tak jln. CPU kena masuk ICU. Minggu ni memang bz giler. Ada audit, then sibuk training sukan. Mujur meeting kat jb cancel. Anyway lepas sukan still byk keje yg menanti.

Aku ingat lepas sukan nak pegi langkawi dgn mak, abah dan aju. Tapi susah sikit sbb tok ada kat rumah. Klu nak bawak sure kena 2 kereta. Klu boleh nak bawak satu kereta je. Nampaknya mungkin kena postpone sampai after school holiday.

Anyway, harini ada audit lagi. Besok baru habis.

Monday, April 25, 2005

Monday Blues!

After cuti 4 hari, nak mula kerja hari ni memang malas gila. Keluar lewat sikit 'coz hubby pegi kl. Pukul 8.15 baru tiba office. Tak beli breakfast 'coz bawak roti.

Hari ni sure bz giler. Besok start audit. Pagi opening meeting, petang aku kena pegi jb. Lusa pagi ada meeting kat sana. Hari ni macam2 nak kena buat. Chow!

Wednesday, April 20, 2005

Another challenge!

Pagi ni bangun awal. Kukus pulut, goreng telur dadar dan ikan pekasam. Before that panaskan daging kicap yg aku dah buat semalam. Semua ni nak jamu office-mate aku. Ingatkan nak masak nasi beriani.. but maybe next week. Kalau rajin ler! Penat betul aku rasa. Mana taknye.. semalam hubby main badminton sampai 9.30pm. Lepas tu pegi makan, tiba rumah dekat pkl 11. Lepas tu sibuk pulak memasak 'n siap bahan utk masak this morning. Letihnya. Itu baru about sekilo daging and pulut 1 periuk kukus tu je.. Anyway esok cuti Maulidur-rasul. Lusapun aku amik cuti. Nak pegi LHDN. Selesaikan apa yang masih tersangkut.

Buka je Outlook hari ni nampak dua e-mail from CIM dlm inbox folder. At last aku punya registration dah confirm. Mudah-mudahan perjuangan aku kali ini akan selesai dgn jayanya. Mudah-mudahan.

Masa aku sampai tadi dah ada akak kecik tu. Aku letak beg n makanan, terus pegi pantri amik piring. Balik office baru aku ajak dia makan. Tapi until now dia x mkn lagi. Just tanya "pulut kuning ke?". "Tak, pulut biasa je, mkn dengan pekasam". Aku memang dah beberapa kali bawak pulut ngan pekasam. So, bila dia tanya pulut kuning ke tadi, aku fikir mungkin dia ingat aku dapat promotion. Ataupun mmg dia dah tahu. Tapi so far, rasanya tak ada lagi org kat dept ni yg cerita kat dia. Anyway, harap2 dia tak kecoh2. Maklumlah dia dah lama senior dr aku. Dan sekarang aku dah sama ngan dia. Oklah, selamat makan pulut!

Tuesday, April 19, 2005

Very the bz one!!

Today memang bz betul! Report nak kena submit, minutes meeting nak kena buat, audit findings ada 3 nak kena tengok. Macam2 ada. Next week tempat kitaorang pulak kena audit. After nearly a year baru kena audit balik. Kalau tak bz co-ordinate audit utk org jer.. anyway, minutes belum siap lagi. Chow!!

Monday, April 18, 2005

Alhamdulillah

Walau berdebar, tapi still control macho. Before lunch boss dah abih meeting with gm. Lepas tu dia ada short discussion with 1 staff dept lain. Aku masa tu tengah lepak dlm resource centre. Tiba2 aku dengar boss panggil aku dari belakang " Dhillo, mari kejap". Aku pun ikut belakang dia. Memang rasa berdebar gak. Tapi tak ler gelabah gila. Biasa2 je. Still boleh control. Sampai je kat meja dia, terus dia cakap "Ni surat promotion U". "Thank U" aku jawab. Lepas tu ada lagi yg dia cakap kat aku pasal ada org yg tak dpt promotion although GM dah recommend. Itu yg meeting panjang tadi. Anyway, alhamdulillah. Dapat ler 10% increment. Backdated 10 months. Rezeki nak bayar income tax plak.

Lepak-lepak! Makan-Makan!

Memang semalam kitaorang lepak abih. Main PS and PC game. Tak de pegi mana2. Saturday dah shopping barang dapur. So semalam lepak je. Bangun pagi masak nasi lemak with sambal sotong. Lama gak tak buat sambal sotong nih.. Ingat nak buat sambal sotong kering, tapi cari kat kedai tak dapat. So, pakai je sotong fresh biasa tu.. Lepas breakfast baca newspaper, tak ada berita gempar sangat. main game, tengok tv. Anyway game aku race motor tu dah improving. Dah boleh control. Sampai malam lepak je.. habis game, tengok tv, lps tu sambung game balik. Tengok apprentice, the interview plus new task for final 2. Jen & Kelly masuk final. Kelly ok, tapi jen memang suck. Kalau Jen menang mmg malang ler Donald Trump. Lembab dan very detail ntah apa2 punya perempuan. Habis tgk tv, sambung main game balik. Pukul 1am baru tidur.

Pagi tadi bangun lambat sikit, 'coz hubby kena pegi kl. Tak buat breakfast pun, beli mihun goreng kat kedai biasa. Sambil mkn aku buat final preparation for this morning meeting. 9.30am start meeting. Ada satu decision by boss aku yang aku memang tak berkenan. Tensionnya!! Dia agree nak ambil satu task yang agak heavy walaupun agak out of our department business scope. Sapa nak buat tu nanti, silap2 aku ler... Anyway abih meeting dah lepas 11.30am. Sampai office, tengok ada envelope besar atas meja bos (aku nampak sbb boss kirim notes dia kat aku). Secretary dia plak tanya "Mana boss? GM nak jumpa". Aku ckp "boss pegi toilet, lepas tu nak pegi jumpa XXX). "GM nak jumpa sekarang ler". Call hp tak dapat. "Get someone cari dia kat toilet ler". Sekejap je aku nampak dia masuk. Rupa2nya GM nak jumpa pasal surat tu. Surat from HR. Secretary to GM kata surat promotion. Kwang! Kwang! Kwang. Is my name in the list???

my sunday

hu...hu gitu lah bunyinya sang juara.hari minggu tk ada apa nak buat,dari pagi sampai malam main ps aje, game road rush dari tak tahu main sampai jadi juara kata orang putih from zero to hero eh...eh... dari motor keci sampai motor besar.ayang cuba main tapi asyik menjerit aje, turun naik bukit aje tapi at last terror juga dia tapi still tak boleh beat kat aku sang juara dia dapat no 6 action abih. malam ni try lagi nak beli motor lagi power......hu...hu..hu

Friday, April 15, 2005

Penatnya!

Tiba dari penang about 3pm. Terus siap material for meeting this coming Monday. Meeting lagi...

Meeting kat penang tadi start pkl 9am 'n habis b4 11am. Terus pecut balik kl. Petang ni ada volleyball match. Aku rasa macam skill dah hilang. Tapi tak apa, just try my best. Sekarang tengah lapar. Nak order mkn tapi malas. Mkn biskut je.. Tadi on the way tak ada singgah mana2. Just isi minyak kat pekan Simpang lepas tu terus shoot to kl.

Hubby belum sampai lagi, hujan kat kesas. Besok tak der programme apa2 kut. Just lepak kat rumah je.

jiwa kacau waktu malam

oh.........ya bosannya malam semalam tinggal sorang, main game tah apa apa lah, masak nasi goreng jiwa kacau sedap juga.resepi sendiri kalau dia tahu mesti dia mintak resepi ni,buat meniaga.malam tidok lambat,ingat nak bangun lewat pasal nak gi kl tapi tak jadi pasal DIA ORANG banyak songel sangat, so terus pegi opis,jalan belakang jam kat usj jam juga pusing ikut ldp jam juga pasal ada tanah jelus dan runtuh kat ioi sana, hari ni dila balik, petang dia main bola tampar aku jadi manager dia tukang uruskan baju dia...apa-apalah
aku juga yang kena.tapi tak kisah dia balik hari ni tak laeh boring lagi..

Monday, April 11, 2005

susahnya cari makan

apalah nasib kerja bagus tapi suasananya selalu berubah,macam cuaca gamaknya, bulan ni keadaan opis tenang, macam biasa tapi tiba-tiba ada tsunami melanda kat opis ni, yang jadi mangsa boss aku, kesian dia, orang lain buat salah dia yang kena dah lah tu kalau kena marah tu tak apa lak, siap dengan warning letter then suruh cuti 3 bulan lak macam nak bagi orang berhenti aje bunyinya kesian aku.

PENGUMUMAN

Entri saya berkaitan makanan/masakan akan di'post'kan di http://www.foodsmania.blogspot.com/.
-dhill-
29 Jan 2009